|| Bab 3 ||

53 12 3
                                    

Masa berlalu dengan cepat dan loceng berbunyi menandakan rehat kedua pun bermula. Aku mula bangun dan terus mengambil beg merah jambuku.

"Weh, teman aku pergi ke bilik guru sekejap. Aku nak hantar buku Sains kat cikgu," ajak Lillian, si mangsa dan juga rakan karibku. Aku mengangguk kepala dan mengikut Lillian ke bilik guru.

Berhampiran dengan bilik guru, aku berselisihan dengan seorang pelajar Melayu. Aku memandang ke belakang, mendapati si pelajar itu sudah tiada.

Ke manakah dia pergi?

"Putri,cepatlah! Kaubukannya anak raja pun!" Aku menggeleng kepala sebelum menjeling tajam kepada Lillian.

"Aku tarik balik. Kaumemang anak raja." Dia buat-buat gelak sambil merangkul lenganku dan menarikku ke dalam bilik guru.

"Yelah, Lily."

...

Sebaik habis waktu kokurikulum, pelajar-pelajar S.M.K Galaksi Bintang dibenarkan balik pada pukul 4.30 petang. Aku dan Nana, rakan baikku, berjalan kaki menuju ke stesen bas di hadapan S.K Galaksi Bintang. Kami pun berbual tentang kejadian itu dan tergelak-tergelak apabila kami teringat satu kelas menyanyi lagu 'Let It Go'.

Sambil tergelak, aku berpaling ke belakang mahu memukul belakang Nana. Namun, aku memberhentikan perbuatan itu apabila aku ternampak pelajar Melayu itu berlari-lari anak ke blok C. Terdetik rasa curiga di dalam hati tetapi aku membiarkan perasaan itu pergi. Tanpa membuang masa, aku melangkah keluar sehingga Nana tertinggal di belakang sambil menjerit-jerit namaku.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now