|| Bab 10 ||

29 8 7
                                    

Sudah lima minggu berlalu dengan pantas, aku tersenyum mengenangkan hukuman yang dikenakan kepada budak-budak nakal itu. Terkecut perut mereka, memikirkan cara untuk mengelak hukuman itu. Aku tertawa kecil sebelum menggeleng kepala. Inilah balasan bagi sesiapa yang berani membuat onar dengan 3 Zuhal.

...

Selepas sebulan berlalu,

Minggu Peperiksaan Percubaan PT3 sudah berlalu dengan selamat. Aku keluar dari Dewan Tengku Maryam dengan perlahan-lahan, reaksi mukaku sedikit lega dan meluat, melihat kertas Kemahiran Hidup Perdagangan selama dua jam. Aku mengeluh kecil, memikirkan soalan-soalan yang susah itu. Aku takut jawapan aku tidak akan diterima oleh pemeriksa.

"Putri, okey ke tidak peperiksaan tadi?" tanya Nura, mendekati aku sambil menggenggam alat tulisnya.

Aku menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.

"Susah gila!" jeritku sebelum kami berdua tertawa kecil kerana jeritan spontanku.

...

"Putri Nur Wahidah!"

Aku bangun dari tempat duduk until mengambil kertas peperiksaan percubaan Pt3 Kemahiran Hidup dari guru mata pelajaran tersebut. Beliau memandangku, tersenyum sayu apabila memberikan kertas peperiksaan itu.

Mataku terbeliak melihat angka berwarna merah di atas dada kertas tersebut. D. Aku dapat nombor dari golongan huruf D. Aku mengeluh, duduk semula di kerusi mejaku.

Aku kemudian memerhatikan rakan sekelasku yang lain. Masing-masing membuat raut muka kecewa, sedih atau tidak kisah dengan keputusan Kemahiran Hidup mereka.

"Cikgu sangat kecewa dengan keputusan kalian. Soalan ini amat mudah namun cikgu nampak seolah-olah kalian tidak pernah mengulang kaji pelajaran."

Aku meneguk air liur, mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut guru mata pelajaran KH.

...

Beberapa hari sudah berlalu, tinggal kertas Bahasa Inggeris yang belum diberikan kepada kami. Aku memandang ke langit, tanganku memegang erat kertas-kertas peperiksaan percubaan Pt3. Aku mengendahkan suasana bising setiap kali waktu rehat. Tindakanku itu seperti aku pasrah, takut orang memandang rendah terhadap nama 3 Zuhal. Aku menutup mata, membiarkan cahaya matahari menyinari mukaku.

"Engkau sudah pasrah? Ini belum lagi keputusan peperiksaan PT3."

Aku membuka mata, menegakkan posisiku setelah aku menyedari seseorang berdiri di belakangku sambil berkata. Namun, aku tidak faham mengapakah badan aku menjadi kaku dan tidak dapat melihat siapakah  yang bersuara itu?

"Kausebenarnya nak apa?" tanyaku, sedikit berani.

"Aku? Aku sebenarnya nak melihat perubahan sikap 3 Zuhal. Malangnya, tidak berubah juga.."

"Hei, jangan mencari musuh dari kalangan aku dan rakan sekelasku. Kauakan menyesal kemudian hari!"

Dia tertawa kecil penuh kejahatan, hampir membuatku meremang bulu roma.

"Aku akan menyesal?? Salah jawapan itu. Sebenarnya engkau dan  kelas 3 Zuhal yang akan menyesal!"

Mukaku merah padam kerana marah dengan dirinya mengutuk kelasku 3 Zuhal. Justeru, aku memaksa diriku memandang ke belakang dan mendapati diri dia hilang dari situ. Aku tergamam seketika, memikirkan ia mustahil bagi manusia untuk pergi dengan secepat mungkin tanpa bunyi tapak kaki.

Kring~~~

Aku menggeleng kepala, bangun dari bangku sebelum mengatur langkah ke kelas tingkat atas sekali. Misteri suara perempuan itu seperti suara orang Melayu yang aku kenal...

...

"Alright, class. Finally, I'm going to give back your results! I hope you're satisfied with your marks!" kata guru mata pelajaran Bahasa Inggeris sebelum memanggil nama untuk diberikan kertas peperiksaan percubaan tersebut. Aku memerhatikan reaksi muka setiap rakan sekelasku, menunggu giliranku.

"Putri!"

Aku bangun, mengambil kertas peperiksaan itu dari guru mata pelajaran Bahasa Inggeris sebelum duduk semula di tempat duduk.

"Alright, class. Overall, most of you got A for this trial exam. I hope you will keep up the good work. While the others, please check where your mistake is and work hard for it. Now, let's check the answers!"

...

"Nura, aku nak tanya satu soalan. Kalau 3 Zuhal tidak dapat membuktikan bahawa mereka akan berubah, kauakan buat apa?"

"Hmm... Aku tidak pasti. Kenapa?"

"Aku dan pelajar perempuan itu berjumpa pada waktu rehat tadi."

"Apa?!"

3 ZuhalWhere stories live. Discover now