|| Bab 15 ||

22 6 1
                                    

Selama minggu Pentaksiran Tingkatan 3 dijalankan, pelajar itu akhirnya berhenti mengacau hidup kami. Aku bersyukur sangat kerana kami dapat mengulang kaji dengan tenang walaupun soalan PT3 susah. Aku masih ingat lagi mesej misteri itu. Aku memberitahu Nura untuk mengendahkan mesej merepek itu. 

Seusai kertas yang terakhir dikutip, aku membiarkan sahaja pelajar lain berjalan keluar dari dewan manakala aku tunggu di belakang mereka. Aku menoleh ke belakang. Pengawas peperiksaan sedang mengira jumlah kertas yang dikutip. Aku mengelip mata.

Aku kemudian berjalan keluar untuk mendapatkan begku yang disayangi. Dengan izinku, terdapat satu perkara berlegar-legar di pemikiranku.

Di manakah lelaki yang membuatkan aku rasa seram sejuk pada hari Isnin yang lepas?

Aku menggeleng, membiarkan soalan itu tanpa jawapan. 

...

Keesokkan harinya, semua pelajar Tingkatan 3 diminta duduk di dataran terbuka sahaja. Aku dan rakan-rakanku berkumpul di satu sudut. Aku hanya mendengar perbualan mereka sambil melukis karakter Fluttershy memeluk patungnya.

" Alhamdulillah~ Musim PT3 dah habis!! " jerit Nana, diikuti ketawa riang Nura, Lillian dan Angel.

" Sabtu ini, nak lepak kat rumah aku? " pelawa Angel seakan-akan ada satu idea muncul di mindanya.

" Aku tidak boleh lepaklah.. Sabtu ini ada latihan! Bencinya, " kata Lillian, menggaru kepalanya.

" Saya perlu minta kebenaran dari ibu.. Putri, awak pula? " kata Nura, memandangku.

Aku mengelip mata beberapa kali.

" Rasanya aku boleh datang.. " jawabku, menutup buku sketch lalu masukkan buku itu ke dalam beg.

" Sebenarnya aku nak tanya satu soalan.. Siapakah gerangan manusia yang menghantar mesej misteri itu? " tanya Lillian, mengungkit kembali kisah mesej misteri itu.

" Engkau tidak perlu risau sangat. Ada budak yang menggodam sistem group Whatsapp kita lalu menghantar mesej merepek itu.  Asalkan kita tidak dicederakan, tidak perlu nak risau tentang perkara itu lagi, " jawabku, panjang manakala mataku menjeling ke arah dewan. 

Terdapat seorang lelaki yang sejak dari tadi memerhatikan kami. Aku menoleh pandangan sekejap ke tempat lain sebelum memandang lelaki itu, bayangannya sudah pun hilang.

Siapakan lelaki itu?

Lamunanku terhenti tatkala satu pengumuman diumumkan oleh guru kaunseling yang tidak disukai oleh ramai pelajar. 

" Jom kita balik ke kelas. Cikgu dah beri arahan tadi, " kata Nana sebelum Nana, Nura dan Angel pergi mengambil beg mereka di bilik khas manakala aku dan Lillian berjalan, menuju ke kelas.

Sekarang, aku tidak sabar membongkar rahsia tentang pelajar perempuan Melayu misteri itu dan lelaki itu.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now