|| Bab 12 ||

34 7 3
                                    

Aku berjalan kembali ke kelas, memikirkan semula apa yang dikatakan oleh guru disiplin tadi. Aku mengeluh kecil, tanganku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Rimas. Aku rimas dengan kes masalah 3 Zuhal. Inikah yang dikatakan oleh perempuan itu sebelum ini?

Aku menggeleng kepala, membisik kata-kata semangat. Akhirnya, aku berada di hadapan kelas. Ketua kelas berada di hadapan, mengatakan sesuatu dengan suara yang sedikit kecewa. Aku mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam kelas apabila mendapat kebenaran daripada ketua kelas.

"Kalian.. Aku ada berita buruk untuk disampaikan.."

Namun, tiada seorang pun memandang kepadaku kecuali rakan-rakanku kerana mata mereka masih tertumpu pada buku-buku rujukan sambil berbual-bual sesama sendiri. Aku mendengus sebelum menghela nafas.

"Putri?" tanya Nana setelah dia menyedari aku terdiam, tidak berkata-kata sesuatu pun.

"Tidak mengapalah. Aku cuma bergurau je," kataku, tersenyum plastik.

"Kalian boleh menyambung sesi ulangkaji. Aku nak pergi buang sampah yang kalian buang setiap hari."

Aku mengetap bibirku, memikirkan kembali reaksi-reaksi mereka tadi. Aku hanya berharap mereka mengendahkan perkara itu hanya kerana peperiksaan PT3. Aku mengeluh sebelum keluar dari kelas tanpa menyedari beberapa pasang mata memerhatikan aku dengan wajah yang risau.

...

Hari demi hari, bulan demi bulan, tinggal seminggu sahaja untuk menduduki peperiksaan PT3. Berdebar-debar rasanya, memikirkan balik persiapan yang telah aku lakukan. Aku memandang rakan sekelasku yang lain. Ada yang membuat ulangkaji dan ada yang berborak sesama sendiri. Namun, tiada seorang pun kisah akan tulisan yang sering muncul selepas rehat sebelum ini. Aku berfikir akan masa hadapan kami. Aku takut 3 Zuhal menerima padahnya selepas membuat beberapa guru kecewa sebelum ini. Aku takut..

"Nura, kau kisah tidak tentang tulisan yang sama sering muncul selepas rehat?" tanyaku kepada Nura yang sibuk melukis karakter animenya dalam buku.

"Seperti kata cikgu lain, kita tidak perlu risau," katanya acuh tidak acuh. Aku mendengus. Kes buli dan pelajar perempuan misteri itu yang belum aku selesaikan, menambahkan kemarahanku.

"Janganlah cakap acuh tidak acuh! Aku tidak main-main dalam hal ini," kataku sedikit marah.

"Putri, aku pun risau akan nasib 3 Zuhal. Suka sangat bergaduh, membuat bising dan sebagainya. Namun, hendak buat macam mana? Apakah yang kita boleh buat?"

Aku mengeluh, memandang Nura yang kini sambung melukis karakternya. Dalam diam, aku mengiyakan kata-katanya. Aku mengalih pandanganku terhadap seisi kelas. Aku hanya mampu berharap mereka akan sedar akan perkara yang mereka telah lakukan dan berubah ke arah kebaikan termasuk aku. Aku sudah lama mengelakkan diri untuk menegur kesalahan orang lain.

Ya Tuhan, aku memohon kepada-Mu untuk menunjukkan kami, 3 Zuhal, ke jalan yang benar. Bimbinglah kami, ya Tuhan.

Tanpa aku sedari, terdapat sesuatu merayap di hujung sudut kelas, mendekati meja aku. Aku memusing kepala, mataku membulat, melihat seekor ular merayap ke arahku.

Sebelum aku dapat memberi amaran, si Lorraine menjerit lalu melarikan diri ke luar kelas. Seisi kelas cepat-cepat mengikuti jejak langkah Lorraine. Aku menggeleng kepala sebelum cuba mengucapkan salam kepada si ular berwarna kuning itu.

Malangnya, si ular itu hanya menunjukkan taringnya seperti ingin menerkam aku.

Kurang asam, ular ini. Nasib baik kaucomel.

Nasib baik pelajar lelaki yang berada di sebelah kelas aku terus menangkap anak ular ini ke dalam balang kecil. Hendak mengharapkan pelajar lelaki kelas aku seperti tidak boleh diharapkan. Aku menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.

Secara tiba-tiba, aku mendapati seseorang memerhatikan aku dari jauh. Aku berpusing, memandang ke luar kelas dan mendapati perempuan Melayu itu melarikan diri ke arah padang. Tiada seorang pun perasan akan kehadiran pelajar itu kerana masih memikirkan tragedi anak ular itu.

Dia memerhatikan aku untuk apa?

3 ZuhalWhere stories live. Discover now