|| Bab 7 ||

41 10 3
                                    

Keesokkan hari, pada waktu rehat. Hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Angin ditiup kuat menandakan tidak lama lagi hujan akan turun semakin lebat.

Aku baru sahaja menaiki tangga, menuju ke kelasku dari bilik guru. Langkahku terhenti, telingaku menangkap suara-suara yang memarahi seseorang seperti mereka sedang bergaduh. Aku mendekati pintu belakang, memastikan diriku dalam posisi sembunyi dan mendengar setiap patah perkataan tersebut.

"Apa salah aku?"

"Engkau ni kan.. Buat b**** je. Aku dah tangkap bukti apa kautulis di WhatsApp. Engkau jangan nak lari!"

"Mana ada aku tulis katkau semalam. Masa itu, aku tengah kat kelas tuisyenlah."

"Eh, jangan nak tipu."

"Kaudah cakap benda buruk pasal aku kat dia orang. Kaunak lari?"

Aku menutup telingaku, tidak mahu meneruskan mendengar pergaduhan yang berlaku. Aku memandang ke kiri, mendapati Husky, seorang pelajar lelaki kelas kami, memandang aku dengan pelik.

Aku tersenyum dan melangkah masuk ke kelas setelah bunyi loceng berbunyi.

Pergaduhan merenggangkan perikatan hubungan kita. Jangan disebabkan perkara kecil, kita memulakan pergaduhan yang teruk. Berfikir sebelum bertindak.

Aku menutup mata, membiarkan perasaan sebegini berlalu.

"Aku tak nak kawan dengan engkau."

Kemungkinan si pelajar yang disalahkan lari, menjauhi kelas 3 Zuhal dan pelajar yang menjadi mangsa hanya memandang pelajar itu dengan perasaan kosong.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now