|| Bab 9 ||

37 7 6
                                    

Pelajar-pelajar mula bergerak ke kelas mereka masing-masing dengan teratur manakala pelajar 3 Zuhal terpaksa menunggu, memerhatikan gelagat pelajar kembali ke kelas. Aku terlihat pelajar lelaki yang nakal itu sedang bertepuk tampar dengan gengnya. Aku menjeling ke arahnya, memikirkan kemungkinan pelajar itu yang mencari masalah dengan 3 Zuhal.

...

"Pelajar 3 Zuhal!"

Aku terdiam,memandang muka Pengetua yang lembut tetapi garang itu. Kumpulan si Melur berbisik sesama sendiri, meluahkan perasaan tidak senang hati. Ketua dan penolong ketua pura-pura blur walhal kaki mereka sedikit menggeletar.

"Adakah kalian ingat tentang surat peraturan pendek yang saya hantar sebelum kalian menjejakkan langkah ke sekolah ini?" tanya Pengetua, memandang setiap pelajar 3 Zuhal. Aku meneguk air liurku sebelum mengangguk perlahan. Pelajar 3 Zuhal yang lain mengangguk kepala secara serentak.

"Nana! Berikan saya hukuman apa yang paling sesuai dihukum kepada pelajar yang melanggar peraturan yang berat sekali?"

"M-mereka akan d-dihukum gantung s-sekolah, Datin Pengetua.." jawab Nana menundukkan kepalanya, tidak berani melihat muka Pengetua yang dihormati.

"Sekiranya kalian melanggar peraturan sekali lagi, saya tidak akan teragak-agak untuk menghukum kamu semua. Faham?"

"F-faham.." jawab 3 Zuhal serentak.

Setelah Pengetua berlalu pergi ke pejabat beliau, kami menghembus nafas lega secara serentak. Aura Pengetua yang dihormati itu dapat dirasai sehingga tegak bulu romaku. Tidak lama kemudian, pelajar 3 Zuhal berjalan menuju ke kelas secara berterabur seperti biasa.

...

Dua minggu telah pun berlalu. Orang yang aku syak sebelum ini, tidak mengulangi perbuatannya itu. Mungkin itu hanyalah satu gurauan buat diri dia yang memang suka mencari nahas. Namun, disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan turun tengah hari.

Baru sahaja aku menikmati perasaan lega, kejadian itu berlaku sekali lagi.

Hmm.. Memang nahas si budak ini!!

...

"Kamu semua akan digantung sekolah mulai esok! Saya tidak mahu melihat muka pesalah seperti kamu!"

Pelajar 3 Zuhal meneguk air liur. Masing-masing berdoa agar hukuman itu diringankan. Mereka masih mahu belajar di sekolah ini.

Aku mengangkat tanganku setelah aku berfikir panjang. Pengetua memandangku, mukanya dikerut menandakan keizinan untuk aku meluahkan pandangan.

" Datin Pengetua, berilah kami beberapa hari untuk menyiasat dalang disebalik tuduhan ini. Saya yakin dan percaya kami mampu mencari pesalah ini. Justeru, membuktikan kami tidak bersalah!"

Rakan-rakanku memandang aku, muka mereka dipenuhi harapan yang tinggi. Pengetua pula mengangguk perlahan sambil tersenyum bangga.

...

Pada petang itu, aku duduk bersendirian di kerusi panjang luar bilik mesyuarat, menunggu abangku yang sedang bermesyuarat di dalam bilik itu. Aku menguap kecil, terasa bosan melihat suasana sekolah yang sunyi. Tidak lama kemudian, aku bingkas bangun lalu berjalan menjauhi bilik itu.

Ktang!

Bunyi besi berguling di atas lantai. Aku mencari punca bunyi itu tetapi aku tidak dapat mengesan kedudukan bunyi itu.

Ktang!

"Dimanakah bunyi besi itu berada?" desis hatiku.

"Woi! Bisinglah!"

Suara itu! Seperti aku kenal...

"Nanti orang dengar! Diamlah!"

Aku berjalan, tidak membuat sebarang bunyi walaupun bunyi tapak kasutku. Suara-suara yang aku kenali mula membisik. Semakin dekat aku bergerak ke arah suara mereka, semakin kuat bisikan mereka yang dapat aku dengar. Aku berteka-teki, memikirkan mereka berada di sebalik dinding bangunan blok D.

Aku berdiri berdekatan dengan dinding tersebut. Suara-suara itu digantikan dengan bunyi semburan cat. Aku menghela nafas sebelum mengintai di sebalik dinding itu.

Secara tiba-tiba, terdapat tangan seseorang di bahu kananku membuatkan aku terkejut. Aku terus melihat ke kanan, mendapati Nana berdiri dengan senyuman tidak bersalahnya.

Bertuah punya kawan!

"Kaubuat apa kat sini?" tanyaku, perlahan.

"Oh, aku tadi ulang kaji Sains di perpustakaan 1. Selepas itu, terdengar pula bunyi besi. Dahlah kuat, berdesing pulak tu."

"Hmm.. Nak sergah mereka tak?"

Muka Nana mula berkerut sambil berkata, "Untuk apa?"

Aku menepuk dahiku, sedikit menyesal berkawan dengan kambing ini.

"Sergah mereka kerana membuat vandalisme di kawasan sekolah. Nama pemimpin pelajar tetapi tidak pandai melakukan tanggungjawabnya," keluhku.

"He'eleh, nak mengatalah tu. Aku tahulah nak sergah orang."

"Tahu pun."

...

"Hoi, budak vandalisme sekalian! Kamu semua akan dimasukkan ke dalam lokap kebenaran!!"

Terkejut beruk pelajar-pelajar lelaki itu sehingga tercampak penyembur cat. Salah seorang dari mereka meneguk air liur sendiri. Masing-masing tidak bergerak walaupun seinci. Nana terus mengeluarkan buku pengawasnya untuk mencatat nama-nama mereka manakala aku tersenyum bangga dicampuri dengan sedikit kejahatan.

Habislah mereka akan kena marah~~

© nafiqah1704 dan fathanah123

3 ZuhalWhere stories live. Discover now