|| Bab 13 ||

143 6 3
                                    

Seminggu sudah berlalu, kini tibalah kedatangan minggu peperiksaan PT3 2017. Aku mendapati hampir semua pelajar Tingkatan 3 kecut perut walaupun mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh. Aku mengeluh, membelek muka surat buku rujukan komsas sambil mindaku terfikir akan sesuatu.

"Hey, Putri! Sampai mana dah termenung tu! Engkau fikirkan tentang siapa? Yoosung, eh?" tanya Angel setelah dia mendapati aku memandang kosong pada muka surat Sinopsis Bab 7 kisah 'Tawanan Komander Caucasus'. Aku menggeleng kepala sebelum menutup buku rujukan itu. Mood aku untuk mengulang kaji telah hilang entah ke mana.

"PT3lah, weh! Mana ada masa untuk aku memikirkan sesuatu selain daripada PT3 dan kes 3 Zuhal tu!"kataku lalu memasukkan buku itu ke dalam beg.

Belum sempat Angel menjawab balasanku, Pusat 1 iaitu 3 Musytari, 3 Zuhal, 3 Uranus dan 3 Neptun disuruh untuk memasuki dewan peperiksaan. Aku mula terasa gugup, memikirkan kembali petua-petua yang guru kami telah beri. Namun, wajah si perempuan itu menghalang aku untuk memikirkan semua.

Aku mengeluh sebelum meletakkan beg di tempat yang sepatutnya.

...

"Calon-calon PT3, sila tandatangan pada slip peperiksaan tersebut.."

Aku hanya memandang ketua pengawas peperiksaan memberi arahan dan memberitahu peraturan di dalam dewan peperiksaan. Aku telah menandatangani slip itu sebelum beliau mengeluarkan arahannya. Namun, semakin lama aku perhatikan pergerakan ketua pengawas itu, semakin kuat kepastian aku tentang beliau. Dua soalan terkeluar dari mindaku.

Siapakah guru itu? Mengapakah aku tidak mengenali beliau?

Sebelum aku dapat fikirkan jawapan-jawapannya, kertas peperiksaan PT3 Bahasa Melayu sudah bermula tepat pada jam 8.30 pagi.

...

Sejam sudah berlalu dan akhirnya aku meletakkan pen ke tepi. Aku menghela nafas, memandang kembali soalan-soalan kertas Bahasa Melayu serta jawapan-jawapanku. Mukaku mula terasa meluat, melihat soalan-soalan yang hampir ke tahap susah itu. Nasib baik aku boleh jawab semua soalan-soalan ini.

Secara tiba-tiba, ketua pengawas peperiksaan berada di tepi mejaku, memerhatikan tindak-tandukku. Bulu romaku menegak manakala kepalaku terasa ingin menoleh, memandang beliau. Namun, aku kaku apabila guru itu cakap sesuatu. Sesuatu yang aku tidak pasti bahasanya.

Akhirnya beliau berjalan ke hadapan selepas seminit berlalu. Aku menghembus nafas, perasaan tersebut berlalu seperti tidak pernah dirasai olehku. Aku mengangkat muka, memandang tubuh badan guru tersebut.

Mengapakah aku tidak sedap hati apabila guru itu berhenti di tepi mejaku?

...

Loceng akhirnya berbunyi menandakan waktu rehat. Pengawas-pengawas peperiksaan telah mengutip kertas-kertas peperiksaan PT3 Bahasa Melayu lalu membenarkan kami keluar dari dewan. Aku meletakkan dadaku, sakit akibat merasai ketakutan setiap kali guru tersebut lalu di tepi mejaku.

Aku cepat-cepat mengambil kertas formula Matematik sebelum duduk di bawah pokok yang rendang berdekatan dengan dewan. Cuaca yang baik akhirnya dapat menenangkan diriku.

"Putri, engkau buat apa kat sini?"

Aku tersentak, mengurut dadaku sebelum mendongak kepalaku. Rupa-rupanya Nura yang menanyakan soalan itu. Aku tersenyum sambil menunjukkan kertas formula.

"Oh.."

Kemudian, Nura duduk bersebelahanku sebelum meneguk airnya. Aku kembali fokus menghafal formula-formula tersebut. Tanpa aku sedari, Nura hanya membuang pandangan ke arah Dewan Terbuka Airyah sebelum berkata sesuatu.

"Putri.. Ada seseorang hantar mesej pelik di group Whatsapp.."

3 ZuhalWhere stories live. Discover now