Bagai Kaca Terhempas Ke Batu🛀

33 5 4
                                    

Sebulan setengah sudah pun berlalu. Hari yang membuatkan aku berdebar-debar sudah tiba. Aku memandang kalendar di bilik abangku sebelum memulakan perjalanan ke sekolah yang aku rindui.

Pada 14 Disember, semua pelajar tingkatan 3 SMK Galaksi Bintang mula berkumpul di hadapan pintu dewan dengan berpakaian baju uniform sekolah bersama-sama dengan ahli keluarga mereka. Aku mengelip mata, melihat betapa ramainya ibu bapa yang ingin melihat keputusan anak-anak mereka.

"Putri, jangan rasa tertekan. Abang tahu adik angkat abang yang comel ini dapat semua A dalam Pt3," kata abangku, cuba meniupkan semangat ke dalam diriku. Aku mengangguk kepala sebelum keluar dari kereta putih berjenama Mazda itu bersama-sama dengan abang dan kedua-dua adik perempuan dan lelakiku.

Aku cuba memerhatikan sekeliling, ingin mencari rakan-rakanku. Namun, mereka telah pun masuk ke dalam dewan, menunggu pengumuman keputusan peperiksaan PT3 bersama-sama ahli keluarga mereka. Aku terus menarik tangan adik lelakiku dan masuk ke dalam dewan.

Aku berjalan, mendekati barisan kerusi di bahagian tengah sebelah kiri dewan. Aku duduk dengan sopan manakala ahli keluargaku duduk di sebelah kanan. Aku mengeluarkan telefonku sambil menguis baju uniform sekolahku. Kepalaku sperti berdenyut manakala perutku mula rasa sakit.

" Putri, lama dah tak jumpa engkau! "

Aku mendongak kepala, mendapati Nura dan Angel yang menyapaku. Sakit perut seakan-akan hilang apabila aku tersenyum nipis, memandang mereka.

" Kalian, jemput duduklah! " kataku riang.

Perasaan rindu membuak-buak namun aku pendamkan sahaja. Kami bertiga berbual-bual kosong tentang Nana dan Lillian yang masih belum sampai lagi sementara menunggu majlis bermula.

" Awak rasa saya dapat berapa A? " tanya Nura, sekali-sekala memandang pentas dewan itu.

" Hurmm... Paling kurang.. 6 A? " jawabku sambil memandang lantai.

" Datuk, Datin, Tuan, Puan dan seluruh pelajar Tingkatan 3 SMK Galaksi Bintang, sila berdiam seketika dan duduk di tempat yang telah disediakan kerana majlis akan bermula sebentar lagi. "

Aku menutup mulutku lalu mengeluarkan telefon bimbitku serta earphone yang aku pinjam dari adik perempuanku. Aku memakai earphone lalu mendengar lagu-lagu Melayu kegemaran. Mataku hanya memerhatikan seorang guru lelaki iaitu pengacara majlis berkatakan sesuatu kepada kami. Aku pasti tiada seorang pelajar yang menumpukan perhatian kecuali semasa ustaz membaca doa. 

"Weh, aku rasa macam tak yakinlah.." bisik si Angel, kawan karibku. Aku mengangguk kepala. Siapalah yang tidak terasa takut dengan keputusannya yang begitu mendebarkan.

"Jangan risau. Kita tengok nasib kita dahulu baru 3 Zuhal," kata Nura menambahkan lagi perasaan gementar.

"Dah. Lebih baik kita berdiam dan tumpukan perhatian. Cikgu dah perasan ada orang buat bising." Kepalaku terasa pening sedikit. Aku menunduk kepala, membisikkan ayat-ayat motivasi.

" Sekarang, majlis menjemput Datin Pengetua untuk memberi ucapan sebelum kita meneruskan dengan pemberian sijil PT3 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3! "

Aku mengeluh kerana aku pasti ucapan Datin Pengetua akan mengambil tidak kurang dari 10 minit. Pandangan aku teralih tatkala aku ternampak tubuh badan pelajar Melayu berjalan di atas pentas tanpa semua orang sedar. Muka pelajar itu memandang aku yang dari tadi memerhatikan dirinya sebelum menghilangkan diri di sebalik dinding pentas. Aku tidak dapat melihat mukanya secara jelas namun aku pasti dia tersenyum sinis.

Aku mendengus sebelum menutup mata, menikmati lagu 'Kamu' dari Najwa Latif. Aku menyandarkan diri pada kerusi plastik itu, membiarkan Pengetua berucap tentang pelajar tingkatan 3 tahun ini lebih bagus daripada pelajar tahun lepas. Aku menjeling Angel yang sibuk berbisik dengan Lillian disebelahnya.

" 3 Zuhal.. "

Aku mengelip mata, telefonku terjatuh atas ribaku. Setiap patah perkataan yang disebut oleh beliau membuatku mengetap gigi. Aku memandang sekelilingku. Nura sedang menggenggam tangannya sambil menahan air mata mengalir di pipi. Nana yang berada di sebelahnya, menekup mulut sambil iris matanya memandang lantai. Angel menekup mukanya sambil membongkokkan tubuhnya. Lillian pula hanya meletakkan tangannya atas kepala sebelum mencarut secara bisik. 

  Aku pula menghembus nafasku,berat manakala mindaku mengimbas kembali. Air mataku mengalir turun pipiku.  

" 3 Zuhal ialah kelas yang paling teruk pada tahun ini. Saya tidak sangka  pelajar kelas kedua ini tidak mampu memperoleh sekurang-kurangnya 3 A 7B! Saya kecewa dengan pencapaian kelas ini. Nasib baik..... "

Itu sahaja yang aku mampu dengar sebelum ucapan beliau tenggelam dalam tangisanku. Aku amat kecewa. Aku amat kecewa dengan diriku yang tidak mampu mengubah sikap rakan sekelasku. Aku amat kecewa...

Tanpaku sedari, Nura menepuk belakangku perlahan untuk menenangkan diriku. Sekarang, aku tidak langsung bersedia untuk menghadap Datin Pengetua dan menerima sijil daripada beliau. Aku terasa hendak menggali kubur sendiri sebab malu. Malu akan keputusanku yang aku masih tidak tahu.

 Betullah pernyataanku itu... Akulah yang membawa malang kepada kelasku..

~Bad Ending?~

3 ZuhalWhere stories live. Discover now