🏃BONUS

16 5 1
                                    

Selepas aku mengambil keputusan PT3 aku yang memuaskan, aku berlari ke arah belakang pentas untuk mencari si pelajar Melayu itu. Aku menghentikan larianku setelah aku nampak dia berdiri seperti menunggu seseorang.

Aku berjalan ke arah dia, tanganku digenggam sekuatnya. Pelajar itu memusing, menghadapku setelah aku mendekati dia.

"Kausiapa, hah?!"

Ayat kurang ajar terpacul dari mulutku. Dia hanya tersengih, meletakkan tangannya ke atas pinggangnya.

"Kauboleh panggil aku Miss Time. Aku seorang pelajar Tingkatan 3 yang suka mengkaji masa."

Senyuman yang dilemparkannya, aku tidak sambut. Namun, muka aku menunjukkan reaksi pelik.

"Masa?"

"Ya, masa. Aku tidak boleh cakap banyak-banyak. Aku kena pergi. "

Badan Miss Time membelakangi aku.

"Oh ya. Apa-apa pun terjadi.., jangan terkejut selepas ini. Pastikan kausedia menghadapi benda itu walaupun kautak tahu apa benda itu. Jangan asyik mengeluh je."

Secara tiba-tiba, satu lubang besar muncul di hadapan dia. Aku berasa terkejut sehingga tidak perasan terpijak sesuatu sehingga aku terjatuh. Dia masuk ke dalam lubang itu dan dia hilang, pergi ke dunia lain.

Aku tidak tahu.

Hidup aku menjadi pelik bagiku...

Sejak kejadian itu...

_Tamat?_

3 ZuhalWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu