Kecil Tapak Tangan, Nyiru Ditadahkan🏇

30 5 6
                                    

Sebulan setengah sudah pun berlalu. Hari yang membuatkan aku berdebar-debar sudah pun tiba. Aku memandang kalendar di bilik abangku sebelum memulakan perjalanan ke sekolah yang aku rindui.

Pada 14 Disember, semua pelajar tingkatan 3 SMK Galaksi Bintang mula berkumpul di hadapan pintu dewan dengan berpakaian baju uniform sekolah bersama-sama dengan ahli keluarga mereka. Aku mengelip mata, melihat betapa ramainya ibu bapa yang ingin melihat keputusan anak-anak mereka.

"Putri, jangan rasa tertekan. Abang tahu adik angkat abang yang comel ini dapat semua A dalam Pt3," kata abangku, cuba meniupkan semangat ke dalam diriku. Aku mengangguk kepala sebelum keluar dari kereta putih berjenama Mazda itu bersama-sama dengan abang dan kedua-dua adik perempuan dan lelakiku.

Aku cuba memerhatikan sekeliling, ingin mencari rakan-rakanku. Mataku terpandang tubuh badan sahabat yang kukenali iaitu Nana yang sedang berbual-bual dengan ibunya. Aku, dengan senyuman gembira, mendekati Nana sambil melambai tangan.

" Nana!! "

" Putri!! "

Kami berpelukan seketika sebelum meleraikan pelukan itu.

" Sudah lama tak jumpakau! " 

" Whatsapp-kan ada? "

" Masalahnya.. Engkau balas mesej aku mengambil 10 tahun! Itupun jawab 'K' sahaja. "

Aku tersengih, mataku sengaja mengalih pandangan ke tempat lain.

" Hehe.. Jomlah, masuk ke dalam dewan. Ramai dah masuk, " kataku sebelum menarik tangan Nana lalu masuk ke dalam Dewan Tengku Maryam. Aku menoleh ke kiri dan kanan, mencari rakan-rakanku yang lain. Nana terus menunjuk kepadaku tempat rakan-rakan kami membuatkanku tersenyum.

  Aku dan Nana berjalan cepat, mendekati barisan kerusi di bahagian tengah sebelah kiri dewan. Aku duduk dengan sopan  di tengah-tengah Nura dan Angel manakala Nana pula duduk disebelah Nura. Angel dan Lillian, yang berada di sebelahnya, menyapaku.

Secara tiba-tiba perasaan gementar muncul membuatkan aku terasa sakit perut apabila aku memandang pentas dewan itu. Aku menarik nafas lalu menghembusnya beberapa kali untuk menenangkan diriku. Namun, mataku masih tidak mampu lari dari memandang suasana pentas yang kelam dan menakutkan.

Tanpaku sedari, aku terpandang seseorang yang kukenali sedang berlegar-legar dari hujung kiri pentas ke hujung kanan pentas. Aku mendengus, memandang si pelajar misteri itu sibuk berjalan di situ. Namun, dia terus hilang di sebalik dinding pentas kerana mungkin dia sedar aku sedang memerhatikan dirinya itu.

Apa-apa jelah dengan budak hingusan itu! 

  " Datuk, Datin, Tuan, Puan dan seluruh pelajar Tingkatan 3 SMK Galaksi Bintang, sila berdiam seketika dan duduk di tempat yang telah disediakan kerana majlis akan bermula sebentar lagi. "  

  Mataku mula memerhatikan seorang guru lelaki iaitu pengacara majlis berkatakan sesuatu kepada kami. Aku pasti tiada seorang pelajar yang menumpukan perhatian kecuali semasa ustaz membaca doa.   Aku mula menguap apabila Guru Penolong Kanan 1 memberi sedikit ucapan tentang gred purata sekolah. Telingaku tiba-tiba menangkap perbualan antara Nura dan Angel menyebabkan aku sibuk memasuki perbualan mereka.

"Weh, aku rasa macam tak yakinlah.." bisik si Angel, matanya tidak lepas memandang guru tersebut. Aku mengangguk kepala. Siapalah yang tidak berasa takut dengan keputusannya yang begitu mendebarkan.

"Jangan risau. Kita tengok nasib kita dahulu baru 3 Zuhal," kata Nura menambahkan lagi perasaan gementar.

"Dah. Lebih baik kita berdiam dan tumpukan perhatian. Cikgu dah perasan ada orang buat bising." 

Kepalaku terasa pening sedikit. Aku menunduk kepala, membisikkan ayat-ayat motivasi.

" Sekarang, majlis menjemput Datin Pengetua untuk memberi ucapan sebelum kita meneruskan dengan pemberian sijil PT3 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3! "

Aku mengeluh kerana aku pasti ucapan Datin Pengetua akan mengambil tidak kurang dari 10 minit.Aku menyandarkan diri pada kerusi plastik itu, membiarkan Pengetua berucap tentang pelajar tingkatan 3 tahun ini lebih bagus daripada pelajar tahun lepas. Aku menjeling Angel yang sibuk berbisik dengan Lillian disebelahnya.

" 3 Zuhal.. "

Aku tersentak. Aku terus membetulkan posisiku dan menumpukan perhatian. Rakan sekelasku juga seperti menumpukan perhatian, mendengar pengumuman tersebut.Aku mula memandang sekelilingku. Nura sedang menggenggam tangannya sambil menahan air mata mengalir di pipi. Nana yang berada di sebelahnya, menekup mulut sambil iris matanya memandang lantai. Angel hanya menekup mukanya dan Lillian pula hanya meletakkan tangannya atas kepala.

  Aku pula menghembus nafasku,berat manakala mindaku mengimbas kembali. Air mataku mengalir turun pipiku. 

" Pada awalnya, 3 Zuhal hanya mampu mengundang kemarahan kepada saya dan guru-guru. Setiap minggu, mesti ada kes yang berkaitan dengan kelas ini. Saya ingat dan pasti kelas ini akan menjatuhkan maruah diri sebagai kelas kedua terpandai di tingkatan 3. Namun, pada hari ini, pelajar-pelajar kelas 3 Zuhal membuktikan kepada saya bahawa mereka mampu berubah demi kebaikan. Syukur kepada-Nya, pencapaian gred kelas 3 Zuhal dapat mengatasi pencapaian gred kelas 3 Musytari iaitu kelas pertama terpandai di seluruh tingkatan 3!! Tahniah diucapkan.."

Pelajar-pelajar Tingkatan 3, ibu bapa dan guru-guru menepuk tangan sebagai tanda kegembiraan dan kebanggaan. Aku tersenyum dalam tangisan yang masih tidak henti mengalir di pipi. Akhirnya, semua pelajar tingkatan 3 diminta beratur di luar dewan untuk menerima sijil keputusan peperiksaan mereka. Bisikan kegembiraan dari rakan-rakan memenuhi suasana.

Alhamdulillah.. 

~Good Ending?~

3 ZuhalWhere stories live. Discover now