|| Bab 2 ||

50 13 1
                                    

Hari Rabu. Hari yang aku tidak pernah terfikir kejadian sebegitu akan berlaku. Kejadian itu membuatkan aku menitiskan air mataku kerana dosa.

Kelas 3 Zuhal terpaksa berpindah ke tingkat paling atas blok C. Hanya disebabkan segelintir pelajar sakit tulang dan sebagainya. Ada juga yang membebel dan ada juga yang membuat muka masam.

Setelah kami naiki tangga ke atas dengan sesak nafasnya, kami berjalan ke arah kelas baru kami. Uniknya tentang kelas kami adalah kami berpindah seperti orang pindah rumah. Membawa tikar, pasu-pasu dan meja kayu penuh dengan buku naik ke atas. Tidak ketinggalan juga dengan tong sampah khas kami.

Aku mengeluh kecil. Perasaan penatku bertambah-tambah. Mindaku terlayang ke negara lain sementara mataku melihat sekeliling kelas. Rakan-rakan sekelas mula membuat bising secara sederhana.

Tidak lama kemudian, guru kelas kami masuk ke dalam kelas untuk mengajar bahasa Melayu. Senyumanku sedikit mengendur tatkala hatiku membisikkan perasaan tidak senang hati.

...

"Apa masalah dengan remaja pada zaman sekarang? Bertindak kurang ajar di hadapan cikgu!"

Muka guru kelas kami mempamerkan kemarahannya terhadap pelajar Cina itu. Aku tidak tahu apa yang telah terjadi tetapi aku terasa sentap mendengarnya.

Astaghfirullah...

"Kalau begini, lebih baik kamu sendiri yang hantar ke Datin Sri! Malas cikgu nak layan!"

Guru kelas kami terus mencampak sehelai kertas kecil menyebabkan pelajar Cina itu terpaksa mengutip kertas tersebut. Kenapa cikgu? Apakah kesalahan kami yang telah kami buat menyebabkan cikgu marah kepada kami?

Astaghfirullah...

Guru kami terus beredar dari kelas dengan perasaan marah dan kecewa. Aku  perlahan-lahan menghembus nafas dan tanpa disedari, air mataku mengalir di pipi. Ada perasaan berdosa dalam diriku walaupun bukan aku yang salah. Aku memandang sekilas kepada rakan sekelasku lebih-lebih lagi kepada pelajar Cina itu.

Mereka mula membuat bising seperti biasa. Namun kali ini bising mereka lebih kepada perbincangan tentang apa yang terjadi sebentar tadi. Aku membuang pandangan ke langit melalui tingkap. Perlahan-lahan aku memejamkan mata dan melepaskan keluhan yang berat.

Ini.. bukan perkara luar biasa buat kami semua. Masalah seperti yang berlaku sebentar tadi pernah dan selalu ada di kelas 3 Zuhal. Guru yang manakah tidak pernah mendengar atau mengetahui sikap pelajar-pelajar 3 Zuhal? Kelas yang..

Aku tidak mampu menyambung ayat itu. Aku sungguh menyayangi kelas ini, kelas kedua terbaik selepas kelas Musytari.

Sejurus aku membuka mata, mereka terjerit-jerit menyuruh ketua kelas pergi mencari guru kelas kami dan memberitahu perkara yang sebenar. Aku hanya mampu berharap sahaja. Aku mengelap air mataku.

Tidak sampai 10 minit, aku ternampak ketua menutup muka sambil berlari ke arah tandas. Mungkinkah dia juga turut menangis? Hati aku terdetik memberitahuku sangkaan mereka termasuk aku untuk membaik pulih keadaan meleset. Aku mengeluh.

3 ZuhalTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang