|| Bab 4 ||

36 9 3
                                    

Keesokkan harinya, aku masuk ke dalam kelas dengan muka yang penat dan bosan. Aku teringat pesanan abangku semalam yang sedikit membosankan. Aku terhenti perjalananku apabila aku melihat lebih dari separuh kelas berkumpul di hadapan papan putih.

Aku mendekati Nura.

"Nura, kenapa mereka berkumpul ni?" tanyaku dengan perasaan tidak sedap hati.

"Ada tulisan."

Itu sahaja yang dia beritahu kepadaku sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah tulisan itu.

Aku berjalan mendekati rakan sekelasku, meninjau di belakang mereka. Mataku terbeliak dan hatiku berasa panas.

Tolong jaga attitude kamu.
-TQ-

Nak tulis macam calon pemimpin pelajar konon.

"Siapa yang tulis ni? Kurang ajar betul!"

Aku tersentak justeru memandang Melur di sebelahku. Mukanya kelihatan marah sekali dan tangannya digenggam dengan kuat. Aku mengeluh kecil, mendengar suara-suara tidak puas hati daripada 3 Zuhal.

Tiba-tiba, aku teringat pelajar Melayu semalam. Mungkinkah dia yang menulis? Perbuatannya semalam juga menambahkan perasaan curigaku. Aku terus menggeleng kepala, cuba membuang perasaan syak wasangka jauh-jauh.

Aku berjalan kembali ke arah tempatku, fikiranku sedikit melayang. Tanpa kami sedari, guru subjek Geografi sudah pun melangkah masuk.

"Eh, kenapa kamu semua berkumpul di hadapan papan putih? Pergi balik ke tempat asal kalian!" Aku tersenyum nipis melihat guru kami menggeleng kepala beliau setelah melihat satu kelas berlari ke arah tempat duduk mereka masing-masing.

"Ada sesiapa nak beritahu cikgu sebab kamu semua berkumpul di hadapan papan putih?"

"Cikgu, ada tulisan yang cikgu perlu lihat! Orang ini hendak mencabar kami!" Lillian berkata sambil mengangkat tangannya. Guru Cina itu hanya memandang sekilas pada tulisan tersebut sebelum memandang kami semula.

"Tak perlulah kamu semua risau. Biarkan sahaja. Lebih baik kita sambung pelajaran bab 6."

Guru Geografi memadam tulisan tersebut lalu melukis peta minda. Aku hanya mampu mengomel sendirian sebelum aku cuba menumpukan perhatian terhadap subjek Geografi ini. Bagaimanapun fikiranku masih melayang pada tulisan tersebut dan ada beberapa soalan yang masih aku tidak fahami.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now