Tamat?

33 8 10
                                    

Aku berjalan, menuruni tangga tingkat 2. Aku berjalan seorang diri tanpa ditemani Nura kerana dia perlu berada di bilik pemimpin pelajar. Aku mengeluh, memikirkan reaksi muka Nura yang tidak percaya dengan ceritaku.

Sejurus aku melangkah dari anak tangga, aku terlihat seseorang yang memakai  hood hitam penuh dengan tompok merah berdiri, menunggu seseorang di hujung bangunan. Dia kemudian memandang aku, seakan-akan tersenyum sebelum berjalan ke arah aku.

Sesi melarikan diri dari si calon pembunuhan bermula. Aku terus membuang semua beg aku sebelum melarikan diri untuk meringankan langkahku. Aku cuba mengelak setiap objek yang menghalang laluan aku. Setiap kali aku mempercepatkan larianku, dia dua kali ganda lagi laju daripada aku.

Sehinggalah aku sampai di kawasan mati, tiada tempat untuk aku melarikan diri. Setiap langkah diri dia mendekati aku, aku menjauhkan diri sehingga badan belakangku berada di dinding koridor tingkat 3. Aku tidak pasti sebab aku berada di tingkat atas.

Sesuatu berlaku kepada diriku yang melangkaui jangkaanku. Dia menetak pisaunya terus ke dahiku, menekannya ke dalam. Darah mengalir membuatkan mata aku seperti ingin menutup mata buat selama-lamanya.

Inikah pengakhiran ceritaku tanpa mengetahui kisah kelasku?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku rebah, meninggalkan​ dunia tanpa mengetahui kisah 3 Zuhal seterusnya.

.
.
.

Secara tiba-tiba, aku terbangun dari tidurku. Aku beristighfar, meletakkan tangan kananku ke atas dahiku.

"Nasib baik mimpi buruk.."

Dan part yang kelakar ialah semua pembaca tertipu. 😂😂😂😂😂

Kelakar, bukan? Author tidak akan kejam dengan pembaca dia~~

Lol. Maafkan author yang tidak ada makna kehidupan dalam diri dia. See you again soon~~

Bab ini akan dipadam  selepas seminggu berlalu.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now