|| Bab 5 ||

36 9 0
                                    

Waktu rehat berbunyi tetapi aku tidak berselera untuk makan. Aku membawa sebuah buku lalu duduk di hadapan kolam ikan untuk membaca buku tersebut. Tanpa aku sedari, mataku tertumpu pada refleksi di permukaan air. Ada seseorang memerhatikan aku dari atas. Aku mendongak kepala mendapati tiada sesiapa pun yang kelihatan di tingkat atas.

Aku berasa bingung dan membiarkan perasaan itu pergi apabila aku bangun dan berjalan kembali ke kelas.

...

Mata biru kehijauanku memerhatikan persekitaranku. Sekali-sekala aku menundukkan kepala apabila guru berjalan menyebelahiku.

Akhirnya, aku sampai di pintu kelas aku. Tiada seorang pun rakan sekelasku berada di dalam kelas. Aku berjalan berdekatan dengan papan putih untuk memadam tulisan si pemimpin pelajar.

Tanganku terhenti untuk mengambil pemadam papan putih apabila aku ternampak tulisan berwarna merah terpampar di hadapan aku. Jantung aku seperti terhenti degupannya, tersentap membaca ayat tersebut.

Kelas 3 Zuhal tidak pernah berubah. Dari dahulu lagi sudah menyusahkan guru-guru. Tidak pernah menyusun 10 jari, meminta maaf kepada mereka. Memalukan sahaja. Berubahlah sebelum nasi menjadi bubur buat selama-lamanya.

Aku menekup mulutku, badanku terduduk di atas lantai yang keras. Aku benci, aku benci perasaan dosa ini. Bunyi tapak kasut seorang pemimpin pelajar menjengah ke telinga aku. Aku memandang ke arah pintu kelas, mendapati Angel berdiri di situ dan matanya terbeliak melihat diriku.

"Putri, kau okey tak?"

Aku memandang kawanku itu sebelum tersenyum kelat.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now