|| Bab 14 ||

28 5 2
                                    

Aku melipat semula kertas formula tersebut tatkala aku menghembus nafas. Selepas itu, aku memandang ke langit sebelum menanyakan Nura tentang mesej pelik itu.

Apabila Nura ingin membuka mulut untuk menjawab, pengawas peperiksaan memanggil kami semula. Aku menghela nafas sebelum mengajak Nura masuk ke dalam dewan.

Jantungku berdegup laju, mataku melihat ke kiri dan ke kanan seakan-akan tidak tentu arah gerakkannya. Aku gementar untuk menghadapi musuhku, Kertas Matematik.

...

Tanpa kusangka, peperiksaan Tingkatan 3 Matematik sudah pun tamat. Aku masih dapat merasai debaran setiap kali aku memerah otak untuk menjawab soalan. Aku menghembus nafas lalu berjalan menjauhi tempat dudukku setelah semua pelajar diberi kebenaran untuk pulang ke asrama ataupun rumah. Aku memandang sekeliling, mencari Nura yang hilang entah ke mana untuk membincangkan tentang perkara yang dia ingin sebutkan itu. 

Secara tiba-tiba, aku dikejutkan dengan tangan seseorang. Aku menoleh ke belakang, mendapati Nura dan Nana dengan senyuman mereka. Aku membuat muka masam lalu berjalan pantas, keluar dari dewan dan biarkan mereka terpinga-pinga di belakang.

 " Putri! Tunggu kami! "

Akhirnya, Nura dan Nana berlari ke arah aku manakala aku berjalan seperti biasa.

" Seronok? "

Kini, mereka pula yang bermasam muka. Aku hanya mampu ketawa kecil.

" Nura, apakah yang awak ingin beritahu tadi? " tanya aku apabila ketawaku reda. Nana pula memandang Nura, mukanya seperti rasa bersalah.

" Ada hamba Allah menghantar mesej pelik di group Whatsapp 3 Zuhal lepas awak keluar.. " kata Nura, memegang erat begnya itu.

" Nura kena hantarlah gambar kat aku, tau? " jawabku, menjeling pondok bas yang berada di hadapan sekolah rendah. Nura hanya mengangguk kepala sebelum kami mengucap selamat tinggal lalu berlalu dari situ. 

Semasa aku berjalan ke pondok bas itu, aku mula terfikirkan akan pelajar misteri yang masih suka mengacau hidup 3 Zuhal. Aku menggeleng kepala supaya aku tidak perlu fikirkan tentang si dia lagi. Aku hanya perlu fokus terhadap peperiksaan yang susah lagi men-stress-kan hidup.

" Lagi aku suka sebenarnya~~ "

Suara itu menyapaku. Aku menoleh ke belakang namun tiada seorang pun di belakangku.

" Engkau nak apa sebenarnya? " jawabku, berani walhal hatiku hampir gugur.

" Engkau akan tahu nanti.. "

Aku menggenggam tanganku, gigi diketap. Aku benci manusia seperti dia. Benci.

Tiba-tiba, bunyi hon dari kereta abangku menyedarkan diriku. Aku memandang kereta abangku itu lama sebelum buka pintu kereta lalu menaiki kereta itu.

Jagalah kau, wahai perempuan yang dibenci..

...

Pada pukul 6.54 petang, aku terus menyambar telefonku seusai memakai baju tidur. Aku membuka aplikasi Whatsapp dan menekan nama Nura. Nura telah menghantarku gambar seperti yang dijanjikan pada pukul 4 petang tadi. Aku membaca setiap perkataan yang ditulis.

Lillian : Manusia-manusia 3 Zuhal, apakah yang perlu kita ulangkaji untuk subjek Sains esok?

Umah : Baca semua

Lillian : -_-#

??? : Semua manusia tidak akan lepas dari hukuman biarpun di dunia atau di akhirat. Manusia seperti kamu semua masih lagi tidak berubah walaupun sudah minta maaf kepada guru-guru. Engkau ingat aku b****. Aku masih tahu engkau tidak berubah langsung dari bulan Januari lagi. Berubahlah sebelum nasi menjadi bubur. Ingat, aku perhatikan gerak-geri kamu semua.

Lillian : *beep*

Sangee : Siapa yang hantar ni?!

Aiman : Engkau siapa??

Aku mengetap gigi sambil tanganku meletakkan telefonku di atas meja. Aku menoleh ke kiri, memandang langit melalui tingkap. Aku mengeluh sebelum menyerabutkan rambutku. Akhirnya, aku mula mengulang kaji subjek Sains tanpa kerelaan hati.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now