|| Bab 8 ||

41 10 11
                                    

Titisan air terjatuh atas lengan baju kurung sekolahku. Hujan masih turun dengan lebat. Kebocoran di siling jelas kelihatan menyebabkan aku mendengus sambil mengetuk kepala pen biruku di atas meja.

Seminit berlalu, aku menutup buku nota Matematik dan keluarkan kertas  Ketaksamaan Linear. Aku mengira dan menulis jalan kerja di atas kertas tersebut.

Tidak sampai seminit pun, seluruh barisan meja aku tertawa besar menyebabkan aku dan pelajar yang lain serta guru Matematik memandang mereka pelik.

"Apa yang dah jadi?"

"Tiada apa-apa, cikgu," kata si 'Cerdik Berkata-kata' sambil menahan tawanya.

" Weh, Lily. Apa yang terjadi?" bisikku.

Lillian menyuruhku sabar sementara dia cuba menerangkan apa yang telah berlaku. Namun, 'penyakit' ini terserebak kepada orang lain. Mukaku berkerut, melihat rakan sekelasku kecuali barisan yang terakhir dan dua orang yang pergi ke tandas, tertawa tanpa sebab.

Guru Matematik pula menambahkan lucunya dengan memberi jalan cerita ketawa mereka. Terpaksa aku tertawa kecil. Pelik juga kelas aku ni.

3 Zuhal sentiasa menjadi 3 Zuhal.

Aku menggeleng kepala sambil tersenyum.

...

Bunyi loceng berbunyi.

Aku keluar dari kelas setelah kami mengucap terima kasih kepada guru kami. Aku memandang langit yang sedikit mendung itu. Nasib baik hujan tidak turun dengan lebat lagi. Jika tidak, alamatnya basah lencun baju sekolahku.

Aku berjalan melalui laluan koridor sekolah. Nafasku sedikit sesak tatkala koridor sekolah dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang hendak pulang ke hostel mereka.

Secara tiba-tiba, bahuku tergesel kasar dengan seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 yang nakal. Dia menjeling kepadaku tajam dan terus berjalan ke arah bertentangan dengan arah ke hostel.

Aku memandangnya sekilas, mukaku masam sebelum berlalu pergi ke stesen bas.

Aku tidak akan tahu apa yang akan berlaku terhadap 3 Zuhal pada hari Isnin depan.

...

Pagi hari Isnin mula menjelma. Aku menutup mulutku apabila aku menguap kecil. Kakiku berjalan secara pantas dan berhati-hati. Aku melambaikan tanganku kepada pengawal yang menjaga kawasan sekolah sebelum kakiku melangkah pintu masuk sekolah.

Aku terlihat pelajar lelaki semalam sedang berborak dengan rakannya itu. Aku mendengus, mengetahui bahawa hari Isnin bukan hari aku.

Sampai sahaja di dewan terbuka, aku meletakkan begku di barisan kelas 3 Zuhal. Aku membuka zip beg lalu mencari novel 'Cara-cara Mengelakkan Diri Dari Diperhatikan'.

Mataku tertumpu pada pakaian salah seorang pemimpin pelajar. Aku meneliti pakaian mereka dengan muka yang pelik dan berasa ingin tahu. Aku menggeleng kepala, memikirkan kemungkinan Pengetua telah menukar peraturan sekali lagi.

Aku membuka novel dan meneruskan pembacaanku sehingga pukul 7.20 pagi. Perhimpunan akan bermula pada waktu itu.

...

"Sekarang, dipersilakan Puan Murni Binti Morhan untuk menyampaikan laporan minggu lepas."

Pelajar SMK Galaksi Bintang mula membisik sesama sendiri, meneruskan perbualan mereka yang terganggu sebentar tadi.

"Terima kasih kepada juruacara kita. Bismillah.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berkenaan dengan laporan minggu lepas, terdapat kes yang telah mengejutkan para guru. Kelas-kelas yang memenangi pertandingan kelas yang tercantik dan terbersih pada minggu lepas telah dikotorkan dan dekorasinya dirosakkan."

Aku menutup mulut, terkejut mendengar berita buruk itu. Kasihan kelas 1 Bumi dan 5 Zuhal. Penat mereka menghiaskan kelas mereka dengan pelbagai hiasan dan dekorasi.

" Seseorang telah memberitahu cikgu bahawa ini adalah perbuatan 3 Zuhal. Kata pelajar itu, ' 3 Zuhal berdendam dengan kelas yang tercantik dan terbersih.' Untuk mengukuhkan lagi dakwaan pelajar itu, terdapat nama 3 Zuhal di atas dada papan putih kelas tersebut."

Rakan-rakan sekelasku mula memandang sesama sendiri. Ada antara mereka bingung dan membisikkan kemarahan mereka terhadap pelajar yang telah merosakkan kelas orang lain. Aku mendengus, tanganku digenggam sekuatnya.

Aku tidak sabar untuk sepak pelajar itu.

"Cikgu berharap perkara ini tidak diulang lagi. 3 Zuhal, sila tunggu selepas perhimpunan."

Habislah kena marah...

© nafiqah1704

3 ZuhalKde žijí příběhy. Začni objevovat