|| Bab 11 ||

32 8 5
                                    

Nura memandang aku, tidak percaya setiap patah perkataan yang aku sebutkan tadi. Dia terdiam, memikirkan sesuatu sebelum menghentikan langkahnya.

"Putri, engkau pasti pelajar perempuan yang kausyak hari itu?"

"Aku pasti, Nura. Walaupun aku tidak pernah mendengar suaranya sebelum ini, dia selalu memerhatikan aku setiap kali pada waktu rehat dan mengekori aku setiap kali aku pergi ke bilik guru. Bukankah fakta tadi meyakinkan diri engkau?"

Nura sekali lagi terdiam, memandang ke bawah.

"Putri, Aku bukan seorang yang tidak percaya dengan faktakau. Namun, engkau mungkin boleh mendengar suara makhluk halus."

Aku menggenggam tanganku, berasa marah kerana Nura seakan-akan tidak mempercayai apa yang aku katakan.

"Tidak mengapalah kalau begitu. Jom balik sebelum warden carikau," kataku, memegang erat pada tali begku sebelum berjalan ke pintu pagar sekolah.

...

Hari Jumaat. Hari yang paling ditunggu oleh pelajar setiap hari persekolahan. Namun, bunyi bising daripada rakan sekelasku membuatkan aku berasa bosan. Pada waktu awal pagi itu, setiap pelajar Tingkatan 3 dibiarkan di kelas untuk mengulang kaji. Hanya kelas 3 Zuhal dan dua kelas paling belakang suka menghabiskan masa dengan berbual.

Aku mendengus, menutup buku rujukan Sains setelah bunyi bising semakin kuat. Penolong Ketua, Sanggee, cuba memperlahankan suara-suara mereka tetapi tidak berjaya.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap, melihat sekumpulan awan bergerak secara perlahan membuatkan aku tenang seketika.

"Korang senyap! Cikgu datang!!" jerit si Jo secara tiba-tiba.

Aku segera membetulkan posisiku apabila aku terlihat seorang guru lelaki berjalan ke arah kelas kami. Mukaku berkerut, memikirkan guru yang manakah tidak dapat hadir pada hari ini? Walhal, ketua kelas sudah mengumumkan bahawa semua guru subjek hadir pada hari yang mulia ini.

"Guru subjek kalian mana?" tanya si guru lelaki itu selepas mengetuk pintu kayu kelas. Kami menjongket bahu, menandakan bahawa kami tidak tahu di mana guru mata pelajaran Bahasa Jepun kami berada. Guru itu kemudian melangkah masuk sebelum berdiri di hadapan kami seperti ingin menyatakan sesuatu.

"Ketua kelas 3 Zuhal, sila berjumpa dengan Datin Pengetua. Beliau hendak membincangkan sesuatu dengan kamu manakala Putri.. Encik Rohan ingin berjumpa dengan kamu sekarang," katanya tegas sebelum melangkah keluar dari kelas 3 Zuhal. Sempat beliau melambaikan tangannya sambil tersenyum sebelum berlalu pergi.

Aku tergamam, mendengar pengumuman pendek itu. Mengapakah guru disiplin ingin berjumpa dengan aku? Aku mengeluh kecil sebelum berjalan keluar dari kelas dengan Umah, si ketua kelas, untuk berjumpa dengan guru-guru yang ditetapkan tadi.

Sepanjang perjalanan ke bilik pejabat, aku hanya memikirkan sebab munasabah guru disiplin ingin berjumpa dengan aku. Tanpa aku sedari, Umah telah meninggalkan aku seorang diri.

Aku mendengus, langkahku terhenti secara tiba-tiba apabila aku menyedari kehadiran pelajar Melayu itu berlalu di kiriku. Aku menoleh ke belakang, mendapati seorang pelajar memakai jaket, badannya membelakangi aku. Dia seolah-olah mengetahui aku memerhatikan langkahnya.

Dia menoleh, seakan-akan memandang aku sambil tersenyum sebelum berlalu pergi dari situ. Firasat aku menjerit, menyuruh aku berlari mendapatkan jawapan dari dia. Namun aku tidak mendengar jeritan kecil itu. Sebaliknya, aku meletakkan tangan kananku ke atas dada, mengeluarkan kata-kata janji untuk mencari si pelajar itu sehingga ke lubang cacing sekalipun sebelum meneruskan perjalananku.

Tunggulah, si pelajar misteri. Aku akan buktikan kesalahankau..

...

"Beritahu kepada cikgu, mengapakah dua orang rakan sekelas kamu membuli pelajar tingkatan 1 lalu membelasah mereka hanya kerana tidak mengikuti arahan berbaur ugutan itu?"

Aku meneguk air liur, mendiamkan diri.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now