"Aku nak korang semua buat undian pilih ketua kumpulan." Suara Fakrul bergema dalam kumpulan mereka yang sedang duduk bersila di atas lantai dewan.
"Lelaki atau perempuan?" soal seorang gadis bernama Izara sambil menolak kaca matanya ke atas.
"Kalau rasa lelaki tak ada telur, pilih perempuan." Fakrul bersuara selamba, langsung tidak peduli dengan reaksi kumpulan.
Beberapa pelajar perempuan menjegil mata, ada yang mendengus tidak puas hati. Hasya pula hanya menghela nafas panjang, malas melayan sikap lelaki itu yang memang terkenal dengan mulut tajamnya.
"Lelaki ada enam orang, perempuan ada lima orang. So, kita boleh buat undian," cadang seorang lagi pelajar lelaki, Azri.
"Adib!" Serentak beberapa pelajar perempuan bersuara, memilih nama itu tanpa berfikir panjang.
Adib yang dari tadi duduk bersandar di dinding terpinga-pinga. "Hah? Kenapa aku?" Matanya membulat, seakan baru tersedar dirinya menjadi mangsa keadaan.
"Okey, Adib, bangun dan perkenalkan diri." Fakrul mengarahkan dengan wajah tanpa emosi.
Adib menggaru kepalanya sebelum berdiri. "Aku Adib Fahmi dari Sarawak. Hm… korang boleh panggil aku Adib je. Result SPM aku biasa-biasa je, so jangan harap aku jadi ketua yang gempak sangat."
Beberapa orang ketawa kecil dengan pengakuan jujurnya itu.
"So, semua setuju dia jadi ketua?" Fakrul bertanya dengan nada malas.
Tanpa banyak soal, semua pelajar mengangguk.
"Aku sebagai pembimbing korang ni, aku nak bagi syarat," Fakrul memulakan arahannya dengan nada serius.
"First, jangan lewat datang pagi. Kalau lewat seminit pun tak dikira, dendanya round padang yang besar tu tiga kali untuk lelaki dan lima kali untuk perempuan."
Kedengaran keluhan panjang dari beberapa orang pelajar perempuan. Hasya mencebik.
"What?! Apahal lelaki sikit je?" Dia menyoal tidak puas hati.
"My rules," Fakrul menjawab dengan sinis.
"Second, semua kena dengar arahan dari aku. Tak ada alasan malas, sakit, atau mengada-ngada," tambahnya lagi.
"Sumpah aku benci," gumam Hasya perlahan, cukup untuk Aida dan Izara mendengar. Mereka hanya menahan ketawa kecil melihat riak wajahnya yang geram.
"Esok, semua kena pakai pakaian sukan. Banyak aktiviti fizikal dekat padang selama dua hari ni. So, make sure bawa baju dan seluar lebih sebab takut hujan."
Hasya mengeluh dalam hati.
Pakai seluar lagi…!
"Semua faham?"
"Faham!" serentak mereka menjawab, meskipun ada yang mengeluh.
"Bagus, boleh bersurai…" Fakrul memberi isyarat untuk semua bergerak. "Kecuali dia." Jarinya menunjuk tepat ke arah Hasya.
Dahi Hasya berkerut. "Apa?" soalnya, geram dengan perangai lelaki itu yang suka menyusahkan hidupnya.
"Kau buat ni." Fakrul menghulurkan sekeping kertas kepadanya.
"Apa ni?" Hasya menyambut dengan keliru.
"Kau jadi setiausaha aku. Semua perkara dalam aktiviti dua hari ni kau kena tulis dan siapkan laporan untuk aku sebelum pukul dua petang esok."
"Eh, aku nak balik lah!" Hasya menolak tugas itu serta-merta.
"Aku pun nak balik. So, kau datang je rumah aku hantar benda ni esok," Fakrul membalas dengan selamba, lalu berlalu pergi.
"Fakrul!" Hasya mengetap bibir. "FAKRUL!" jeritnya geram, namun lelaki itu sudah hilang dalam keramaian.
Jarum jam menunjukkan pukul 2 petang. Hasya berdiri di hadapan rumah dua tingkat itu, menekan loceng dengan sedikit geram.
"Assalamualaikum!" suaranya bergema.
Pintu pagar terbuka sendiri. Dia melangkah masuk dengan hati-hati ke halaman rumah yang luas itu. Matanya melilau, mencari kelibat sesiapa di dalam rumah.
"Mana?"
Hasya tersentak. Dia berpaling dan matanya membulat. Fakrul berdiri di belakangnya dengan hanya berseluar pendek separas lutut, tanpa baju. Rambutnya basah, menunjukkan dia baru selesai mandi.
"N-ni…" Hasya tergagap sambil menghulurkan kertas laporan itu.
Fakrul mengambilnya dan meneliti sekilas. "Bagus, aku suka kerja kau. Tak nak masuk minum air?" tawarnya.
"Huh, tak nak!" pantas Hasya menjawab, melangkah ke belakang sedikit.
Fakrul tergelak kecil. "Relax lah. Kau takut aku apa? Aku bukan jahat sangat," katanya, bersandar di dinding pagar.
"Ha, cari apa tu? Kau cari perempuan?" soal Fakrul dengan kening terangkat.
Hasya tersentak. "Tak ada lah! Aku cuma tengok-tengok je."
"Cuba berfikiran positif sikit. Aku baru habis mandi. Tak ada perempuan lah dalam rumah ni," Fakrul membalas.
Hasya mengangguk kecil, masih kekok.
"Tercegat apa lagi? Nak masuk ke?"
Tanpa menunggu jawapan, Fakrul menarik lengannya.
"Eh! Tak nak!" Hasya menepis dan terus berlari keluar pagar.
Fakrul tergelak sinis, matanya memandang langkah gadis itu yang semakin menjauh.
Hasya berlari menuju ke padang dengan nafas tercungap-cungap. Dia terlambat dua minit! Jantungnya berdegup kencang, bukan kerana larian, tapi kerana amaran Fakrul semalam.
"Ehem." Fakrul berdehem dengan tangan bersilang di dada.
"Sorry, saya lewat dua minit je," kata Hasya perlahan, menahan nafas yang masih sesak.
"Saya janji esok dah tak lewat!" tambahnya cepat-cepat.
Hazim yang berdiri bersebelahan Fakrul tergelak. "Tu la, semalam pukul dua tak tidur lagi. Rul, kau denda je dia."
Mata Hasya membulat.
Dia sakit tau. Period pain!
"Lima round," arah Fakrul.
"Tapi saya sakit…"
"Aku tak termakan alasan. Sekarang ni aku nak kau lari lima pusingan dalam masa lima belas minit." Dahinya dijentik kuat.
Hasya mendengus geram.
Sakit perut lah gila!!
Tanpa membantah, dia mula berlari. Dua pusingan pertama berjalan lancar, namun memasuki pusingan ketiga, langkahnya semakin perlahan.
"Cepat sikit! Dah sepuluh minit ni!" jerit Fakrul.
"Kalau kau tak siapkan lima pusingan, aku denda kawan-kawan kau sekali!"
"Sya, cepat Sya! Aku tak nak lari pagi-pagi!!" jerit Izara.
"KAU DIAMLAH!!" marah Hasya, sudah hilang sabar.
Dengan susah payah, akhirnya dia menamatkan pusingan kelima. Namun sebaik saja langkahnya berhenti, tubuhnya terhuyung-hayang sebelum rebah ke tanah.
"Woi!" Fakrul menjerit, meluru ke arahnya.

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...