"Hasya?"matanya meliar memandang seluruh bilik mencari sang isteri."Pergi mana pula."Fakrul menggaru kepalanya.Telefon Hasya di atas katil dipandang terus senyuman nakal menghiasi bibirnya.
Dia membuka kamera lalu terus galeri Hasya sudah penuh dengan gambar selfienya.
Sedang asyik melihat gambar sendiri, matanya tertancap pada gambar Hasya yang diambil semasa mereka bersiar di bandar melaka.
"Cantik.."bibirnya tersenyum.
"Pandai juga aku ambil gambar orang."puji Fakrul sempat berbangga diri.
"Ehem, buat apa dengan telefon saya tu?"soal Hasya.
"Sayang, gambar ni cantik. Abang nak buat wallpaper WhatsApp boleh tak?"
"Hm."
"Lock screen phone abang gambar kita nikah sayang.."
"Suka hati awaklah."
"Kenapa lock screen awak letak gambar kucing?!"ujar Fakrul tidak berpuas hati.
"Suka hati sayalah.."
"Tak boleh, kena letak gambar kita kahwin!"
Puas selongkar gambar di dalam galeri Hasya akhirnya dia menukarkan dari gambar kucing kepada gambar sewaktu akad nikah mereka.
"Abang nak tukar awak punya WhatsApp juga."balas Fakrul.
"Tak payah mengada!"
"Tak boleh, nah siap!"
Hasya mencapai telefon miliknya.Dia tergelak sinis memandang gambar Fakrul.
"Tak cantik."balas Hasya.
"Memanglah tak cantik sebab abang handsome."
"Gambar ni muka abang tengah marah tau. Buat lah hal tengok abang marah haaa."
"Mengarut, dah pergi keluar. Opah panggil makan ubi kayu."halau Hasya.
"Kita keluar sama-sama jom."ajak Fakrul menarik tangan isterinya.
Hasya menuangkan air teh ke dalam cawan Neksu dan suaminya.Neksu tersenyum melihat Fakrul dan Hasya.
"Opah masak apa je tadi?"soal Fakrul.
"Udang masak lemak dengan sambal tumis berapi."
"Uuu berapi.."
"Nanti korang dah balik sunyi lah opah.."
"Orang ajak duduk dengan ibu taknak."kata Fakrul.
"Aku ni dah tua Fakrul, tak nak menyusahkan anak menantu."
"Opah, ayah tu anak kandung opah sendiri tau."
"Ayah kamu tu pun, kalau tak disebabkan ibu kamu terima dia. Tak adanya dia jadi macam tu.."
Telefon didalam kocek seluar Fakrul berdering.
"Hello, Assalamualaikum ibu."jawab Fakrul.
"Wa-waalaikumussalam. Fakrul.."dahi Fakrul berkerut mendengar esakkan dari Puan Zana.
"Ibu kenapa ni?"
"Bila nak balik? Fakrul, ayah kamu dah kahwin lain.."
"Apa?!"tubuh Fakrul berdiri tegak.Neksu dan Hasya memandang dengan penuh tanda tanya.
"K-kenapa?"
"Dia orang berdua terlanjur..."Fakrul mengepal penumbuk.Wajahnya sudah merah menyala.
"Fakrul baliklah, malam ni ayah kamu nak bawa isteri muda dia tinggal dekat sini."
"Gila!!"jerit Fakrul.
"Fakrul.."
"Ibu sabar ya? Tunggu Fakrul
balik sana dengan Hasya. Ibu jaga diri, assalamualaikum.""Opah, ayah kahwin lain."
"Astagfirullahalazim.."
"Ayah kamu tu tak serik-serik!
Dulu, orang tu taknak terhegeh-hegeh nak dekat ibu kamu. Aku geram betul lah!""Kita orang kena balik petang ni juga opah, malam ni ayah bawa isteri dia balik."
"Ya Allah apa nak jadi dengan kau ni, Fahim."Neksu menggosok dadanya.
"Sabar opah, tenang jangan fikirkan sangat."pujuk Hasya mengusap bahu Neksu.
"Kesian dengan ibu kamu, pergilah balik tengok ibu kamu tu.."
"Opah nak ikut?"
"Takpa, kalau aku pergi mati perempuan tu aku kerjakan nanti."balas Neksu.
Fakrul tergelak kecil.
Hasya menarik luggage miliknya ke dalam rumah.Puan Zana memeluk erat tubuhnya lama.Hasya mengusap belakang ibu mertuanya sebelum berbisik,
"Ibu okey? sabar ya ibu.."
"ibu okey, Hasya seronok tak dekat sana?"
"Seronok, ibu-"terhenti bicaranya melihat Khatijah berjalan turun dari tangga.Hasya memandang Puan Zana dengan penuh tanda tanya apabila melihat perut Khatijah yang membuncit.
"Kau buat apa dekat sini? Wait, jangan cakap kau ni isteri muda ayah aku?"soal Fakrul.
"Hai anak tiri, ya aku ibu tiri kau dan ini..."perutnya diusap.
"Adik kau.."
Fakrul mengenggam penumbuk.Wajah Puan Zana dipandang sebelum berlari ke tingkat atas.Pintu bilik ditendang dengan kakinya.Encik Fahim yang sedang lena dihampiri sebelum tangan naik mencekak kolar baju ayah kandungnya.
"Lelaki jahanam, tak payah jadi suami lah bodoh!Jijik aku dapat ayah macam kau!"marah Fakrul sebelum menghadiahkan sebuah penumbuk ke wajah tua itu.
"Fakrul, sudahh!"marah Puan Zana.
"Kau buat ibu aku macam ni, kes adik aku kau tutup.Kau suami dan ayah paling tak guna dalam dunia ni!"marah Fakrul.Dia berlalu keluar berjalan turun ke bawah.
"Tak sangka, Fakrul boleh sukakan budak hodoh macam kau ni kan?"
"Tak sangka, ayah mertua aku boleh kahwin dengan kau kan?"balas Hasya sinis.Khatijah mendengus kasar.Kolam renang disebelahnya dipandang sebelum tersenyum sinis.
"Apa kata kau maafkan aku, aku maafkan kau.Kita kosong-kosong mulakan hidup baharu.."ujar Khatijah sambil memeluk bahu Hasya erat.
"No thanks,"balas Hasya menepis tangan Khatijah di bahunya.Khatijah mengintai ke dalam rumah sebelum menolak tubuh itu dengan kuat ke dalam kolam renang.
"APA KAU BUAT?!"marah Fakrul.Hasya yang sudah tergapai-gapai di dalam kolam renang dipandang dengan mata terbuntang.
"Hasya!"jerit Fakrul lalu menerjun masuk ke dalam kolam.Tubuh Hasya digapai dengan sebelah tangan dan dibawa naik ke atas.
"Uhukk uhukk!"
"Kita belum habis lagi!"marah Fakrul ke arah Khatijah.
Pintu bilik ditolak dan ditutup dengan kaki, sempat dikunci pintu itu dengan kemas sebelum meletakkan Hasya ke atas katil.
Wajah Hasya sudah merah menyala, tuala dicapai mengelap wajah dan rambut isterinya.Mata mereka merenung antara satu sama lain dengan lama.
Fakrul melarikan anak matanya memandang bibir munggil isterinya.Hampir sesak nafasnya melihat tangan Hasya naik membuka butang baju ditubuh.
"Hasya, izinkan abang.."ujar Fakrul perlahan.Hasya diam tetapi kepalanya dijatuhkan berkali-kali memberi keizinan kepada suaminya.
Telinganya sempat menangkap sepotong doa yang dibaca oleh Fakrul sebelum tenggelam di dalam dunia yang hanya mereka berdua ketahui.
Dunia yang penuh makna dan nikmat syurga buat mereka berdua.

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...