CRUSH 53•

19.9K 598 26
                                    

Farran melangkah mendekati Hazim dan Fakrul yang masih berdiri di hadapannya.

"Macam mana, dah selesai?" soal Farran.

Hazim dan Fakrul serentak mengangguk.

"Tisha tu bekas pesakit mental kau tau tak?" kata Hazim sambil tergelak kecil.

"Yang paling aku tak sangka, dia adik Adib," tambah Fakrul.

Farran terkedu. "Maksud kau, dia orang dah berpakat lama untuk musnahkan rumah tangga aku? Patutlah aku rasa pelik bila dia tiba-tiba jadi setiausaha baru aku. Aku dah rasa tak sedap hati sejak dia keluar dari bilik mesyuarat tadi..."

"Bukan main terkejut aku tengok dia cuba bunuh Hasya!" Fakrul menggeleng perlahan. "Tapi korang berdua macam mana boleh muncul kat situ?"

"Kita orang nak ajak kau lunch, tiba-tiba nampak korang bergelut. Haa, depan mata aku ada pistol, terus aku ambik. Tapi persoalannya, pistol tu siapa punya?" jawab Hazim.

"Tisha. Aku dah suruh budak pejabat cek CCTV. Memang dia yang letak. Polis pun dah tahu semua cerita. Sekarang, mayat dia tengah tunggu ahli keluarga untuk tuntut..." kata Farran.

"Tak silap aku, Adib bukan anak tunggal ke?" soal Farran lagi.

Fakrul mengangkat bahu. "Tak tahulah."

Ketika itu, telefon bimbit Fakrul berdering di dalam kocek seluarnya. Dia mengeluarkan telefon dan menjawab panggilan daripada Nizam.

"Hello, bro."

"Weh, aku dengan Neksu dah sampai rumah ayah kau... tapi Rul..."

"Kenapa?" jantung Fakrul mula berdebar.

"Ibu dengan ayah kau dah tak ada..."

Darah Fakrul terasa seakan berhenti mengalir. Tubuhnya kaku.

Di rumah Hasya, suasana riuh dengan perbualan.

"Kau okay tak? Perempuan tu macam mana? Hidup lagi ke? Kalau hidup, meh sini aku matikan dia!" Azlin bersuara sambil membawa plastik berisi lemon.

"Kau ni tak habis-habis dengan lemon kau kan?" Aida menjeling.

"Sedaplah! Nak sikit," Hasya menyampuk.

"Eee, aku tak fahamlah, benda tu masam nak mampus!"

"Diam!" serentak Azlin dan Hasya berkata.

Tiba-tiba, pintu rumah dibuka kasar.

"Assalamualaikum! Hasya!"

Hasya berpaling. "Kenapa ni, abang? Mana Fakrul dengan Farran?"

"Sya... ibu dengan ayah Fakrul... dah tak ada."

"HAH?!"

Fakrul terduduk bersandar pada dinding. Kepalanya berkali-kali digeleng, seolah-olah menafikan kenyataan di hadapannya.

Di lantai rumah, jasad Puan Zana dan Encik Fahim sudah berlumuran darah. Matanya tidak berkelip memandang tubuh kaku kedua ibu bapanya.

"Ayah... ibu... maafkan Rul..." suaranya tersekat-sekat.

Neksu tiba-tiba menarik rambut Khatijah dengan kuat. "Tak guna kau betina!"

"Hey perempuan tua!" Khatijah menjerit marah.

"Kau tu perempuan gatal! Rampas suami orang, lepas tu bunuh orang pula! Dasar gila! Pergi balik hospital sana!" Neksu menendang paha Khatijah dengan geram.

Farran dan Hazim saling berpandangan sebelum Hazim bersuara, "Tak sangka, cerita ni ramai orang gila."

Fakrul mendongak dengan wajah yang sudah dibasahi air mata.

"Abang..." Hasya melutut untuk menyamakan paras mereka. Dia menarik tubuh Fakrul ke dalam pelukannya.

"Sayang... ibu dengan ayah... Abang berdosa sangat..." Fakrul menangis teresak-esak di bahu Hasya.

Sejak mereka melangkah keluar dari rumah itu, Fakrul tidak pernah lagi berhubung dengan Puan Zana. Berkali-kali diajak untuk tinggal bersama, tetapi ibunya tetap menolak.

"Abang berdosa... Kalau abang tak tinggikan ego, kalau abang ikut cakap sayang untuk jumpa ibu minggu lepas... abang anak derhaka..."

"Abang, dah cukup," pujuk Hasya.

"Tolonglah letak dia dalam penjara sampai mati! Kecik-kecik tak nak mampus, besar menyusahkan orang!" bebel Neksu, membuatkan beberapa anggota polis di situ saling berpandangan dan menggaru kepala.

"Abang, jom." Hasya menggenggam bahu suaminya.

"Hasya balik dulu boleh tak?" Fakrul meminta.

"Hazim, bawa adik kau balik." Farran bersuara.

"Hasya nak teman Fakrul."

"Hasya, dengar cakap abang. Pergi balik dulu!" suara Fakrul sedikit tinggi.

Hasya mengeluh dan berpaling sebelum berjalan laju ke arah kereta. Fakrul menatapnya dengan keluhan berat. Kejap lagi, dia akan pujuk.

"Rul, aku nak cakap sesuatu dengan kau pasal ayah kau," Farran tiba-tiba bersuara.

Fakrul mengangkat wajah. "Apa dia?"

"Budak yang aku upah dulu datang jumpa aku pagi semalam. Dia cakap memang dia buat kerja tu seorang, tapi..."

Fakrul diam menunggu sambungan kata-kata Farran.

"Ada kumpulan lain yang datang perkosa dan bunuh adik kau..."

Fakrul tersentak. "Maksud kau?"

"Ayah kau sendiri, Rul."

Dada Fakrul terasa sesak. Nafasnya pendek.

"Aku dah tahu." Fakrul menatap Farran lama. "Aku dah siasat benda ni, dan aku dah bagitahu ibu. Tapi ibu suruh aku diamkan."

Farran menelan air liur. "Jadi betul..."

"Ayah bunuh adik aku sebab dia mengandung, anak dia sendiri, Farran." Mata Fakrul merah. "Dia tutup kes tu dengan cara bodoh. Siapa yang tak pelik?"

Air mata mengalir di pipinya.

"Aku sedih sangat, bro. Adik aku mati macam tu, ibu ayah aku pun sama..."

"Aku tak tahulah, memang tak layak ke aku untuk bahagia? Entah-entah Hasya nanti pun—"

"Fakrul! Jangan merepek macam tu!" Farran memotong kata-katanya dengan tegas.

"Kita doakan yang terbaik. Jangan fikir bukan-bukan."

"Aku tak tahu, Farran. Kalau aku hilang Hasya... Ni dah separuh hati aku hilang sebab keluarga aku mati dengan cara macam ni!"

Fakrul menggenggam erat tangannya.

"Perempuan tu memang kena dapat balasan setimpal dengan apa yang dia dah buat..." Fakrul berbisik perlahan.

CrushTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang