CRUSH 06•

22.6K 841 21
                                        

Azlin menoleh ke arah Hasya yang baru sahaja melangkah keluar dari dewan kuliah. Wajah sahabatnya itu tampak lebih tenang berbanding sebelumnya.

"Kau dah okey ke?" soal Azlin dengan nada prihatin.

"Dah okey dah," balas Hasya sambil menarik nafas lega.

"Baguslah. Maaf tau, kita orang tak sempat nak jenguk kau," kata Azlin dengan wajah bersalah.

"Tak apa..." Hasya hanya tersenyum kecil, memahami kesibukan kawan-kawannya.

Tiba-tiba, Aida muncul dengan langkah tergesa-gesa, berlari ke arah mereka. Nafasnya tercungap-cungap sebaik tiba di hadapan Hasya dan Azlin. Telefon di tangannya diangkat tinggi, ditunjukkan ke arah mereka berdua.

"Fakrul lawat kau ke?" soal Azlin, matanya tertumpu pada gambar yang terpampang di skrin telefon Aida. Jelas kelihatan Fakrul duduk di sisi Hasya yang sedang terbaring di katil hospital.

"Hm, dia datang minta maaf je pun," balas Hasya selamba.

"Oh... Kau nak tahu tak? Dah viral gambar ni satu universiti," ujar Aida dengan nada teruja.

"Cepat betul eh," kata Hasya sambil menggelengkan kepala. Tidak menyangka betapa pantas sesuatu perkara tersebar.

Belum sempat mereka berbual lebih lanjut, Adib pula muncul, berlari ke arah mereka dengan wajah cemas.

"Korang! Dah tengok gamb—"

"Dah!" serentak Aida, Azlin, dan Hasya menjawab, membuatkan Adib tersengih malu.

"Jom makan, aku lapar," kata Hasya, menggosok perutnya yang berkeroncong.

Di sebuah sudut lain di kampus, Fakrul kelihatan tenang menaip sesuatu di laptop miliknya. Hazim dan Farran yang duduk bersebelahan hanya menggeleng kepala melihat kelakuan sahabat mereka itu.

"Tenang je eh kau?" soal Farran sambil menyilangkan tangan.

Fakrul mengangkat kedua-dua belah keningnya, sekadar membalas dengan reaksi bersahaja.

"Aku kena gelabah ke? Haha. Tak apa lah, first time jadi bahan viral ni," balasnya dengan tawa kecil.

"Aku okey je, cumanya tahu si Khat—"

"Fakrul Irsyad!!" jerit satu suara lantang.

Mereka berpaling, terlihat Khaty melangkah laju dengan wajah penuh amarah. Telefon di tangannya dilempar ke hadapan Fakrul.

"Bala, bala," Farran menggeleng sebelum menyangkut beg ke bahu dan beredar, enggan terlibat dalam perbualan yang bakal berlangsung.

"You ada apa-apa ke dengan budak buruk tu?!" suara Khaty meninggi.

"Hoi, tu adik aku. Jaga sikit mulut kau," Hazim menyedut minuman dengan selamba.

"Adik Hazim kan? I pergi lawat dia sekali gus minta maaf sebab I, dia kena tahan wad," jelas Fakrul.

"Betul ke?" Khaty masih ragu.

"Ya, Khaty. I setia dengan you je," Fakrul mengukir senyum, menenangkan kekasihnya.

Mata Khaty kembali bersinar ceria. "Habis kelas teman I shopping boleh?"

"Boleh, sayang. Demi you, apa-apa je I sanggup buat," balas Fakrul seraya mengucup tangan Khaty.

"Ni yang buatkan I makin sayang you tau! Bye, biyy!" ujar Khaty dengan nada manja sebelum berlalu.

"Eeee gedik!" kata Hazim dengan muka berkerut.

"Eh kau cakap aku. Kau tu dua kali lima," Fakrul menyindir.

"Abang!"

Serentak mereka berpaling ke arah Hasya yang sedang berjalan ke arah mereka dengan wajah berkerut menahan panas terik matahari.

"Abang ni tak ada tempat berteduh ke nak duduk bawah pokok?" soal Hasya berseloroh, lalu meletakkan plastik di hadapan Hazim.

"Apa ni?" soal Hazim.

"Abang tak breakfast tadi kan? Makanlah tanda terima kasih sebab jaga Hasya dekat hospital," katanya dengan senyuman kecil sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga.

"Auw, so sweet," usik Fakrul.

"Hazim je? Aku?" Fakrul menyoal, tidak puas hati.

"Nak juga ke? Makan apa je?" soal Hasya.

"Makan semua," jawab Fakrul selamba.

"Kejap nanti aku datang balik," kata Hasya sebelum berlari ke kafe.

Di kafe, Hasya memesan makanan.

"Akak, bungkuskan mi goreng ni, lepastu ambil ayam bahagian dada tu seketul dengan telur mata sebiji," katanya kepada pekerja kaunter.

"Semua RM4, dik."

"Air mineral satu..." Hasya menghulurkan not RM5.

Tiba-tiba, bahunya ditolak kuat.

"Oi perempuan!"

Tubuhnya terdorong ke tepi, pinggangnya terhantuk pada kerusi. Hasya mengaduh kesakitan sebelum menoleh marah.

"Kau kenapa?!" soal Hasya geram.

"Fakrul tu cuma sesuai dengan Khaty. Dia dengan kau ibarat langit dan bumi! Aku tahu lah kau tu adik Hazim, tapi jangan berangan nak ada hubungan dengan Fakrul!" bentak gadis itu.

"Suka hati aku lah nak rapat dengan siapa pun. Susahkan kau ke?" balas Hasya tajam.

"Mak bapak kau tak pernah ajar kau hormat orang ke? Aku ni senior kau!"

"Senior kalau perangai haram jadah macam ni, baik tak payah hormat," kata Hasya sinis.

"Kurang ajar!" Rambut Hasya ditarik kuat.

"Aku tak cari masalah dengan kau pun!"

"Weh, weh!" Azlin, Aida, dan Adib berlari menghalang pergaduhan.

"Dah sudah!" jerkah Adib. Gadis itu melepaskan rambut Hasya dan mendengus sebelum beredar.

"Kenapa tu, Sya?" soal Adib.

"Tak ada apa. Aku nak hantar makanan kejap," balas Hasya sebelum berlalu.

Dia meletakkan plastik makanan di hadapan Fakrul dan Hazim. Mereka memandang dahi Hasya yang sudah kebiruan.

"Kenapa dahi kau?" soal Fakrul, menyentuhnya.

"Ah, sakit!" Hasya menarik kepala menjauh.

"Entah perempuan mana tarik rambut aku, lepastu hentak dahi aku dengan telefon dia."

"Haha, pastu phone dia tak pecah dengan kepala batu kau?" Hazim ketawa.

"Tak tahu. Biar padan muka dia. Aku pergi dulu, bye!"

Hasya berpaling untuk pergi, tetapi Fakrul menarik lengannya.

"Kau ada ubat tak letak dekat dahi tu?" Hasya menggeleng.

Fakrul membuka begnya dan mengeluarkan sebotol ubat. "Sapu ubat ni."

"Terima kasih!" Hasya terus berlari ke tandas perempuan.

Telefon Fakrul berdering. Dia segera menjawab panggilan dari Puan Zana.

"Hello, ibu. Ya, waalaikumussalam. Hah? Kenapa Rul kena ambil budak tu pula? Alah, adik kamu tu dah nak PT3, ada kelas sampai petang. Ibu sibuk dengan kafe ni, kamu ambil la dia kejap." Fakrul mengeluh kecil. "Ya lah bu, okey Rul ambil."

"Kena ambil Fara?" soal Hazim.

Fakrul hanya mengangguk.

CrushWhere stories live. Discover now