CRUSH 55•

20.2K 606 35
                                        

Pagi itu, Hasya mengintai di sebalik pintu dapur sambil matanya tertumpu pada Fakrul yang sedang sibuk dengan sesuatu. Dengan suara lembut, dia bertanya, "Abang buat apa?"

Fakrul tersenyum kecil. Sejak pagi tadi, dia sudah beberapa kali berpusing satu bandar mencari sate arnab, namun tidak berhasil. Kecewa dengan kegagalan itu, dia mencuba nasib mencari ayam bakar madu pula, tetapi tetap hampa. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk membeli dua ekor ayam dan memerapnya dengan resipi yang ditiru dari Instagram Khairul Aming.

"Bau sedap…" puji Hasya sambil menghidu aroma perapan ayam yang memenuhi ruang dapur.

"Kita barbeque hari ini," kata Fakrul dengan nada ceria.

"Sate Hasya tak ada?" soal Hasya perlahan, wajahnya sedikit muram.

Fakrul menoleh ke arah isterinya sebelum menggeleng perlahan. "Sorry, sayang. Abang dah cari, tapi tak jumpa juga. Malam ni, lepas Isyak, abang pergi cari lagi untuk Hasya, ya?"

Hasya mengangguk kecil. "Hmm, okey, abang. Maaf menyusahkan abang."

Fakrul tersenyum sambil mengusap perut Hasya yang kian membesar. "Apa cakap macam tu? Anak abah juga yang nak makan, kan?"

"Abang dah ajak semua orang datang," tambah Fakrul lagi.

"Wah, bestnya makan ramai-ramai!" ujar Hasya teruja.

Tiga minggu sudah berlalu sejak kejadian yang meruntun hati mereka. Fakrul kini perlahan-lahan menerima kenyataan. Majlis tahlil arwah juga telah selesai dilaksanakan, memberi mereka sedikit ketenangan.

Di ruang tamu, Neksu duduk bersandar sambil menatap wajah Fakrul dan Hasya. "Opah rasa nak balik kampung."

"Alah, kenapa pula? Duduklah sini, opah," pujuk Hasya, memandang wanita tua itu dengan penuh kasih.

"Aku dah tua, tak nak menyusahkan cucu menantu aku ni. Lagipun, dekat kampung senang nak membeli. Kalau duduk sini, kena pergi sana sini," balas Neksu.

"Alah, opah…"

"Takpa, kalau kau tak nak hantar opah, Nizam ada," kata Neksu selamba.

Fakrul tergelak. "Huyyo, rapat betul eh, opah dengan dia?"

"Dia tu pun aku dah anggap macam cucu sendiri, berkawan dengan kau dari kecil," jawab Neksu sambil tersenyum.

"Takpa, rul dengan Hasya hantarkan," kata Hasya.

Fakrul segera menoleh ke arah isterinya dengan wajah risau. "Oi, awak boleh pergi ke, sayang? Perut tu macam dah nak meletup."

Hasya terus bermuncung panjang. "Tak nak kawan!"

"Takpa, opah pergi dengan Nizam je. Lagipun, dia balik minggu ni," putus Neksu.

"Maaf, opah, bukan rul tak nak hantar. Risau pula dengan Hasya ni," ujar Fakrul, masih menatap perut isterinya yang semakin sarat.

"Takpa, opah faham."

Sementara itu, Aida tiba-tiba bersuara, "Opah! Boleh bagi tips nak dapat baby cepat-cepat tak?!"

Neksu tersenyum nakal sebelum menjawab, "Beli Shopee."

"Amboi, opah!"

"Usaha je lagi. Kalau belum dapat, jangan risau. Belum ada rezeki, mencuba je lagi," pesan Neksu dengan nada lembut.

"Opah, semua dah sampai dekat luar. Jomlah kita," ajak Aida.

"Ha kejap, opah nak sarung tudung ni," balas Neksu sambil membetulkan tudungnya.

"Opah nak ayam?" soal Fakrul.

"Ha, bubuh la seketul," jawab Neksu sambil matanya tertumpu pada Farran dan Azlin yang sedang menjamu selera.

"Ibu mengandung punya seri lagi berseri dari pengantin baru tau. Cantik sangat," puji Neksu.

Azlin tersenyum malu. Namun, Hasya tiba-tiba mencelah, "Azlin, jangan makan kicap, nanti baby hitam."

"Hah, hitam?!" Azlin terkejut besar.

Neksu tertawa kecil. "Alah kamu ni, Hasya. Opah bergurau je. Terasa hati ke?"

"Tak adalah, opah. Risau je sebab Azlin nak anak putih melepak macam Korea."

"Ya ke, opah?!" soal Azlin sambil mengambil tempat di sebelah Neksu.

"Takda, opah gurau je," kata Neksu sambil ketawa kecil.

"Opah ni pandai bergurau," ujar Azlin sambil menampar lembut bahu Neksu.

Tiba-tiba, Neksu menarik nafas panjang. "Entah sempat ke tidak opah tengok cicit. Anak menantu opah semua dah takda, entah-entah esok giliran opah pula."

Serentak Hasya dan Azlin bersuara, "Opah janganlah cakap macam tu."

"Ololo, cucu-cucu aku ni semua manja betul!"

Tiba-tiba, suara lelaki memberi salam dari luar. "Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam! Zam, masuklah!" laung Fakrul.

Neksu menoleh ke arah Nizam. "Ijam, kau jadi tak nak balik esok ni?"

Nizam mengangguk laju. "Jadi, lusa tu memang saya wajib ada dekat kampung."

Fakrul tersenyum. "Opah, Nizam kan nak kahwin. Takkan tak tahu?"

"Alhamdulillah, bertambah cucu menantu opah," kata Neksu gembira.

"Dah ambil makan ni semua, banyak kut aku bakar. Mak buyung nak makan," ujar Fakrul berseloroh sebelum ditampar manja oleh Hasya.

"Sakitlah, sayang!"

"Jangan sesekali panggil saya mak buyung!"

Tiba-tiba…

BAMM!

Pintu rumah disepak kuat.

Fakrul terkejut besar. "Oh nenek kau pulang balik kampung!"

"Sayang, pecah pintu tu nanti. Buka elok-elok tak boleh ke? Tangan dah tak ada?"

Hasya berdiri di depan pintu dengan wajah merah padam. "Mana aiskrim Magnum saya?!"

"Mana abang tahu?"

"Cakap je lah abang tak sayang baby dengan saya, kan? Sampai hati makan aiskrim tu!" ujar Hasya dengan mata berair.

"Abang tak makan pun!"

"Tipu! Kita dua je ada dalam rumah ni!"

"Ya Allah, sayang, abang tak makan, sumpah!"

"Siapa makan saya punya?! Huaaaa…" Hasya berlari keluar dari bilik.

Fakrul menggaru kepala. "Ada tikus ke rumah aku?"

Sementara itu, di Melaka…

Neksu mengeluarkan pakaian dari beg besarnya. Kemudian, dia mengeluarkan beberapa kotak aiskrim dan pelbagai jenis coklat dari dalam beg.

"Allah, lupa nak bagitahu diorang aku ambil dalam peti sejuk," katanya sambil menampar dahinya sendiri.

Dia ketawa kecil. "Hihihi… dah cair. Takpalah, minta halal ya, Fakrul…"

CrushWhere stories live. Discover now