CRUSH 12•

23.2K 792 21
                                        

Hasya menelan liur, matanya memerhati dua botol minuman yang dihulurkan oleh Fakrul. Nafasnya masih belum teratur sejak mereka berkumpul untuk aktiviti malam itu.

"Hasya." Suara Fakrul lembut, memujuknya agar mengambil botol tersebut.

Perlahan-lahan Hasya mencapai satu botol. "Terima kasih."

"Lampu suluh kau okey?" soal Fakrul, matanya menangkap getaran kecil pada tangan Hasya yang menggenggam lampu suluh.

Hasya mengangguk perlahan.

Fakrul tersenyum kecil. "Jangan takut, aku ada." Bisikannya mendamaikan hati gadis itu.

Seorang fasilitator bersuara lantang, memberi arahan. "Kita akan mulakan aktiviti malam ini sekarang. Setiap kumpulan perlu bertolak selang lima minit. Jangan bertolak serentak. Understand?"

"Yes, Madam!" jerit semua pelajar serentak.

"Jom." Fakrul menarik perlahan lengan baju Hasya, menuntunnya masuk ke dalam hutan. Mereka dikehendaki berpecah untuk mencari petanda yang telah disorokkan oleh petugas.

"Kau dengan aku jom."

"Rul, aku—"

Hasya terus menekup telinga saat terdengar suara burung hantu yang bergema di kegelapan malam. Jantungnya berdegup laju, nafasnya turun naik dalam ketakutan.

"Tenang, Sya. Itu burung hantu je." Fakrul menarik bahunya, mendekatkannya dengan tubuhnya sendiri, cuba menenangkan gadis itu.

Namun, Hasya masih menggigil. Fakrul perasan.

"Cuba minum air dulu, tenangkan diri."

Hasya menggelabah mencari botol minumannya. "Alamak, Rul. Air aku tak ada!"

Tanpa berfikir panjang, Fakrul menghulurkan botolnya. "Ambil yang aku."

Hasya menggenggam erat botol minuman itu. Sebelah tangannya lagi setia dalam genggaman Fakrul. Sentuhan itu, entah bagaimana, memberinya sedikit ketenangan.

"Dah okey sikit?" bisik Fakrul.

Hasya mengangguk laju.

"Okey, jom kita jalan."

Mereka terus menyusuri denai yang semakin gelap, mata mereka tajam mencari petanda yang disorokkan.

"Kau jumpa tak?" soal Hasya, suaranya sedikit berbisik.

Fakrul menggeleng.

Tiba-tiba—

"Eh, tu ap— ular!" jerit Hasya, tubuhnya secara refleks melangkah ke belakang. Pandangannya terpaku pada seekor ular sawa besar yang panjang dan bergerak perlahan, matanya tajam ke arah mereka berdua.

Ssstt.

"Rul..." Suaranya bergetar, tangannya erat mencengkam lengan Fakrul.

"Weh, apa kita nak buat ni?" Fakrul mula cemas.

Namun, tanpa sempat Fakrul melakukan apa-apa—

"Rul, sorry!" sejurus itu, Hasya menjerit dan terus berlari sekuat hati meninggalkan Fakrul di belakang.

"HASYYAAA!" jerit Fakrul terkejut, segera menapak mengejar Hasya yang semakin jauh.

Hasya berhenti apabila dia yakin sudah selamat dari bahaya. Namun, nafasnya masih tercungap-cungap. Malang buatnya, kakinya tersadung kayu, menyebabkan tubuhnya jatuh tergolek ke bawah cerun.

"Argh!!!"

Dalam sekelip mata, satu tangan kuat menggenggam pergelangan tangannya. Hasya mendongak, wajah Fakrul muncul dalam pandangannya yang kabur oleh panik.

"Hasya Elina, kau memang gila!" marah Fakrul, namun tangannya erat menarik Hasya agar tidak jatuh lebih jauh.

Dengan segera, Fakrul mencapai tali dari begnya. "Pegang tali ni kuat-kuat. Aku tarik kau, okey?"

Hasya mengangguk, air matanya menitis tanpa sedar.

"Satu, dua, tiga!" Fakrul menarik sekuat tenaga.

"S-sakit, Rul..." suara Hasya bergetar.

"Bertahan dengan aku. Percayakan aku," Fakrul berbisik, pandangan matanya teguh. "Kau kuat, kau boleh, Sya."

Dengan sekali tarikan terakhir, Hasya berjaya naik ke atas. Dia menekup mulutnya apabila melihat betis Fakrul—tertusuk kayu tajam.

"Rul, kaki kau..."

"Sikit je ni," Fakrul cuba berseloroh walau wajahnya sudah memucat menahan sakit.

"Te-tembus tu, Rul..." Suara Hasya bergetar.

"Kau percayakan aku, kan?" Fakrul memandangnya dalam-dalam.

Hasya mengangguk lemah.

"Jom, kita kena cari jalan keluar dari hutan ni."

Mereka berjalan perlahan-lahan, Fakrul menahan sakit, Hasya menahan tangis.

"Fakrul," seru Hasya selepas beberapa minit.

"Hm?"

"Cantiknya bulan tu," katanya tiba-tiba.

Fakrul memandangnya pelik. "Kau nak bercakap pasal bulan sekarang? Kaki aku tengah sakit ni, tahu?"

Hasya tergelak kecil, cuba menceriakan suasana.

"Aku nak buat kau lupa kesakitan kau lah ni." Senyumannya hambar.

Fakrul tersenyum nipis. "Kau memang pelik, Hasya."

Hasya menarik nafas dalam-dalam, lalu memandang Fakrul. "Aku nak ucap terima kasih sebab selalu tolong aku. Aku rasa kau lebih macam abang aku... sedangkan Hazim..."

Fakrul tersenyum. "Aku memang anggap kau macam adik aku sendiri, Sya."

Hasya menggigit bibirnya. Jantungnya berdebar kencang sebelum dia meluahkan sesuatu yang dipendam sekian lama. "Aku cintakan kau."

Langkah Fakrul terhenti. Matanya terkebil-kebil memandang Hasya.

"Aku sukakan kau sebab kau selalu tolong aku... Dari aku jatuh masa kena denda dengan kau lepas tu—"

"Aku anggap kau adik, Hasya." Suara Fakrul tegas. Pandangannya tajam.

Hasya terdiam, senyuman di bibirnya pudar.

"Kau tak sukakan aku?" soalnya perlahan.

"Kau faham tak? Aku anggap kau adik. Adik." Kali ini suara Fakrul lebih keras.

Dada Hasya terasa sakit. "Rul..."

"Lupakan perasaan tu. Aku cuma pandang kau sebagai adik kepada sahabat aku." Fakrul menghela nafas, kemudian berlalu meninggalkan Hasya yang berdiri kaku.

Dari jauh, Hasya memerhatikan Farran membantu Fakrul. "Weh, tajamnya! Apahal boleh tercucuk ni?"

"Tolonglah..." rintih Fakrul, wajahnya semakin pucat.

Hasya menelan kesedihan. Dadanya terasa sesak. Hatinya yang berbunga harapan tadi, kini hancur berkecai.

"Sya, nah makan nasi goreng ni."

"Bang, Hasya nak masuk tidur. Sakit kepala."

Hazim memandangnya dengan risau. "Nasi tak nak makan?"

Hasya menggeleng. "Tak apalah. Selamat malam."

Tanpa menunggu jawapan, dia terus melangkah ke khemah, membawa hati yang luka dan perasaan yang kini tidak lagi bersisa.

CrushWhere stories live. Discover now