"Mampus aku!" Terus dia menekan pedal minyak dengan kuat. Laju kereta menyeberangi jalan untuk ke sekolah menjemput adik perempuannya.
Hujan lebat membasahi bumi. Jam sudah mencecah 4.30 petang.
Sampai sahaja di hadapan sekolah, payung di belakang kereta dicapai dan berlalu keluar.
"Fara.." Gadis bertudung itu mencebik. Tangan naik berpeluk tubuh lalu berpaling ke belakang.
"Sorry, abang lupa." kata Fakrul.
"Sejam lebih Fara duduk sini, tiga batang aiskrim Fara habiskan!" bentak Fara.
"Sorry, jom abang belanja aiskrim lagi nak?" pujuk Fakrul.
"Nak Magnum!"
"Okey, jom." Beg disandang ke bahunya. Bahu Fara dipeluk erat lalu mereka berlari menuju ke kereta.
"Pakai seatbelt." arah Fakrul.
"Kejap lagi kita berhenti dekat 7-Eleven depan ni. Awak pergi beli je apa awak nak."
"Terima kasih, nanti datanglah ambil lagi." balas Fara tersenyum gembira.
"Tak naklah abang."
Pintu kedai ditolak lalu mereka berdua melangkah masuk bersama-sama.
Peti aiskrim dituju oleh Fara manakala Fakrul menuju ke bahagian minuman.
"Abang nak yang mana satu? Dah lah hujan ni. Hasya kena berteduh dulu baru boleh balik."
"Alaa abang ni, abang datanglah ambil adik."
"Hasya tak nak belikan abang ramen!" bentak Hasya menutup telefonnya. Dadanya berombak menahan amarah dari terletus.
Siang tadi, dia ada kelas. Lima minit lambat dari kelas abang dia, terus Hazim tinggalkan dia.
Dah lah hujan.
"Hoi budak." Kepalanya ditolak dari belakang. Hasya menoleh memandang Fakrul yang berdiri tegak di belakangnya.
"Kau buat apa dekat sini?"
"Kau buat apa dekat sini?"
Serentak mereka menyoal masing-masing.
"Membeli-belah." jawab Hasya.
"Teman adik aku." balas Fakrul.
"Hazim nak makan ramen ke? Buang tebiat ke jantan tu?" Hasya mengangkat bahunya.
"Aku pergi dululah." kata Hasya bergerak menuju ke kaunter.
"Abang, dah siap." Fakrul berpaling melihat si adik. Terbuntang matanya melihat penuh coklat dan aiskrim di dalam pangkuan Fara.
"Awak nak buka market ke dalam rumah kejap lagi, dik?" soal Fakrul.
Fara tersengih.
Selesai membayar, mereka berdua melangkah keluar dari kedai itu. Mata Fakrul tertancap ke arah Hasya yang duduk di bus stop dengan mulut bergerak seperti membebel.
Dia tersenyum kecil.
"Eh kenapa berhenti dekat sini?" soal Fara.
"Abang nak pungut anak dara orang kejap." Payung di belakang diambil terus dia melangkah keluar dari kereta.
"Budak." panggilnya.
Hasya yang sedang menjilat aiskrim mendongak memandang Fakrul.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Hasya.
"Jom balik aku hantar kau. Hazim tu memang tunggu hujan seriklah nak ambil kau. Dia tu mana boleh drive dalam hujan." kata Fakrul.
"Tak menyusahkan?"
"Tak, jom." Dihulurkan tangan ke arah Hasya. Pantas Hasya menyambut. Fakrul memegang bahu Hasya supaya merapat ke arah dirinya. Hujan lebat, payung pula satu, kena lah rapat kang satu kereta habis basah.
"Wah, cantiknya." kata Fara menoleh ke arah seat belakang.
"Hai.."
"Cantiknya akak, nama saya Fara!"
"Akak Hasya."
"Abang, cantiknya kakak ipar Fara!"
"Banyaklah kakak ipar awak." kata Fakrul tenang membawa kereta. Sesekali matanya memandang cermin melihat Hasya yang ralit merenung ke luar kereta. Dia tersenyum kecil.
"Dah sampai."
"Terima kasih, Fakrul."
"Sama-sama, kirim salam maut dekat Hazim." Hasya tergelak kecil sambil mengangguk.
Setelah memastikan Hasya selamat masuk ke dalam rumah, baru kereta itu meluncur pergi.
"Cantiklah dia.."
"Ya, cantik." balas Fakrul.
"Abang tak nak bawa tunjuk dengan ibu?"
"Eee tak ada maknanya lah." balas Fakrul. Khaty tu pun dia tak pernah bawa, ni nak bawa Hasya.
Sampai sahaja di rumah, terus Fara berlari masuk. Dia menghampiri tubuh Puan Fana di dapur yang sedang memasak.
"Ibu, tadi kan abang tumpangkan awek dia!"
"Mana ada, eh budak ni!"
"Betul ibu, akak Hasya cantik!"
"Hasya?"
"Adik Hazim lah bu, Hazim kan tak boleh drive masa hujan."
"Oh, adik Hazim."
"Tapi ibu, abang asyik tengok je kak Hasya dekat belakang." kata Fara tersenyum nakal.
"Mana ada! Pergi naik atas mandi!" halau Fakrul. Fara menjelir lidah lalu berlari naik ke atas.
"Nanti bawa Hasya datang sini, ibu nak tengok dia." usik Puan Zana.
"Eeee ibu!"

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...