Jantung Fakrul berdegup laju saat dia berlari sekuat mungkin menuju ke wad kecemasan. Di hadapan pintu, dia melihat tubuh Puan Zana dan Encik Fahmi yang kelihatan gelisah.
"Ibu, kenapa? Macam mana dengan Fara?" suaranya bergetar, dada terasa sempit.
"Fakrul, Fara—"
"Keluarga pesakit?" seorang doktor melangkah keluar dari bilik kecemasan, wajahnya serius.
"Ya, saya ayah dia," sahut Encik Fahmi.
Doktor menarik nafas panjang sebelum bersuara, "Maafkan saya, kami telah cuba sehabis baik untuk menyelamatkannya. Tapi Allah lebih menyayanginya. Hasil pemeriksaan kami mendapati terdapat koyakan yang teruk di alat sulit anak tuan dan puan. Dia telah dirogol secara bergilir-gilir dan ditusuk dengan objek yang tajam, menyebabkan pendarahan yang sangat banyak."
Puan Zana terduduk di lantai, esak tangisnya memenuhi ruang. "Allahuakbar… anak ibu…!"
Fakrul membatu. Dunia terasa gelap seketika.
"Kalau tuan dan puan ingin membuat laporan polis, boleh ikut saya. Kami akan—"
"Tak perlu, saya akan uruskan sendiri," pintas Encik Fahmi pantas.
Fakrul menoleh tajam. "Ayah, kita kena buat laporan. Kita tak boleh biarkan macam ni!"
"Tak perlu, Fakrul."
"Apa yang ayah mengarut ni?!" Fakrul membentak, tidak percaya dengan kata-kata ayahnya sendiri.
"Kita ada nama yang perlu dijaga! Syarikat kita tengah naik, ayah tak mahu disebabkan perkara ni reputasi kita jatuh."
"Ayah!!" Fakrul menggenggam tangan, menahan marah yang membuak.
"Rul tak peduli! Rul tetap nak buat laporan!"
"Buatlah kalau kau nak dihalau dari rumah ni! Selama ni, kau hidup atas duit siapa?" kata-kata Encik Fahmi membuat Fakrul terdiam.
Adik…
Dengan langkah pantas, dia menuju ke biliknya. Tangannya pantas membuka laptop dan mengakses rakaman CCTV yang dipasang menghadap rumah.
"Jantan tak guna…" bisiknya marah apabila melihat rakaman seorang lelaki meletakkan Fara di hadapan pintu pagar rumah. Tangannya mengepal penumbuk.
Kau tunggu, aku akan pastikan kau takkan hidup bahagia.
Majlis pengebumian Fara berjalan lancar. Encik Fahmi memaklumkan kepada orang ramai bahawa Fara meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Fakrul duduk diam di sisi kubur adiknya, wajahnya kosong.
Farran dan Hazim mengambil tempat di sebelahnya.
"Sabar, Rul," kata Hazim perlahan.
"Ini ujian, Rul. Ingat, ujian," sambung Farran, cuba menenangkan sahabatnya.
Fakrul menggeleng. "Adik aku, Farran… adik aku kena rogol sampai mati."
Mata Farran dan Hazim saling berpandangan, kedua-duanya cuba menahan amarah.
"Jangan risau," Hazim bersuara. "Esok kita cari mamat tu sama-sama."
Fakrul mengangguk, matanya dipenuhi dendam. "Terima kasih, korang."
Di rumah Hazim, suasana sunyi. Hanya bunyi detik jam yang kedengaran.
"Astagfirullahalazim… Macam mana dengan Puan Zana?" soal ibunya, Puan Hani.
"Masih menangis, mama… Dia tak boleh terima kehilangan Fara," balas Hazim.
"Kenapa ni?" tanya Hasya yang baru turun ke ruang tamu.
"Adik Fakrul, Fara… mati kena rogol," kata Hazim perlahan. "Tapi jangan cakap dengan sesiapa, Encik Fahmi rahsiakan perkara sebenar."
Hasya mendengar kata-kata itu dengan senyuman sinis. Matanya sedikit mengecil, bibirnya mengukir senyuman yang penuh makna.
"Baguslah," gumamnya perlahan lalu berlalu ke dapur, mengambil segelas susu putih dan meneguknya perlahan.
Kejadian enam tahun lalu masih segar di ingatannya—saat Fakrul merosakkan hidupnya.
Dia sudah bersumpah Fakrul takkan hidup bahagia sampai bila-bila.
"Karma is real. Padan muka, baru kau tahu erti kehilangan."
Matanya tajam menikam pandangan ke arah gelas susu yang dipegangnya. "Aku takkan maafkan kau, Fakrul. Takkan pernah."

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...