CRUSH 34•

19.6K 654 14
                                        

Punching bag di hadapannya ditumbuk bertubi-tubi. Hampir tercabut sarung tangan tinju di tangannya apabila dia bergerak laju.

Kali ini, kakinya pula diangkat dan disepak berkali-kali ke arah punching bag. Seluruh tubuhnya sudah berpeluh.

"Weh, weh, weh! Wah, penangan malam pertama ke ni sampai tumbuk tak ingat dunia?" soal Farran yang baru melangkah masuk ke dalam gym.

"Malam pertama?" Fakrul tersenyum sinis. Semakin laju tumbukannya mengenai punching bag.

"Apahal ni? Ada masalah ke?" soal Farran lagi.

"Dah, dah lah tu." Farran cuba menenangkan Fakrul yang masih tidak berhenti.

Fakrul mencabut sarung tangan tinju dan mencapai tuala di atas beg sebelum mengelap wajahnya yang berpeluh.

Farran meneguk air liur melihat Fakrul yang berwajah bengis dengan urat timbul di sekitar tangan.

Dah macam raksasa.

Takut betul!

"Kau ada masalah ke? Baru sehari kahwin," tegur Farran berhati-hati.

"Dia benci sangat dekat aku sampai buat peraturan mengarut tu!" Fakrul membebel.

"Peraturan apa?"

"Dia bahagi bilik tu dengan tape! Tak bagi aku masuk kawasan dia. Katil pun dia bahagi dua. Gila betul!"

Farran mengetap bibir menahan tawa. Bahunya terhinjut-hinjut menahan gelak melihat wajah kecewa Fakrul.

Nampak sangat kecewa tu.

"Tengah hari tadi aku tertidur, bangun-bangun je dia tidur atas peha aku. Dia nak cakap aku tidur buas ke? Siapa yang tidur buas sekarang?!" Fakrul membentak geram.

"Chill. Biasalah perempuan ni, semua benda dia rasa betul. Kita yang salah, jadi kita kena mengalah. Mujur dia bahagi katil, kalau dia suruh kau tidur bawah macam mana? Bersyukurlah. Nanti dia berubah juga, kau kena sabar dan ajar dia perlahan-lahan."

"Korang berdua ni sanding pun belum, dah gaduh apa cerita."

"Aku tak fahamlah dengan perempuan. Haish, aku dah cuba berlembut tau tak? Kalau baran aku datang balik, memang aku tampar je! Geram betul!" Fakrul bersuara perlahan.

"Jangan, Rul. Tak selesai masalah kalau kau guna cara tu. Perempuan ni lain sikit. Pujuk dia, bagi dia tenang. Usap-usap dia, pegang tangan dia, belai rambut dia. Kucup dahi, pipi, semua tu..."

"Nanti dia tenang, bincang elok-elok. Kalau kau angkat tangan, masalah korang akan selesai dengan satu cara je—cerai."

"Perempuan mana fikir panjang? Kalau dia minta belikan bawang putih, kau beli bawang besar, terus dia minta cerai! Hahaha."

"Sebab tu cerai dekat tangan kita. Kita kena pandai jaga emosi. Kalau dekat tangan diorang, aku rasa setiap jam kena cerai."

Fakrul tergelak mendengar kata-kata Farran.

"Haaa, bincang elok-elok. Sabar itu penting. Pesanan aku, JANGAN SESEKALI ANGKAT TANGAN pada dia."

"Thanks, Farran. Kau selalu nasihatkan aku."

"Apa guna kawan?"

Mereka berdua tergelak bersama.

"Abang ipar kau mana?"

"Tadi dia keluar."

"Aku rasa dia macam ada sesuatu dengan Aida. Kau tak perasan ke?"

"Ada jugalah perasan, tapi biarlah. Kita doa yang baik-baik."

"Eh, jom lepak mamak. Dah lama tak pekena roti canai!"

"Banyaklah kau! Bakar kalori lepas tu nak isi balik?" balas Fakrul.

Farran tersengih. "Jomlah!"

"Okey, jom."

Plastik berisi mi goreng mamak diletakkan di atas meja. Jam sudah hampir pukul 11 malam, tetapi Hasya masih di atas katil dengan laptop kesayangannya.

"Tak tidur lagi? Makan dah?" soal Fakrul.

Hasya hanya diam, fokus ke arah skrin laptop.

"Abang belikan mi goreng basah ni. Makanlah."

"Hm."

"Abang mandi kejap." Fakrul mencapai tuala dan melangkah ke bilik air.

Sebaik sahaja bunyi pancuran air kedengaran, Hasya pantas mencapai plastik di atas meja.

Bekas makanan dibuka, dan terhidanglah mi goreng basah mamak yang sungguh menyelerakan.

"Sedapnya!" gumam Hasya. Perutnya sudah berkeroncong. Dari pagi dia hanya makan roti kerana melancarkan perang dingin dengan Puan Hani.

KTAAK!

Pintu bilik air terbuka. Hasya yang gelabah terus berpaling, hingga tidak sedar dirinya sudah berada di hujung katil.

BUKK!

"Ya Allah!" Fakrul terkejut melihat isterinya jatuh seperti nangka busuk.

Tuala di bahunya hampir terjatuh. Dia menghampiri Hasya yang sedang menggosok punggungnya yang sakit.

"Sakitnya..."

"Macam mana boleh jatuh ni, sayang?" soal Fakrul.

Hasya mengangkat wajahnya. Matanya membulat melihat Fakrul hanya bertuala paras pinggang, menampakkan dada bidangnya.

"Boleh bangun tak? Sini abang tolong." Fakrul mengangkat tubuh Hasya dan meletakkannya ke atas katil.

Jantung Hasya berdegup laju apabila wajahnya tersembam pada dada Fakrul.

"Mak aih, wanginya..." getus hatinya apabila bau tubuh Fakrul menusuk hidungnya.

"Sakit?" soal Fakrul.

Hasya menggeleng laju.

"Kenapa muka merah? Sakit ke? Bagitahu abanglah."

Makin memerah wajahnya apabila ditegur Fakrul.

"A-aku lapar."

"Lah, lapar? Kejap, abang nak pakai baju dulu. Lepas tu abang buatkan makan."

Hasya melihat segelas susu dan mi goreng di hadapannya. Wajah Fakrul dipandang.

"Kenapa tak makan?" soal Fakrul, duduk di sebelahnya sambil menatap telefon.

"Err... susu?"

"Ya, kenapa?"

"Kau ambil dalam peti tu ke?"

Fakrul mengangguk.

"Tu abang Hazim punya..."

"Jadi?"

"Aku tak minum susu putih."

"Lah, tak minum?" Fakrul menutup telefonnya.

"Hari ni makan roti je kan?"

"Hm."

"Minum sikit. Esok kena bangun awal, kita nak gerak ke hotel. Majlis dekat sana pula."

Hasya menggigil memegang gelas susu putih sebelum dibawa ke mulut. Wajahnya berkerut menelan susu itu.

"Eyek..."

Fakrul tergelak sebelum mencapai gelas dan meneguknya hingga habis.

"Sedap apa. Dah, habiskan mi goreng tu. Abang dah makan tadi dengan Farran."

"Esok kita pergi sana, lepas tu tidur sana juga ke?"

"Kalau abang penat, kita tidur situ. Kalau tak, kita balik rumah ayah ibu."

"B-balik sana?"

"Ya. Kenapa?"

Hasya menggeleng. Entah kenapa, melihat wajah Encik Fahim membuatnya takut.

"Takut ke?" Fakrul tergelak.

Hasya mengangguk perlahan.

"Hahaha. Tak apa, jangan takut. Abang ada."

CrushWhere stories live. Discover now