Adib memandang wajah Hazim dengan dahi berkerut. "Kenapa Hasya mengelak dengan aku? Muka dia macam takut.."
Hazim mengeluh berat. "Ni dari hutan mana kau datang ni? Tak tahu langsung kisah Hasya? Dah berapa kali aku kena terangkan."
"Jadi, kenapa sebenarnya?" Adib semakin bingung.
"Senang cakap, Hasya trauma," jawab Hazim sambil menyedut air milik Farran tanpa rasa bersalah. Farran menjeling tajam.
"T-trauma?" Adib tergagap.
"Ya."
"Kenapa?" soal Adib lagi.
"Panjang ceritanya." Hazim mengeluh sambil memandang Farran yang turut menanti jawapan.
"Pendekkan!" suara Adib dan Azlin serentak. Hazim menarik nafas sebelum menjatuhkan pandangan.
"Fakrul... dia... dia rogol Hasya."
"HAH?!" Adib dan Azlin tersentak, mata mereka membulat.
"Sebab tu dia jadi macam tu," sambung Hazim. "Aku bukan nak buka aib Hasya, tapi aku rasa korang kena tahu keadaan dia. Ya, dia trauma sebab perkara tu."
Azlin menggigit bibir. "A-aku nak jumpa dia."
Hazim menggeleng. "Aku pun tak tahu macam mana nak cakap... Dulu aku pernah tanya dia pasal korang, tapi dia cakap korang dah tak suka berkawan dengan dia."
"Apa pula?" suara Azlin kedengaran tidak percaya.
"Betul lah. Korang dulu marah dia sebab fitnah dia dengan Fakrul, kan?" celah Adib.
Azlin terdiam. Kata-kata itu menghiris hatinya.
"Dia cakap dia tak layak berkawan dengan korang," sambung Hazim lagi.
"Dia tetap kawan kami." Suara lembut Aida mencelah. Empat pasang mata beralih ke arahnya.
"Sejak bila kau ada sini?" tanya Azlin terkejut.
"Aku nampak korang, aku dengar semuanya," jawab Aida tenang.
"Abang Hazim, tolonglah kita orang. Kita orang nak berbaik dengan Hasya semula," rayu Aida.
Hazim memandang mereka sebelum mengalihkan pandangan ke arah Adib. "Aku boleh tolong, tapi masalah sekarang... Adib."
"Aku?" Adib mengerut dahi.
"Hasya trauma dengan lelaki," jelas Hazim.
"Betul! Aku setuju!" Farran tiba-tiba menyampuk. "Hari tu aku nak pujuk dia datang majlis aku, dia sembur aku dengan hand sanitizer tahu tak?! Nasib baik tak masuk mata!"
Hazim tergelak kecil. "Itulah Hasya sekarang. Korang jangan main-main. Dalam beg dia tu bukan setakat hand sanitizer, gunting pun ada."
Adib menelan air liur. "Bahayanya..."
"Sekarang macam mana? Aku nak tunang tahu tak?" Farran berpeluk tubuh, kelihatan tertekan.
"Nanti aku fikirkan," ujar Hazim ringkas.
Dari jauh, Fakrul memandang bekas sahabatnya berbual. Dia tersenyum kelat, menahan pedih di hati.
"Kau bukan lagi kawan dia orang," bisik hati kecilnya. Fakrul menunduk kesal. "Aku tak patut buat semua tu dulu... Tak patut..."
Air mata takkan mampu membalikkan masa. Dia hanya boleh memulakan hidup yang baharu.
Puan Hani melangkah masuk ke dalam kafe miliknya. Matanya tertancap ke arah Fakrul yang duduk berseorangan. Pandangannya kemudian beralih ke meja Hazim dan yang lain.
"Fakrul?" sapanya sambil mengambil tempat di hadapan pemuda itu.
"Eh, aunty." Fakrul tersenyum hambar.
"Kenapa duduk sini? Kawan-kawan kamu semua kat sana."
Fakrul menggeleng. "Tak ada apa pun, Rul saja nak lepak sorang. Stress sikit dekat pejabat."
Puan Hani mengangguk. "Oh, dah order tak? Hari ni aunty belanja."
"Haah, dah. Terima kasih, aunty."
Puan Hani tersenyum lalu bergerak ke kaunter.
"Nah, makan." Lima pinggan mi goreng basah diletakkan di hadapan Hazim dan yang lain.
"Terima kasih, aunty!" ucap Azlin ceria.
"Sama-sama..." Puan Hani tersenyum sebelum memandang Hazim. "Kenapa tak ajak Fakrul sekali?"
Dahi Hazim berkerut. "Maksud mama?"
"Tu, Fakrul tengah minum kat sana." Puan Hani menunjuk ke arah Fakrul yang terselindung di sebalik dinding.
Adib tercengang. "Eh, dia buat apa kat sini?"
Hazim terdiam.
Hasya meniup perlahan kopi di dalam mug sebelum meneguk sedikit. Angin sepoi-sepoi masuk melalui tingkap, membuatkan rambutnya beralun lembut. Getah rambut dicapai lalu diikat tocang. Komputer riba jenama Acer dibuka.
Sejak dua tahun lalu, dia berjinak dalam dunia penulisan dan kini sudah menerbitkan sebuah novel. Jarinya lincah menaip, wajahnya tampak menawan dengan cermin mata yang tersangkut di wajah.
Ketukan di pintu mengejutkannya.
"Hasya." Hazim melangkah masuk dengan plastik di tangan.
"Ya?" Hasya masih fokus pada skrin komputer.
"Mama kirim chicken chop." Hazim meletakkan bungkusan makanan di hadapan Hasya.
"Terima kasih."
"Abang nak tahu tak?" Hasya tiba-tiba bersuara ceria. "Tadi skrip Hasya diterima! Hujung tahun ni, insya-Allah, baby kedua Hasya akan keluar!"
Hazim tersenyum bangga. "Iya? Alhamdulillah. Tahniah, Sya!"
"Sya..." Hazim menelan liur, cuba mencari kata.
"Ya?"
"Azlin dengan Farran nak bertunang."
Hasya berhenti menaip.
"Azlin nak Hasya datang majlis dia."
Hasya tersenyum tipis. "Hasya tak nak pergi."
Hazim berkerut. "Kenapa? Dia kawan Hasya kan?"
"Hasya tak layak berkawan dengan mereka yang suci tu."
"Hasya!"
"Apa? Hasya tak perlukan kawan."
"Tapi, Hasya ke-"
"Abang keluar. Hasya nak rehat."
"Sya, dengar dulu-"
"Keluar!"
Hazim tergamam sebelum perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik itu. Pintu ditutup rapat, meninggalkan Hasya sendirian, terperangkap dalam dunianya sendiri.

ESTÁS LEYENDO
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...