CRUSH 36•

19.1K 638 71
                                        

"Jom." Bagasi milik isterinya ditarik masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, aaa menantu ibu dah sampai!"

Sekelip mata tubuh Hasya hilang ke dalam pelukan Puan Zana.

"Ibu, ayah ada?"

"Keluar macam biasa," balas Puan Zana tersenyum kelat.

"Jom masuk, ibu dah masakkan special untuk korang." Puan Zana menggenggam tangan Hasya seraya mengheret masuk.

Asam pedas di hadapannya membuatkan dia menelan air liur berkali-kali.

Puan Zana memang handal memasak asam pedas, asal orang Melaka kan!

"Hasya tak makan ikan pari ke?" soal Puan Zana. Hasya menggeleng perlahan.

"Ish, ruginya! Sayang kena cuba, sedap sangat!" Fakrul meletakkan isi ikan pari ke dalam pinggan isterinya.

"Cubalah, sedap nanti Hasya termimpi-mimpi. Kalau mengandung memang mengidam punya!" kata Puan Zana.

Perlahan-lahan Hasya menolak masuk ikan pari ke dalam mulutnya.

"Hm, sedap.." balas Hasya laju.

Fakrul tergelak dan terus meletakkan separuh ikan pari ke dalam pinggan Hasya.

"Makan bagi kenyang."

"Esok jadi ke nak bertolak ke Melaka?" soal Puan Zana.

"Ha, jadi! Abang ambil cuti dua minggu. Nak stay dekat rumah opah seminggu sebab nak bawa Hasya jalan-jalan dekat sana," kata Fakrul.

"Ha, bagus sangat! Boleh honeymoon dekat sana nanti. Baby made in Malacca," ujar Puan Zana.

"Uhuk!!" Hasya tergapai-gapai mencapai air yang jauh.

"Sayang, jangan gelojoh sangat." Fakrul menghulurkan gelas ke arah Hasya.

Puan Zana tersenyum melihat Fakrul dan Hasya di hadapannya. Lagi lengkap keluarga mereka jika ada Encik Fahim dan arwah Fara.

"Ibu nak pergi sekali dengan kami tak?" soal Fakrul.

"Takpa, kirim salam opah."

"Baik, ibu."

Fakrul membuka bajunya lalu dilempar ke dalam bakul baju kotor. Hasya yang ralit menaip di laptop dikerling.

"Busynya dia," kata Fakrul.

Remote di atas meja dicapai lalu membuka televisyen yang berada di dinding bilik.

"Esok kita gerak Melaka."

"Baru nak cakap? Kenapa tak pernah nak bincang dulu?" soal Hasya sedikit tidak berpuas hati.

"Sorry, abang tahu abang salah. Cumanya abang nak surprise je.." balas Fakrul perlahan.

"Surprise lah sangat."

"So, jangan lupa kemas baju ya, sayang?"

Hasya mencebik.

Fakrul memperlahankan suhu aircond kereta miliknya. Jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Hujan yang sangat lebat membuatkan mereka berdua mengantuk dan sangat sejuk.

Mereka bertolak jam 6 pagi selesai sahaja menunaikan solat Subuh. Berbeza pula dengan Hasya yang cuti dan hanya membasuh muka seterusnya menyambung tidur kembali di dalam kereta.

Dia tidak kisah akan gadis itu kerana dia tahu Hasya tidur lewat disebabkan novelnya. Dia sendiri melihat Hasya yang gigih menyiapkan beberapa bab novel yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Dia menoleh melihat gadis itu yang masih tidur dengan nyenyak.

"Hasya, bangun. Tak nak makan ke?" soal Fakrul, mencucuk-cucuk tangan lembut isterinya.

"D-dah pukul berapa?" soal Hasya dengan suara serak basah. Fakrul tersenyum.

Ini kelebihan yang ada pada Hasya dan paling membuatkan dia beruntung menjadi suami Hasya.

Sekali kejut terus bangun.

"B-boleh tak kalau nak singgah mandi?" soal Hasya perlahan.

"Boleh, kejap lagi kita berhenti dekat Petronas," balas Fakrul.

Fakrul bersandar di hadapan bonet keretanya. Plastik yang berisi makanan diletakkan bersebelahannya.

Jam di tangan dikerling. Sudah hampir setengah jam Hasya membersihkan diri.

"A-awak." Terletus tawa dari bibir Fakrul melihat Hasya dengan rambut yang berbalut tuala.

"Apa gelak-gelak?" soal Hasya dingin.

"You look cute, sayang." Baju kotor isterinya diletakkan di dalam plastik.

"Abang belikan breakfast tadi." Dua susu kotak DutchLady berperisa coklat dan original dihulurkan kepada Hasya.

Kening Hasya terangkat melihat susu di tangan Fakrul.

"Abang ingat lagi sayang tak minum susu putih. Ambil lah susu coklat tu." Huluran suaminya disambut.

"Nak makan nasi lemak?" Hasya menjeling plastik yang berisi dua bungkus nasi lemak, tiga biji karipap, dua keping sandwich, dan beberapa makanan ringan untuk dijadikan kudapan dalam perjalanan nanti.

"Tak nak lah, nak karipap."

"Makanlah."

"Awak tak nak makan?"

"Nak makan nasi lemak." Kata Fakrul mencapai sebungkus nasi lemak. Mereka berdua menghampiri kerusi batu yang disediakan berhampiran kereta mereka.

Selesai mengaminkan doa, terus dia menjamah nasi lemak. Hasya menelan air liur melihat Fakrul yang ralit menjamu selera.

"Kenapa tak nak makan?"

"Makan nanti lah."

"Semalam rumah ibu pun tak makan malam. Nganga mulut."

Terkebil-kebil mata Hasya melihat Fakrul yang ingin menyuap nasi kepadanya.

"Nganga." Hasya menurut perintah suaminya. Selamat tiga suap nasi masuk ke dalam mulut, dia sudah menggeleng.

"Makanlah, lapar pula awak."

"Okey, abang habiskan."

Fakrul menutup mulutnya yang menguap luas. Dia mengerling Hasya yang termenung bersama airpods di dalam telinga.

"Sayang.."

"Sayang!" Fakrul tersenyum jahat apabila Hasya tidak mendengarnya. Terus jarinya naik mencabut sebelah airpods gadis itu lalu dimasukkan ke dalam telinganya.

Dia terkedu. Wajah Hasya yang menjelingnya tajam dipandang.

Surah Al-Kahfi.

"Hari ini hari Jumaat, saya cuti. Saya nak kumpul pahala. Jangan kacau saya." Kata Hasya menarik kembali miliknya.

"Abang pun nak pahala juga," balas Fakrul. Hasya diam, matanya kembali melihat luar kereta.

"Sayang, abang mengantuk. Berbual dengan abang, please?"

Hasya mendiamkan diri.

Dua minit kemudian, Hasya menarik kedua-dua airpods miliknya dan disimpan kemas.

"Kita nak pergi kampung siapa?" soal Hasya. Tangannya bergerak mencapai plastik makanan di hadapannya.

"Kampung ayah," balas Fakrul.

"Belah ibu?"

"Dekat Melaka juga, tapi arwah nenek dengan atuk dah tak ada."

"Ibu anak tunggal.."

"Patutlah."

"Nak?" soal Hasya menunjukkan plastik makanan ringan ke arah Fakrul.

"Nak Twisties," kata Fakrul.

"Saya tak pernah datang Melaka," kata Hasya jujur.

"Iya? Takpa, nanti abang bawa sayang naik Taming Sari, semua abang tunjuk!" Kata Fakrul tergelak kecil.

Hasya hanya mendiamkan diri. Dia takkan pernah terima hubungan halal ini dan terima Fakrul sebagai suaminya.

Bahagia?

Hanya dalam mimpi.

CrushWhere stories live. Discover now