"Kompang dipalu, pengantin baru. KEPAK PEKAK!"
"Hoi gila!" Hazim mencampak bantal kecil ke arah Danial yang ketawa terbahak-bahak.
"Olo abe, janganlah marah-marah." kata Danial sambil menepuk-nepuk bahu Hazim. Hazim mendengus. Dia dah lah tengah berapi ni.
"Aku geram betul dengan makcik bawang ni. Kalau ikutkan, malam ni bukan malam berinai dah lama aku mengamuk." kata Hazim dengan nada kesal.
"Sabar lah, abe." Danial mengusik lagi.
"Kau dah kenapa asyik 'abe abe' ni?" soal Hazim yang sudah mula rimas.
"Korang berdua pergi mana semalam?" tanya Danial ingin tahu.
"Aku dengan Hasya pergi majlis kahwin kawan kita orang, Farran dan Azlin." balas Hazim.
"Ah, yang datang masa Hasya dicop tu ke?" Danial mengingat kembali peristiwa yang berlaku. Hazim hanya mengangguk.
Alhamdulillah. Farran dan Azlin sudah sah menjadi suami isteri semalam. Malam ini malam berinai bagi Hasya. Esok, insyaAllah, akad nikah. Lusa pula majlis belah keluarga Fakrul.
"Kau dah pergi ambil ke belum baju?" soal Hazim, mengingatkan Danial.
"Alah, bantai je lah warna hitam pun." kata Danial dengan selamba.
"Kepala lutut kau! Kita semua pakai warna baby pink. Kenapa kau belum ambil lagi?" soal Hazim geram.
"Aku dah ambil lah, yang aku nak marah sangat dalam banyak-banyak warna atas dunia ni kenapa baby pink tu juga yang dipilih?" keluh Danial dengan nada kecewa.
"Dah mama yang pilih." jawab Hazim.
"Hancur kejantanan aku pakai warna tu." kata Danial pasrah.
"Yoo!" Farran menepuk bahu Danial dan Hazim. Wajah berseri-seri Farran dipandang oleh mereka.
"Sejak kahwin, berseri-seri eh muka?" soal Hazim. Farran tersengih gatal.
"Kau tak nak kahwin ke?" soal Farran kembali.
Hazim menjeling. "Kau tak tahu ke kita orang duduk sini sebab makcik bawang mengumpat dia lah!" Danial ketawa terbahak-bahak.
"Mana Azlin?" soal Hazim.
"Dalam. Tak sabar sangat nak jumpa adik kau." balas Farran.
Hazim mengeluh. "Aku risau ni, entah macam mana lah esok. Confirm aku kena goreng dengan Hasya ni. Mati lah aku."
"Alaa chill chill je." balas Farran.
"Fakrul tak datang?" soal Danial.
"Tak, dia tengah menghafal dekat rumah aku dengan walid." jawab Farran.
"Hafal apa?"
"Aku terima nikahnya Hasya Elina Binti Hamzah dengan mas kahwinnya sebanyak Rm—"
"Dah-dah lah tu. Minum kopi ni." kata Tuan Fahri. Fakrul tersengih.
"Doa tu dah hafal?"
Fakrul mengangguk laju. Jam di dinding sudah hampir 10 malam.
"Jangan takut sangat, lelaki kena berani." kata Tuan Fahri.
"Bukan, Rul risau. Malam ni ingat, esok nak jawab depan Hazim, gagap pula." balas Fakrul dengan wajah risau.
Tuan Fahri tergelak. "InsyaAllah, urusan esok akan dipermudahkan."
"Cantiknya kau!" kata Aida memandang Hasya. Hasya tersenyum malu. Mata memandang tangan dan jarinya yang sudah lengkap dengan inai merah.
"Haah kan, aku masa malam inai hari tu tak macam ni. Ni dia dah berseri-seri, tak sabar eh." Azlin mencuit bahu Hasya.
"Mana ada.."
"Korang dah kahwin, aku sorang je lah single nanti." keluh Aida.
"Abang aku ada."
"Abang Hasya ada."
Serentak Azlin dan Hasya berkata sebelum sama-sama tergelak kecil melihat wajah Aida yang cemberut.
"Tak sukalah, Farran pun cakap macam tu. Tak suka lah." kata Aida perlahan.
"Tak suka konon, padahal hati dah dup dap dup dap!" kata Azlin mengusik.
"Eee kau ni kan!"
"Aku nak tidur sini malam ni boleh?" soal Aida. Hasya mengangguk laju.
"Boleh, teman aku nak?"
"Alaa aku nak juga." rengek Azlin.
"Tu suami kau nak campak mana?" soal Aida sambil menunjuk ke arah Farran yang melangkah masuk bersama Hazim dan Danial.
"Alaa."
"Kau datang pagi esok je lah." balas Hasya.
"Awak nak tidur sini ke sayang?" soal Farran. Azlin mengangguk laju.
"Boleh, tidurlah. Abang pun pergi rumah kawan malam ni."
Azlin memandang Farran dengan mata dikecilkan.
"Lelaki ke perempuan?" Farran ketawa terbahak-bahak.
"Lelaki lah sayang, abang kan dah ada awak." balas Farran mencuit hidung Azlin.
"Okey."
"Kau dah solat Isyak ke?" soal Aida.
"Aku cuti baru semalam."
"Loh, melepas malam indah!" kata Azlin. Mata Aida dan Hasya terbuntang. Bahu Azlin dipukul.
"Kau ni mulut.."
"Apa? Betul lah. Melepas Fak—"
"Sayang, abang nak makan. Jom!" Farran cepat-cepat mengheret isterinya keluar.
"Sorry abang, Lin terlepas!"
"Tahupun."
"Kau tak call Irsyad?" soal Aida. Hasya menggeleng.
"Malu, biarlah esok first time kita orang jumpa." balas Hasya ceria.
Aida hanya mampu tersenyum.
"Harap-harap esok berjalan lancar." getus hatinya.

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...