CRUSH 51•

20.2K 596 37
                                        

Azlin melangkah masuk ke dalam butik pakaian dengan penuh semangat. Dia menoleh ke arah Aida dan Hasya yang kelihatan ragu-ragu di belakangnya.

"Cepatlah! Aku nak ajar korang goda suami masing-masing!" katanya sambil menarik tangan Hasya.

Hasya dan Aida saling berpandangan sebelum mengikut Azlin masuk ke dalam butik pakaian seksi itu.

"Mak aih… aku nak baliklah. Risau pula tengok baju-baju macam ni," ujar Aida sambil memegang sehelai lingerie berenda.

Azlin menjulingkan mata. "Aida, kau nak baby, kan? So, kau kena usaha lebih sikit!" Dia menyuakan dua pasang lingerie berwarna ungu dan hitam kepada Aida.

"Ha, kau pula, Hasya. Kau nak pastikan Fakrul masih sayangkan kau, kan? Aku tengok dia tu ganas semacam, jadi kau kena pakai yang lebih mengancam!" katanya sambil menyerahkan lingerie berwarna merah dan kuning kepada Hasya.

Wajah Hasya merona merah. Tangannya menggenggam erat pakaian yang dirasakan terlalu seksi itu.

"S-Seksinya... Takutlah aku," ujar Hasya dengan suara perlahan.

"Hey, dalam hubungan suami isteri, tak ada istilah takut-takut, okey? Dah, pergi bayar cepat. Kejap lagi kita cari losyen pula," arah Azlin.

Aida mengerutkan dahi. "Losyen? Nak buat apa pula?"

Azlin menjongketkan kening. "Hey, kan aku dah cakap, nak goda suami kena ada tiga benda. Pertama, kecantikan. Kedua, keseksian. Dan ketiga, kewangian!"

Aida mencebik. "Ee… geli lah aku dengar kau ni."

"Ah, sudah! Cepat pergi bayar!" tekan Azlin sambil menolak bahu Hasya dan Aida ke kaunter.

Sementara itu, di rumah Fakrul...

Fakrul menatap botol kecil yang diserahkan oleh Hazim dan Farran. Dahinya berkerut membaca label di botol tersebut.

Tahan lama.

Mata Fakrul membulat. "Weh! Aku tak perlukan benda ni lah!" Dia terus melemparkan botol itu ke arah Hazim.

Hazim dan Farran ketawa besar.

"Aku beli kat Shopee, tahu! Mahal ni!" ujar Hazim sambil menahan perut.

"Aku tak perlukan benda macam ni. Kita orang pun dah nak dapat baby! Kau tu yang kena kerja lebih sikit!" Fakrul menyindir.

Farran bersorak. "Betul tu!"

"Korang memang sepakat nak kenakan aku balik, ya? Kuang ajo betul!" Fakrul mencebik.

"Taklah," balas Hazim sambil tersengih. "Kita orang tengok kau makin bahagia sejak dua tiga hari ni."

"Ha'ah! Nak ajak main futsal pun taknak sebab dah ada real wife sekarang," keluh Farran dengan nada mengusik.

Fakrul menjeling. "Diamlah kau, gemuk!"

Farran melopong. "Hoi! Kenapa tiba-tiba panggil aku gemuk?! Aku dah nak jadi ayah, tahu! Selera makan aku memang jadi-jadi sekarang."

"Sibuk ke, Rul?" soal Farran, menukar topik.

Fakrul mengangguk sambil jarinya lincah menaip di keyboard laptop.

"Kita orang balik dululah. Hujung minggu ni balik rumah mama, dia rindu korang," ujar Hazim sebelum mereka berdua beredar.

Di rumah, Hasya sedang menanti kepulangan suaminya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 10 malam, namun kelibat Fakrul masih belum kelihatan.

"Mana abang ni…" gumam Hasya, sambil merenung cermin. Tubuhnya sudah berbalut lingerie merah yang dipilih oleh Azlin tadi.

Dia sudah bersiap...

"Assalamualaikum!"

Hasya berpaling ke arah pintu. Fakrul melangkah masuk dan serta-merta terhenti. Matanya jatuh ke tubuh isterinya, mencerna penampilan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Fakrul menelan liur. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan dan berdehem sebelum menghulurkan tangan kepada Hasya.

"Sorry… Abang jumpa klien tadi," katanya dengan nada bersalah.

Hasya tersenyum kecil. "Abang dah makan?"

"Belum. Lapar. Sayang masak apa?"

"Sayang masak abang… eh, maksudnya ikan siakap tiga rasa!" ujar Hasya terkejut dengan kata-katanya sendiri.

Fakrul menyempitkan mata dengan senyuman nakal. "Masak abang? Nak makan abang ke? Hmmm?"

"Apa abang ni!" Hasya menampar bahu Fakrul, malu sendiri.

Fakrul tergelak kecil. "Abang naik mandi kejap. Lepas tu kita makan sama-sama." Dia mencium sekilas dahi Hasya sebelum berlari ke tingkat atas.

Sewaktu makan malam…

"Sedap tak? Sedap tak?!" soal Hasya penuh teruja.

Fakrul tersenyum sambil mengangguk. "Sedap. Apa sahaja yang isteri abang masak, semuanya sedap."

"Betul ke ni? Macam tak ikhlas je nada abang tu," ujar Hasya dengan kening terangkat.

Fakrul mengangkat ibu jari. "Sesedaaap sangat!" katanya bersungguh-sungguh.

Hasya tergelak. "Eee, comelnya abang!"

Tiba-tiba, Fakrul memandang perut Hasya yang sudah membuncit sedikit. Tangannya naik mengusap perut isterinya dengan penuh kasih sayang.

"Baby abah macam mana hari ni? Okey tak?" tanyanya lembut.

"Baby okey, cuma baby nak makan aiskrim hari ni," jawab Hasya sambil tersengih.

Fakrul menggeleng. "Makan aiskrim lagi?"

"Baby yang nak, bukan mama," balas Hasya dengan mata bersinar.

Fakrul mencuit hidung isterinya. "Ya ke baby abah nak makan aiskrim?"

"Yalah…"

"Sayang, hujung minggu ni kita balik rumah mama, ya?"

Hasya mengangguk. "Abang, bila kita nak balik rumah ibu? Sayang dah lama tak jumpa ibu."

Fakrul mencapai gelas airnya. "Nanti kita balik, sayang. Jangan risau."

Hasya mengangguk perlahan. "Kesian ibu… Macam mana agaknya duduk dengan Khatijah tu…"

"InsyaAllah tak ada apa-apa," ujar Fakrul, menenangkan isterinya.

Dia bangun dan berjalan ke arah Hasya. Tangannya melingkar di pinggang ramping isterinya, menariknya rapat ke dada.

"Kenapa abang?" soal Hasya, hairan dengan perubahan sikap suaminya.

Fakrul tersenyum menggoda. "Abang dah kenyang makan nasi…"

"Jadi?" Hasya memandang suaminya dengan kening terangkat.

Fakrul membisik ke telinganya, "Boleh abang makan sayang pula?"

GULP!

CrushWhere stories live. Discover now