Hasya melipat sejadah yang terhampar di atas lantai. Fakrul tersenyum melihat Hasya yang masih bertelekung ungu muda.
"Cantik isteri abang."
"Amboi, macam tak pernah tengok isteri pakai telekung." Neksu mencelah, membuatkan Fakrul dan Hasya terdiam.
"Jom Hasya, teman opah masak sarapan. Ha, kamu nak makan apa?" soal Neksu kepada Fakrul.
"Makan apa-apa pun boleh, opah."
"Jadi ke nak pergi bandar tengah hari ni?"
"Jadi, nak bawa budak tu naik Menara Taming Sari." Fakrul tersenyum sambil menjeling isterinya.
"Opah, Rul nak keluar ambil angin pagi kejap boleh?"
"Boleh, bagitahu Hasya dulu."
"Pergilah." balas Hasya ringkas.
"Thank you, sayang!" Sekilas kucupan hinggap di pipi Hasya sebelum Fakrul berlalu masuk ke dalam bilik.
Mata Hasya membulat. Tangannya mengepal menahan geram.
Mentang-mentang depan opah, sesuka hati dia ambil kesempatan!
"Rul!!" Nizam berlari ke arah Fakrul yang sedang berjalan di tepi jalan.
"Kau apahal berjalan pagi-pagi ni?" soal Nizam hairan.
Fakrul menggeleng sambil memerhatikan pakaian Nizam. "Kau dari masjid ke?"
"Haa, subuh berjemaah. Weh, kau tak kenalkan aku lagi dengan isteri kau tau. Haritu aku nak tegur, dia dah lari."
"Nanti aku bawa jumpa. Hari ni aku nak bawa dia jalan-jalan."
"Honeymoon?" usik Nizam.
"Tak ada maknanya! Aku nak bawa dia naik Menara Taming Sari, beca, dan macam-macam lagi."
"Bagus! Eh, semalam aku nampak kau muram semacam. Ada apa?"
"Haih, crush aku."
"Kau ada crush? Hahahaha!"
"Jangan gelak! Aku tak berani nak confess. Aku takut dia tolak, baik aku pendam."
"Bro, kalau kau pendam, nanti dia kahwin dengan orang lain, kau juga yang sakit."
"Kalau aku luahkan pun, aku juga yang sakit. Lagipun muka aku tak ada orang nak."
"Cakap apa tu? Muka kau iras-iras Remy Ishak, tau tak?" gurau Fakrul.
"Hah, kau jangan nak bodek! Aku tak ada duit nak belanja kau minum."
Fakrul tergelak kecil. "Dah, aku balik dulu. Kau stay sini lama lagi kan?"
"Insya-Allah. Bagitahu kalau nak balik."
Hasya mengikat rambutnya yang beralun lembut. Fakrul menyelak sedikit rambut yang terjuntai ke wajah isterinya.
"Kan bagus kalau pakai tudung.."
"Diam." balas Hasya.
Matanya tertarik dengan deretan beca berwarna-warni yang dipenuhi hiasan ceria.
"Eh, nak ke mana?" soal Fakrul.
"Nak naik tu."
"Kita naik Menara Taming Sari dulu, lepas tu kita naik beca pusing bandar."
"Boleh!"
"Tadaaa, ni tiket kita." Fakrul menunjukkan dua keping tiket. Kad pengenalan Hasya dikembalikan kepadanya.
Sewaktu berjalan ke arah tempat masuk, mereka disapa oleh seorang jurugambar.
"Hai, nak buat kenangan tak? Boleh jadikan fridge magnet dan gambar besar."
"Nak?" soal Fakrul.
Hasya menggeleng laju.
"Okey, saya nak." Fakrul tersenyum nakal. Hasya menjeling tajam.
"Kalau buat dua-dua, berapa?"
"RM50 sahaja."
"Okey, boleh!" Pinggang Hasya ditarik rapat.
"Pengantin baru ya? Merah lagi inai." ujar jurugambar itu.
Fakrul tersengih. "Smile!"
KLIK!
"Lepas Encik dan Puan turun dari menara, sila datang ambil ya?"
"Baik, terima kasih!"
Hampir sesak nafas Hasya melihat ruang dalam menara yang dipenuhi ramai orang.
Pandang ke kanan, sekumpulan remaja lelaki. Pandang ke kiri, penuh dengan pelancong asing.
"Haish.."
"Sini, sayang." Fakrul menarik tangan Hasya, membawanya ke kawasan yang lebih lapang.
"Orang cakap naik menara ni waktu malam best, tapi bagi abang, siang lebih menarik sebab kita boleh tengok semua. Malam cuma nampak lampu je."
Hasya baru hendak membalas tetapi terhenti apabila menara mula bergerak. Tiba-tiba, dia memeluk Fakrul erat.
"K-Kenapa?" soal Fakrul terkejut.
"Hahaha, ready dah nak berpusing!" Fakrul tergelak. Tangannya menggenggam tangan Hasya, cuba menyalurkan keberanian.
Hasya memejamkan mata erat.
"Sayang, tak nak buka mata ke? Ruginya."
"Ehh, tengok tu!"
Hasya perlahan-lahan membuka mata. Genggamannya pada tangan Fakrul semakin erat.
"Takut?"
Hasya mengangguk perlahan.
"Tadi berani sangat. Nak duduk?"
Hasya menggeleng laju.
"Sayang, buka mata. Tengok depan. Jangan risau, abang ada."
"Sayang, kita dah nak turun tau. Menyesal nanti!"
Perlahan-lahan Hasya membuka matanya.
"Cantiknyaa.."
"Cantik, kan? Sebab tu abang cakap siang lagi best."
Hasya tersenyum. Tangan perlahan-lahan menyentuh cermin di hadapannya.
"Saya nak pergi situ.." ujarnya sambil menunjuk ke arah kereta api lama di bawah.
"Okey, nanti kejap lagi kita naik beca Hello Kitty," usik Fakrul.
"Tak nak!" Hasya menggeleng laju.
"Kenapa pula?"
"Nak naik yang Didi & Friends."
Fakrul ketawa besar. "Hahaha, iyalah sayang!" Tangannya mencubit hidung Hasya yang merajuk manja.

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...