Fakrul tersenyum memandang Puan Hani dan Hazim yang sedang sibuk menanam bunga di halaman rumah. Warna-warni bunga mawar dan melur yang berkembang menambahkan seri pada suasana petang yang nyaman.
"Cantiknya bunga ni, semua mama tanam ke?" soal Fakrul sambil membelai kelopak mawar merah yang segar.
"Hm," balas Puan Hani dingin, tanpa sedikit pun memandang Fakrul. Tanpa menunggu lama, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Hazim mengeluh berat, sebelum mengalihkan pandangan kepada Fakrul yang kelihatan serba salah.
"Kenapa dengan mama tu?" soal Fakrul perlahan, cuba mencari jawapan di wajah sahabatnya itu.
"Dia tahu kau rosakkan Hasya."
"Hah?" Mata Fakrul membulat.
"Hasya dah bagitahu semuanya tadi. Mama marah dia sebab buat kau macam tu, tapi lepas dia tahu pasal korang berdua, dia jadi macam ni. Bad mood semacam je."
Fakrul tersenyum pahit. Seakan sudah menjangka reaksi sebegitu.
"Jomlah masuk. Kau dah makan belum?" ajak Hazim.
Fakrul menggeleng kepala. "Tak lapar lagi."
"Marilah kita makan bersama-sama. I suap you, you suap I, okey?" usik Hazim sambil mengangkat kening nakal.
"Geli lah!" Fakrul menolak sambil menumbuk bahu Hazim perlahan. Hazim tergelak kuat.
Di dapur, Puan Hani sedang mengupas kulit telur rebus dengan wajah yang masih serius.
"Mama dah makan belum?" soal Hazim, cuba mencairkan suasana.
"Dah. Kamu berdua makanlah." Jawapan itu hambar, tanpa riak mesra.
Fakrul menelan liur. "Mama... mama marah Rul ke?"
Tangan Puan Hani terhenti. Dia mengeluh sebelum mendongak memandang wajah menantunya.
"Mama kecewa, sebab baru tahu semua cerita. Hazim tak pernah cerita dekat mama segalanya."
"Maafkan Hazim, mama. Hazim tak nak mama sakit bila dapat tahu yang—"
"Mama tak marahkan sesiapa. Mama cuma bersyukur sebab Fakrul sudi bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat."
"Patutlah mama pelik, kenapa Hasya berperangai macam tu. Rupanya Fakrul yang— Haa, sudahlah. Kamu berdua makanlah, mama nak naik berehat."
"Maafkan Rul, mama," ucap Fakrul perlahan.
"Tak apa, duduk makan."
Di dalam bilik, Hasya sedang khusyuk menghadap skrin laptop. Plastik roti Butterscotch Cheese Bun dikoyakkan. Roti ditarik dan dimasukkan ke dalam mulut tanpa lepas pandang ke arah kerja di skrin.
Pintu bilik terbuka.
"Makan roti je?" tegur Fakrul, melangkah masuk.
"Diam." Hasya menjawab tanpa sedikit pun menoleh.
"Mama buat nasi lemak, kenapa tak makan?"
"Ikut suka hati aku lah nak makan ke tak!" balas Hasya kasar.
Fakrul menghela nafas. "Abang tanya je. Ni dah mandi belum?"
"Dah."
"Jom pergi jalan-jalan nak?"
"Tak ada masa nak pergi jalan-jalan, sibuk."
Fakrul menghempaskan tubuhnya ke atas katil, merenung siling. Dia menarik sebelah tangan Hasya, menggenggamnya erat.
"Tak payah nak sentuh-sentuh lah!" marah Hasya, cuba melepaskan genggaman.
"Dah halal kan..."
"Hahaha halal? Masa haram pun lebih dari ini kau buat." Suara Hasya penuh sinis.
Wajah Fakrul berubah. Dia melepaskan tangan Hasya dan mengeluh panjang.
"Abang nak tidur. Nanti azan Zohor, kejutkan abang." Fakrul membelakangi Hasya dan memejam mata.
Hasya mencebik. Dia mencapai air mineral dan meneguknya rakus.
Fakrul tersedar apabila azan Zohor berkumandang. Dia menenyeh mata yang terasa perit sebelum menunduk. Sesuatu menimpa pehanya.
Hasya tertidur di pehanya, laptop masih terbuka, roti masih di genggaman.
Bibir Fakrul menguntum senyum kecil. "Comel je isteri abang ni."
Perlahan-lahan, dia mengangkat kepala Hasya, meletakkan bantal di bawahnya sebelum bangkit. Dia menutup laptop isterinya, mengemas kertas dan buku yang bersepah di atas katil sebelum mencapai tuala menuju ke bilik air.
Usai solat, dia melihat Hasya yang sudah tersedar, masih terkebil-kebil memandang kipas yang berpusing.
"Hasya, dah pukul berapa ni. Tak nak makan lagi ke?"
Hasya menggeleng.
"Nanti perut masuk angin macam mana?"
"Kalau aku lapar, aku cari makanan lah!" balas Hasya kasar.
"Abang nak keluar kejap. Ada nak kirim apa-apa?"
"Nak roti."
"Roti?" Fakrul mengerutkan dahi.
"Roti ni!" Hasya menunjukkan plastik roti yang telah dihabiskan.
"Okey, abang belikan."
Sejurus Fakrul keluar, Hasya menghembuskan nafas lega.
"Macam mana aku boleh tertidur atas peha dia eh?" gumamnya sendiri.
Dia bangkit. "Tak boleh jadi ni. Bilik ni perlu ada sekatan!"
Dia membuka laci, mengeluarkan tape berwarna merah dan mula menjalankan tugasnya dengan tekun.
Pintu bilik terbuka.
"Assalamualaikum!" Fakrul melangkah masuk, tetapi langkahnya mati apabila melihat bilik yang penuh dengan garisan tape merah.
"Waalaikumussalam." Hasya menepuk tangan tanda berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Fakrul terpinga-pinga. "Apa ni s-sayang?"
"Ni sekatan! Yang ada tape merah tu tempat aku. Kau jangan sesekali masuk. Almari aku jangan sentuh dan masa tidur jangan masuk tempat aku!"
Fakrul menarik nafas dalam. "Kenapa kena buat macam ni?"
Hasya memandangnya tajam. "Kau tak layak bahagia. Disebabkan kau rampas kebahagiaan aku, jadi aku akan pulangkan semula kepada kau."
Fakrul menunduk. Nafasnya berat, hatinya lebih sakit.
"Fine. Nah, roti Hasya." Fakrul meletakkan plastik berisi roti dan makanan ringan di atas katil.
"Kalau Hasya nak abang pindah bilik pun, bagitahu je lah senang. Tapi takut Hasya pula tak boleh tidur. Yalah, sejak kahwin dah ada 'bantal' sendiri." Fakrul menyindir sebelum keluar.
Hasya mendengus. Dia membuka plastik di atas katil, ternganga melihat pelbagai roti, snek, coklat, dan susu.
"Banyaknya! Ni kalau habis, gemuk aku," gumamnya sambil tersenyum kecil tanpa sedar.

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...