"Macam ni lah, Uzair."
"Awak dah delete semua gambar tu, kan?" soal Hasya.
"Ya, macam yang awak nak la, sayang."
"Okey, bagus. Kita putus." Tanpa menunggu reaksi, Hasya terus mematikan talian.
Coolfever ditampal ke dahinya, tubuh diselimuti comforter hingga ke dada. Namun, lampu yang terang tidak mampu menghalangnya daripada tenggelam dalam keresahan. Bayang-bayang lembaga hitam masih menghantui mindanya.
"Tolonglah... kau balik ke tempat kau. Aku tak nak kau ikut aku..." bisiknya perlahan, mata dipejam rapat, cuba mengusir ketakutan yang bersarang dalam hati.
Keesokan harinya, satu universiti gempar dengan khabar angin tentang Hasya dan Fakrul.
Di dalam bilik, Fakrul mengoyakkan setiap gambar mereka berdua yang tampal di dinding. Tangannya menggigil menahan marah.
"Bro, sabar..." Hazim cuba menenangkan. Wajah Fakrul yang merah padam membuatkan dia resah.
"Kau tahu tak? Disebabkan benda sial ni, aku kena buang dari team bola sepak aku! Semua ni bodoh!" Fakrul menghentak meja dengan penumbuknya.
"Hasya macam mana?" Farran bertanya dengan nada risau.
"Dia datang tadi... tapi aku tak nampak dia lagi."
"Kita orang pergi kafe dulu, ya, Rul?" Hazim dan Farran memberi ruang. Fakrul hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Gambar-gambar yang ada di tangannya dipandang tajam.
"Bodoh. Siapa yang sebarkan fitnah ni?" gerutunya.
Gambar mereka berdua di hadapan tandas. Gambar dalam khemah. Sumpah, dia dan Hasya tak pernah buat semua tu! Dia masuk ke dalam khemah Hasya hanya untuk menghalau seekor katak!
"Ehem."
Fakrul mendongak. Matanya bertembung dengan Uzair yang sedang bersandar di tiang.
"Kau nak apa? Daripada berdiri dekat situ, baik kau tolong aku buang semua kertas ni."
"Buat apa aku nak buang? Sedangkan girlfriend aku yang buat." Uzair menyeringai sinis.
"Apa kau mengarut ni?" Fakrul merenungnya tajam.
"Kau kena buang team bola sepak kan?"
Fakrul hanya mengangguk perlahan.
"Kalau aku tunjuk kau sesuatu, mesti kau terkejut."
"Apa?!"
Uzair menghulurkan telefonnya.
[Imej]
[Imej]
[Imej]
[Imej]
Thank you!
Fakrul terkedu. Nafasnya semakin berat. Dia tak percaya Hasya yang buat semua ni. Gambar-gambar itu dipandang tajam. Dadanya berombak ganas, jari-jarinya mengepal kuat. Ayat di atas kertas itu dibaca penuh geram.
One Night with Playboy.
"K-kau..."
"Aku cuma nak tunjuk ni je. Lagipun aku dah putus dengan dia semalam. Hm... bye!" Uzair berlalu pergi dengan senyuman sinis.
Hasya melangkah ke dalam dewan kuliah. Semua mata tertumpu kepadanya. Ada yang berbisik. Ada yang tersenyum sinis.
Hasya mengerut dahi. Kenapa dengan mereka? Dia melihat tubuhnya yang hanya mengenakan baju kurung ungu seperti biasa.
"Kenapa semua orang tengok aku macam tu?" bisiknya perlahan.
Aida menjeling tajam. "Kau tak tahu ke, atau buat-buat tak tahu?" katanya sinis.
"Aida, jom duduk tempat lain. Sini panas," ajak Azlin, membawa buku di tangannya.
"Korang kenapa?" Hasya bertanya, pelik.
Tiada jawapan. Masing-masing menjauh.
Hasya menghela nafas. Dia melangkah ke tandas. Kepalanya terasa berat. Saat melihat papan tanda yang tergantung di pintu, dia mengeluh.
Tandas rosak.
"Kena pergi blok lama ke? Aduhai..." gumamnya. Dengan berat hati, dia menuju ke bangunan lama. Suasana sunyi menyelubungi ruang. Bulu romanya meremang.
Baru sahaja dia ingin menolak pintu tandas, tiba-tiba tubuhnya ditarik kasar ke dalam bilik stor.
"Weh, apa ni?!" jeritnya terkejut.
Wajah bengis Fakrul menyambutnya. Nafasnya berombak.
"K-kau kenapa ni?" suara Hasya bergetar.
Fakrul mendiamkan diri. Pintu stor dikunci rapat.
"Weh, kau nak buat apa ni?! Aku nak keluar!" Hasya menolak tubuh lelaki itu, namun Fakrul langsung tidak berganjak.
"Dah puas aniaya aku?" suara Fakrul kedengaran tajam.
"Apa kau mengarut ni?!"
Segumpal kertas melayang ke wajahnya. Hasya membukanya dengan tangan yang menggeletar.
Gambar-gambar mereka.
"W-weh, ni siapa..." ayatnya terhenti. Matanya terbeliak melihat Fakrul menarik bajunya sendiri, menanggalkannya di hadapan Hasya.
Ketakutan menjalar ke seluruh tubuhnya. Langkahnya mengundur.
"Kau nak lari mana?" Fakrul mendekat dengan senyuman sinis.
"Rul, kau kenapa..." tubuhnya direntap kasar.
"Weh, jangan macam ni!" dia meronta, namun tubuhnya semakin lemah.
"Ini yang kau nak, kan? Rasa sendiri. Enjoy." Bisikan Fakrul mencengkam ketakutan dalam dirinya. Hasya cuba menolak, namun kudratnya tidak sekuat lelaki itu.
"Tak nak! Lepaskan aku!" jeritnya, air mata sudah membasahi wajah.
"Diam, Hasya!" jerkah lelaki itu. Pegangannya semakin erat.
"Fakrul... tskk... sakit!"
PRAKK!
Sekali tarikan, kain baju kurungnya terkoyak, melorot jatuh.
"Ops... sorry." Fakrul menyeringai sebelum menyambung perbuatannya.
Hasya menggigil, memeluk tubuhnya yang kian terasa kotor. Matanya berkaca, merenung lelaki yang sedang menyarungkan bajunya kembali.
"Kau jangan cabar aku, Hasya." Fakrul mengelap peluh di dahinya.
"Ni yang kau heboh-heboh sangat kan? Suka tak apa yang kau impikan dah terjadi? Aku dah tunaikan."
Tangannya mengusap rambut Hasya yang terbiar kusut. "Yang penting... biar pecah di perut, jangan pecah di mulut."
"Rahsia ni... kita berdua je yang tahu. Jangan beritahu sesiapa, terutama abang kau. Kalau tak... lebih daripada ini aku boleh buat. Faham, sayang?" Bisikan itu membuatkan tubuh Hasya semakin menggigil. Dahi gadis itu dikucup sebelum lelaki itu berlalu pergi, meninggalkannya dalam gelap.
Air mata Hasya mengalir deras. Kain baju kurungnya digenggam erat.
"Ma... ma-mama..." tangisannya pecah.
Lelaki itu. Lelaki itu telah merampas segalanya.
Mulai hari ini, detik ini.
Aku benci kau, Fakrul Irsyad.
Aku benci kau!

KAMU SEDANG MEMBACA
Crush
RomansaCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...