Hasya merentap tangannya kasar apabila Fakrul cuba menyatukan kelima-lima jari mereka. Wajahnya berona marah, matanya menyalakan api kemarahan yang sekian lama terpendam.
"Tak payah nak pegang-peganglah!" bentaknya.
Fakrul menghela nafas panjang. "Diam, ikut abang."
Hasya menggeleng, matanya membulat tajam. "Tak naklah!"
"Ikut cepat."
"Aku cakap tak nak, tak naklah!" Sekali lagi Hasya menepis tangan suaminya, kali ini lebih kuat hingga tubuh Fakrul sedikit terundur.
"Apa yang kau nak, Fakrul?" soalnya tajam sambil menyilangkan tangan ke dada.
Fakrul mendongak, mencari kekuatan. "Abang tahu salah abang."
Hasya tertawa sinis. "No, aku dah muak dengar ayat tu dari semua mulut lelaki. Novel, drama, semua dah guna ayat tu lah, Fakrul!"
"Hasya..."
"Dengar cakap abang." Fakrul cuba memegang bahu isterinya, tetapi Hasya pantas menolak.
"Abang tahu abang salah. Abang minta maaf. Abang nak tebus kesalahan abang dengan bahagiakan Hasya," ucap Fakrul bersungguh-sungguh.
Hasya tergelak kecil sebelum merenung tajam. "Bahagiakan aku? Kebahagiaan aku dah lama hancur. Aku dah tak ada kebahagiaan sebab ni dunia gelap aku!"
"Hasya." Suara Hazim kedengaran dari belakang.
Hasya berpaling, dan kemarahannya semakin membuak-buak. "Abang pun sama. Dua kali lima saja! Abang tipu Hasya! Abang sanggup tengok Hasya dengan lelaki tak guna ni? Dia ni perogol, abang! Hasya benci dia! Abang lepaskan Hasya dekat lelaki tak guna ni!"
Dada Hazim ditumbuk bertalu-talu, namun dia tetap teguh berdiri. Fakrul menggenggam tangan isterinya kuat, cuba menenangkan keadaan.
"Abang ada sebab buat semua ni," ujar Hazim tenang.
"Sebab apa? Oh, sebab Hasya ni dah kotor? Dah tak suci? Tak ada siapa yang boleh terima Hasya sebagai isteri dia kan?!"
"Hasya!" tengking Hazim.
Air mata mengalir di pipi gadis itu. "I am done! Hasya benci semua orang. Semua orang tak pernah kisahkan perasaan Hasya dan hanya tahu sakitkan Hasya dari dulu sampai sekarang!!"
Hasya merentap tangannya kasar dan berlalu pergi. Hazim hanya mampu mengeluh.
"Bro, aku minta maaf," kata Fakrul, serba salah.
"Tak, aku yang patut minta maaf sebab adik aku tak hormat kau."
"Takpa, dia masih tak boleh nak terima aku."
Dari jauh, Danial, Azlin, Aida, dan Farran memandang pergaduhan tersebut. Farran dan Azlin menggeleng kepala melihat perangai Hasya. Sementara itu, Danial masih berwajah mencuka, tidak berpuas hati dengan baju Melayu berwarna baby pink di tubuhnya.
"Kau ni kan, majlis dah nak habis. Tak payah nak cemberut macam tu lah," kata Aida.
"Kau nak tahu tak? Aku tengah makan tadi tau, ada budak datang minta tolong isikan air dekat aku. Kau tau tak dia cakap apa?" Danial merungut.
"Apa?" soal Azlin dan Farran serentak.
"Bang jambu, minta isikan air sirap. Fuh, menyirap darah aku! Kalau budak tu besar, dah lama aku bantai!"
Farran, Azlin, dan Aida mengekek ketawa. Danial memang ada-ada sahaja.
Hasya menarik veil yang tersangkut di kepalanya dengan kasar lalu dilemparkan ke lantai. Nafasnya turun naik, dadanya berombak laju.
"Arghhh!" jeritnya sekuat hati.
Dia jatuh terduduk di sudut bilik, menarik kedua-dua lutut rapat ke dada. Air mata terus mencurah tanpa henti. Bahunya dicengkam kuat. Kesakitan itu lebih dari fizikal, ia datang dari dalam hati.
"Aku tak nak Fakrul! Sakit! Lepaskan aku!"
"Hasya, diam!"
Tangan naik menekup telinga sendiri. Dia menangis teresak-esak, rambutnya kusut-masai, wajahnya comot dengan alat solek yang telah luntur.
"Mama!"
"Abang, tolong Hasya..."
Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya semakin tidak teratur. Tangan dikepal kuat.
"Hasya!"
Tubuhnya tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan seseorang. Wajahnya tersembam ke dada Fakrul. Belakang tubuhnya diusap perlahan.
"Hasya, jangan macam ni."
PANG!
Wajah Fakrul terteleng ke kanan menerima tamparan kuat daripada isterinya.
"Aku benci kau, Fakrul. Aku benci kau!"
"Kenapa kau kena hadir balik dalam hidup aku?"
"Seumur hidup aku, kesilapan yang paling besar pernah aku buat adalah... mencintai kau."
Fakrul diam, menelan pahitnya kenyataan. Tubuh Hasya semakin panas, mungkin akibat berjemur di bawah matahari terlalu lama semasa sesi bergambar tadi.
"Sayang..."
"Abang minta maaf. Sangat-sangat. Abang menyesal. Izinkan abang tebus segalanya. Abang sudah berjanji yang abang akan bahagiakan sayang selepas sahaja akad nikah tadi."
"Abang janji."
"Mana Hasya?" soal Puan Hani.
Fakrul tersenyum nipis. "Dia tengah rehat, mama. Rul rasa dia demam sebab panas sangat tadi."
"Alahai, demam pula dah."
"Tak apa mama, majliskan lusa."
"Iya, tapi Hasya tu kalau demam memang meragam teruk."
"Takpa, Fakrul ada."
Aida mengerling Hazim yang termenung jauh. "Abang kenapa?"
Hazim tersentak lalu tersenyum kelat. "Tak ada apa. Tak sedap badan sikit."
"Pergilah naik tidur, dah lewat ni."
"Rasa nak pergi McD. Lapar pula."
"Lauk siang tadi ada, abang tak nak makan?"
Hazim menggeleng. "Kau nak pergi?"
"Hah? Pergi mana?"
"Pergi dating dekat McD. Jom!" Hazim menarik lengan Aida.
Fakrul menarik comforter hingga ke paras dada Hasya. Hujan lebat di luar membuatkan tubuh isterinya menggigil kesejukan.
"Tak nak... Aku tak nak, Fakrul..."
"Sakit... Lepaskan aku!"
Fakrul tersentak. Mata Hasya tertutup, tetapi tubuhnya meronta kecil. Fakrul mengenggam tangan isterinya, menenangkan.
"Sayang, abang minta maaf..."
"S-sakit..."
"Ya, abang ada ni. Tidur sayang..." Fakrul mengusap belakang Hasya perlahan, mendodoikannya.
Hatinya semakin dihimpit rasa bersalah. Baru sehari mereka berkahwin, Hasya sudah kembali trauma. Bagaimana untuk hari-hari seterusnya?
Adakah dia masih boleh bersabar dengan sikap Hasya yang semakin sukar dijangka?

YOU ARE READING
Crush
RomanceCrush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuatnya jatuh cinta, namun akhirnya meragut segalanya daripadanya. Apa lagi yang mampu dilakukan selain tersenyum dalam kepasrahan? "Biar pecah...