CRUSH 23•

20.5K 702 29
                                    

"Dah ambil wuduk?" soal Tuan Farhi.

"Dah, walid." Fakrul menjawab sambil menurunkan kaki seluarnya, bersedia untuk solat.

Tuan Farhi mengangguk perlahan. "Bagus. Ada masa lagi ni, boleh tak kalau walid nak dengar bacaan iftitah?"

"Boleh, saya dah hafal semalam." Fakrul tersenyum yakin, lalu duduk bersila di hadapan ayahnya.

Dia mula melafazkan bacaan dengan lancar.

"Allahu akbaru kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal musyrikin. Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil-'alamin. La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin."

Tuan Farhi tersenyum bangga. "Alhamdulillah, bagus."

"Surah Al-Kafirun dah hafal?"

"Dah, walid. Semalam Farran kasi saya senarai surah yang perlu saya hafal." Fakrul menjawab penuh semangat.

"Bagus. Kita solat dulu, lepas itu sambung mengaji, ya?"

"Baik, walid."

"Farran, iqamat." Arah Tuan Farhi kepada Farran yang berdiri berdekatan.

Namun sebelum Farran sempat melafazkan iqamat, Fakrul menyampuk, "B-boleh tak kalau saya nak baca?"

Farran tersenyum dan mengangguk. "Boleh, bacalah."

Fakrul menarik nafas dalam, lalu melafazkan iqamat dengan suara yang tenang dan jelas.

"Allahu akbar, Allahu akbar. Asy-hadu alla ilaha illallah. Asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Haiya 'alas-solah. Haiya 'alal-falah. Qadqamatis-solah. Qadqamatis-solah. Allahu akbar, Allahu akbar. La ilaha illallah."

Sebaik sahaja iqamat selesai, mereka mengangkat takbir dan menunaikan solat fardu Maghrib bersama-sama dalam suasana yang penuh ketenangan.

Usai solat, Fakrul duduk bersandar di tepi katil sementara Farran menukar pakaian ke t-shirt biasa.

"Macam mana? Best tak?" Farran bertanya dengan senyuman.

Fakrul mengangguk laju. "Aku rasa tenang je, padahal baru dua hari aku dekat sini."

"Itulah kelebihan dekat dengan agama, Rul. Aku percaya kau boleh berubah."

"Aku tak sabar nak khatam Al-Quran." Fakrul bersuara penuh harapan.

"Tak apa, perlahan-lahan. Satu hari satu surah pun dah cukup. Yang penting istiqamah."

Fakrul menghela nafas sebelum bertanya, "Kau ada contact Hazim?"

Farran mengangguk. "Ada. Tapi aku call dia, dia langsung tak angkat."

Fakrul tersenyum kelat. "Aku rasa dia masih marah."

"Bagi dia tenang dulu, Rul. Jangan kacau dia lagi. Nanti bila dia dah okay, dia sendiri akan cari kau. Sekarang ni kau fokus ubah diri kau dulu. Belum terlambat lagi untuk semua ni. InsyaAllah, kau boleh tebus kesalahan kau dengan mereka."

Fakrul menunduk, menyedari kebenaran kata-kata Farran. "Terima kasih, Farran. Kau sudi tolong aku... Tapi kenapa kau tak pernah buka mulut walaupun kau tahu pasal aku dan Hasya?"

Farran menghela nafas panjang. "Aku dah cakap, aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak nak disebabkan aku, kita semua berpecah belah macam sekarang ni. Tapi aku sedar, masing-masing dah dewasa, dah boleh berfikir dengan matang."

"Umur pun dah nak masuk tiga puluh," Fakrul bersuara perlahan.

Fakrul memandang Farran dengan sedikit senyuman. "Haah, kau dengan Azlin macam mana?"

CrushTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang