Bab 1 : Cikgu Baru

12.9K 247 9
                                    

'Kakak , bangun cepat ibu dah siapkan sarapan ni' - seperti biasa teriakan yang akan berbunyi setiap pagi oleh Puan Hani kepada anak daranya.
Tetapi kali ini teriakannye lebih awal kerana harini ini merupakan hari pertama Fea ke sekolah sebagai murid tingkatan 5.

'Ye ibu , kakak dah bangun' - Fea.
Fea yang dalam keadaan mamai terus mencapai tualanya lalu ke tandas untuk mandi. Setelah mandi Fea terus mencapai telekungnya untuk menunaikan solat subuh. Beberapa minit kemudian , selepas selesai solat , dia turun ke bahagian bawah untuk ke dapur bagi mengalas perutnya sebelum ke sekolah.

'Haihh , monyok je anak Ibu pagi ni. First day sekolah kan , cuba senyum sikit ' - Puan Hani sengaja mengusik anak daranya itu sambil diperhati oleh suaminya yang hanya tersenyum melihat telatah isterinya.

'Hmm, yelah' - Fea berkata sambil memaksa dirinya untuk tersenyum.

Setelah selesai bersarapan bihun goreng yang dibuat oleh ibunya , Fea kembali ke biliknya untuk memakai tudung dan mengambil beg sekolahnya.

Puan Hani dan Suaminya sudah berada di dalam kereta terlebih dahulu supaya dapat memastikan mereka menghantar Fea lebih awal memandangkan hari ini merupakan hari pertama Fea kembali ke sekolah.

Beberapa minit kemudian ,
Terlihatlah bangunan sekolah yang tersergam indah di hadapan keretanya. Fea menyalam tangan ibu dan ayahnya sebaiknya tiba di hadapan pintu masuk sekolah. Fea yang hanya bersandangkan beg sekolah Nike berwarna hitam terus berjalan masuk ke pengkarangan sekolah dan menuju ke dataran ilmu iaitu tempat para pelajar sekolahnya berkumpul dan berhimpun pada setiap pagi.

'Feaaa !!'

'Ishh kau ni terkejut akulahh , ingat awek manelah tadi panggil nama aku' - kata Fea sambil mengerlingkan matanya.

'Takyah le emo sangat , aku rindu lahh , sebulan kot cuti'

'Eee kau dah kenape , dah dah pergi sane kang tak pasal pasal Cikgu Fene jerit nama kau , dahla pengawas , same je bercakap'

'Hmmm yelah , bye nanti jumpe kat kelas eh . Duduk sebelah aku tauu.

'Yeee' - Fea hanya tersenyum sinis melihat kerenah Erinna Arisya yang merupakan rakan baiknya selama hampir 5 tahun die bersekolah di situ.

Perhimpunan rasmi pada pagi itu berjalan lancar dengan ucapan dari pengetua SMKCPJ

Setelah beberapa minit kemudian,semua murid dibenarkan naik ke kelas masing-masing bersama guru kelas mereka.

Kelas Fea terletak di tingkat 3 bangunan sekolahnya , jadi memang akan menjadi kebiasaan baginya selepas ini untuk kesukaran pergi ke tandas yang terletak jauh di tingkat satu.

Fea POV
Haihh , nasib baiklah setahun je lagi . Kalau tak memang dah lame aku suruh bapak dak Isya pegi jumpe pengetua suruh tukar kelas bawah. Sabo jelahh.

Setelah sampai di kelas barunya , Fea mengambil tempat di baris belakang sekali tetapi di bahagian tengah. Dalam keadaannya yang tercunggap-cunggap , tanpa melenggahkan lagi masa Fea terus duduk di atas kerusi sambil menunggu Isya. Maklumlah sejak kehadiran Emylia Natasha atau lebih dikenali dengan nama glamournya iaitu 'syasya' yang dikatakan 'attention seekers' dan over baginya membuatkan Fea terpaksa naik ke kelas lebih pantas dari mereka untuk mengambil tempat yang betul-batul strategik untuk dirinya belajar.

Setelah puas mengambil oksigen akibat kepenatan menaiki tangga tadi , tiba-tiba terlihat rakan baiknya, Isya tiba di kelas dalam keadaan yang sama seperti Fea tadi.

'Tinggi wei kelas kita , aku rasa macam panjat gunung everest je tadi masa naik tangga' - kata Isya sambil tercunggap-cunggap.

'Tahu takpe , macan tula aku rase tadi kau tahu.

Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now