Bab 17 : Maaf

3.9K 135 2
                                    

'Tak mungkin Aunty , sebab Haq tak kenal pon Syasya. Macam mane dorang boleh jadi macam ni ?'

'Sabar Fea. Kita belum tentu lagi semua ni betul ke tidak. Kitaorang dapat berita ni pon dari kawan Haq. Kebetulan dia ada kat office lagi masetu'

Fea hanya terduduk diam di sofa sambil tangannya dipegang oleh Puan Zaihiyah yang duduk di sebelahnya.

'Aunty minta maaf Sofea. Aunty tahu Sofea kecewa dengan Haq. Aunty yakin dia tak buat macamni dekat kita semua'

'Aunty..kalau betul macam mane Aunty..Apa patut Fea buat..?' - kata Fea dalam keadaan yang dah mula teresak mengalirkan air mata.

Puan Zaihiyah jadi terdiam apabila ditanya sebegitu. Tiada jawapan untuk soalan Fea.

.

Fea POV
'Ya Allah..macam mane boleh jadi sampai macamni eh..'

Keesokannya sedang Fea berbaring di dalam biliknya, tiba-tiba phonenya berbunyi. Skrin memaparkan nama 'My Fiance' .

Dalam hatinya berbolak balik ingin jawab atau tidak. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjawab juga. Sekurang-kurangnya dia boleh mendapatkan penjelasan dari Haq.

Assalamualaikum Raysha..

Waalaikumsalam..

Saya minta maaf...saya tahu awak dah tahu tu semua..saya sendiri akan jelaskan dekat awak...kita jumpe eh...kejap lagi saya datang amik awak..

Takyahla awak datang je sini..Ibu dengan ayah takde..saya malas nak keluar..

Dalam 15 minit kemudian. Loceng rumahnya berbunyi. Sofea turun untuk membuka pintu. Tiba-tiba terlihat Haq sedang berdiri di hadapan pagar bersama seorang perempuan.

'Raysha...'

'Kat sini jelah eh, kang tak pasal-pasal kena tangkap khalwat dengan saya pulak...'

Terdiam terus Haq apabila dia diperli oleh Fea. Tiba-tiba perempuan yang berdiri di belakang Haq pusing menghadap Fea.

'Eh Fea, kau takpayahla nak perli-perli kiraorang lahh !'

Ternyata perempuan tersebut ialah Syasya. Kawan sekelas yang dari dulu tak puas hati dengannya.

'Diam boleh tak ?! Bagi I cakap dulu..' - Haq mencelah.

'Raysha..saya..saya minta maaf'

'minta maaf ? senangnye awak cakap kan..awak tahu tak betapa hancurnya hati saya bila tahu pasal benda ni..?'

'Raysha..percayalah saya takde apa-apa dengan dia..please trust me..'

'Eh you jangan hipokrit lah Haq ! Jangan nak lepas tangan lahh !' - tiba-tiba Syasya mencelah perbualan mereka.

'Diam boleh tak ! You yang perangkap I !'

'Dahla Haq lebih baik awak balik jelah dulu. Saya malas nak gaduh-gaduh kat sini. Saya masuk dulu'

'Raysha...raysha...'

Panggilan Haq tidak dihiraukan oleh Fea yang berlalu masuk ke dalam rumahnya.

.

Pada sebelah malam. Fea turun ke ruang tamu. Terlihat ayah dan ibunya sedang menonton tv. Dia duduk disebelah ayahnya sambil tangan ayahnya dipeluk. Maklumlah anak perempuan memang manja dengan ayah.

'Feaa..ok ke syg ?' -tanya Encik Yazid apabila terlihat mata Fea sedikit bengkak akibat menangis.

'Ok..'

'Kesian dekat anak ibu ni..tak sangka pulak Haq sanggup buat macam ni...nampak baikk'

'Dahlah tu..perkara dah berlaku.. pertemuan pon bukan kita rancang.. begitu juga bila jadi macam ni.. mungkin ada hikmahnya..' - jawab Encik Yazid.

'Kita yang tengok ni pon sakit hati apa lagi Fea'

'Kalau kita marah sekalipun bukan dapat menyelesaikan masalah. Sepatutnya kita kena bagi semangat kat Fea'

Fea hanya diam memerhatikan ibu dan ayahnya yang hampir bergaduh. Ibunya seperti tidak boleh terima dengan apa yang berlaku.

.

Seminggu berlalu. Fea masih lagi memikirkan apa yang berlaku. Dia sering termenung sendirian. Makan pon kadang ye kadang tak. Perasaan lukanya masih terkesan di hati.

'Ibu, Fea nak keluar kejap eh'

'Ok. Nak ibu teman ke ?'

'Takpelah kejap je ni'

Setibanya di suatu pantai yang terlihat indah dihadapanya. Tujuan dia ke sini adalah untuk berjumpa dengan Haq.

'Assalamualaikum..dah lame ke awak tunggu ?' - kata Haq yang datang dari belakangnya.

'Waalaikumsalam. Taklah baru je. Duduklah dulu'

'Kenape awak nak jumpa saya ? Saya ingat awak dah taknak tengok muka saya lagi'

'Nahh...'

Fea menghulurkan sebentuk cincin kepada Haq.

'Ape ni ?'

Haq seperti tidak mengerti tentang apa yang ingin dilakukan Fea.

'Ini jalan yang awak pilih Haq..' - suara Fea sudah mula lain. Hatinya tiba-tiba terasa sebak.

'Awak bagi jelah cincin ni kat orang yang lebih berhak..anggap je yang kita ni takde jodoh...'

'No..raysha..awak tak boleh buat saya macam nii..saya tak bersalah..saya diperangkap..please.. you should trust me more than anyone..'

Fea meletakkan cincin yang dipegang olehnya di tangan Haq.

'Saya doakan awak bahagia eh..Assalamualaikum..'

'Rayshaa..'

Fea berlalu masuk ke dalam keretanya dan pergi meninggalkan Haq sendirian.


Selepas kejadian itu, Haq cuba menghubungi Fea untuk berbincang. Tapi satu pun panggilannya tak dijawab.

-

Apakah kesudahan hubungan mereka ? Betul ke tidak keputusan Sofea untuk dirinya ?

-Stay tuned dan jangan lupe vote ok-
-TQ-









Cikgu Tuisyenku SuamikuOnde histórias criam vida. Descubra agora