Bab 14 : Terluka

3.9K 146 6
                                    

'Kenapa awak nak jumpa saya ?'

'Saya minta maaf..saya tahu awak sibuk..saya janji lepasni saya tak kacau awak lagi...'

'Kenapa awak cakap macamtu ? Takpe.. Saya pon takde buat apa dekat rumah tu'

'Saya nak tanye...betul awak nak bertunang ?'

Fea yang sedang dalam keadaan senyum terus cuak apabila ditanya soalan sebegitu. Dia sendiri tak tahu bagaimana Cikgu Harith boleh tahu dia akan bertunang. Dalam fikirannya, dia hanya mencari jawapan atas persoalan itu.

'Ye...betul...' - dalam nada perlahan Fea cuba mengeluarkan suaranya.

Harith yang duduk di hadapan Fea terus menundukkan pandangannya. Tiba-tiba datang satu perasaan sebak menyelubungi hatinya. Tak sangka perempuan yang ditunggu selama ini akan menjadi milik orang lain.

'Tahniah...saya doakan awak bahagia Sofea...takpelah kalau macamtu saya pergi dulu' - kata Cikgu Harith sambil bangun dan berlalu pergi ke arah keretanya.

Harith POV
'Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menerima segala ketentuanmu...'

'Harith tunggu !!' - jerit Fea sebaik sahaja Cikgu Harith pergi berlalu meninggalkannya.

'Saya minta maaf.....' - kata Fea sebaik sahaja berjaya menghadapkan dirinya di hadapan Cikgu Harith.

'Takpe Sofea...Saya terima keputusan awak...Cuma saya nak tanya...Awak tak pernah sayangkan saya ke....?'

'Harith...im so sorry... awak lelaki yang baik pernah saya jumpa...takpe saya percaya yang awak akan jumpa perempuan yang lebih baik daripada saya...saya rasa saya tak layak untuk lelaki sebaik dan seikhlas awak....'

'Awak tak jawab pun soalan saya...Awak tak pernah sayangkan saya ke ?'


'Saya minta maaf Harith..Saya rasa Haqiem tu cinta pertama saya..Saya tak terdaya nak tolak cinta dia..'

Cikgu Harith hanya mampu tertunduk ke bawah sebaik sahaja Sofea meluahkan isi hatinya.

'Sofea...Awak cinta pertama dalam hidup saya..Awak ingat senang saya nak lupakan awak...?' - kata-kata Cikgu Harith membuatkan Fea terkejut mendengarnya.

'Kalau awak tahu betapa saya sayang dan saya sanggup buat apa sahaja untuk awak....awak takkan pilih Haqiem...kalau awak tahu saya boleh bahagiakan awak lebih dari Haqiem, awak takkan lukakan hati saya....cinta saya dekat awak, kalau sampai hujung dunia pun saya akan tetap tunggu awak....takpe...saya doakan awak bahagia dengan pilihan awak..saya tak ganggu awak lagi....Assalamualaikum..'

Itulah kata-kata terakhir Cikgu Harith sebelum terus memasuki keretanya sambil membiarkan Sofea yang terlihat mengalirkan air matanya sendirian di tempat parking.

Fea POV
'Ya Allah..betul ke keputusan yang aku buat ..mengapa aku berasa kehilangan sesuatu di dalam hati ini...'

Fea sendiri tidak dapat mentafsir hatinya. Dia hanya mengikut segala yang dirasakan terbaik untuk dirinya serta orang sekelilingnya.

'Eh Sofea.. Kau kenapa ni ! Dah dah jom masuk kereta dulu. Segan orang pandang..' - kata Isya sambil memimpin tangan Fea untuk memasuki kereta.

Fea seperti tidak terdaya menahan air matanya dari terus mengalir.

'Kau kenapa babe ? Cikgu Harith buat apa dekat kau ?'

'Aku tak tahu Isyaa.. aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni dalam hati aku.. '

'Dahlaaa...perasaan kau je tu...dahla dahh..jom kita balik dulu.. kau rehatkan diri , tenangkan fikiran kau dulu eh...' - kata Isya sambil memeluk dari sisi rakan baiknya itu.

-

Adakah keputusan untuk menerima pinangan Haq adalah jalan terbaik untuk diri Sofea ?

Mengapa Sofea sanggup menolak lelaki yang ikhlas mencitainya sepenuh hati ?

Apakah maksud kata-kata Cikgu Harith yang mengatakan Sofea ialah cinta pertamanya ?

-

If you guys like it please click the vote button below
Please support my story :)
-TQ-









Cikgu Tuisyenku SuamikuOnde histórias criam vida. Descubra agora