Bab 10 : Cikgu pergi mane ?

4.3K 193 1
                                    

3 bulan sudah berlalu, jadi tibalah masanya Fea menerima keputusan yang akan menentukan arah kehidupannya selepas ini. Berjaya atau tidak itu semua bergantung atas apa yang diusahakan semasa di tingkatan 5.

Nama pelajar straight A+

Aiman Rizqi B. Hafiy
Fatin Amira Bt. Tajuldin
Intan Liana Bt. Rosdhi
Liyana Zafirah Bt. Mustar
Fifi Nur Elyana Bt. Zahid
Putry Raysha Sofea Bt. Mohd Yazid
Zarina Bt. Hisham
Eryna Arisya Bt. Husin
Jessica Soo Fang
Haziq Amri B. Mohd Adi

Ya, itulah nama-nama pelajar straight A+ yang dipaparkan di skrin LED di dewan SMKCPJ. Sekali lagi sekolah mereka mencapai kecemerlangan yang terbaik daripada sebelumnya.

'Alhamdulillah Ibu' - kata Sofea sebaik sahaja melihat namanya tersenarai dalam kategori pelajar straight A+. Air matanya juga terjurai keluar taktala bersyukur atas rezeki yang dilimpahkan.

'Tahniah anak ibu. Alhamdulillah' - kata Puan Hani sambil memeluk anak perempuannya itu.

Semua pelajar yang cemerlang mendapat penghargaan daripada pihak sekolah. Majlis penyampaian keputusan SPM itu berjalan dengan lancar sekali diiringi dengan sedikit persembahan para pelajar.

'Feaaa! Ahamdulillah kita sama-sama berjayaaa' - kata Isya sambil memeluk Fea sebaik sahaja ternampak Fea yang sedang berdiri sebelah ibunya.

'Alhamdulillah. Tahniah babe' - tiba-tiba dia berasa sebak sebaik sahaja memeluk rakannya itu.

'Tulahh. Aku pun tak sangka. Terima kasih sebab banyak tolong aku' - kata Isya sambil matanya juga sudah mula berair.

'Sama-sama. Terima kasih juga sebab jadi peneman aku masa belajar tau Isya'

'Ye, aku ponn !'

Mereka berpelukan sambil menitis air mata kegembiraan atas kejayaan yang diraih. Riz tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil resultnya disebabkan berada di kampung menjaga atuknya. Jadi mereka berdua mengambil keputusan untuk memberitahu Riz dengan menelefonnya.

Riz yang mendengar berita gembira itu juga kedengaran sebak semasa bercakap di telefon. Tak sangka rasanya dapat keputusan yang terbaik dalam hidupnya.

.

Malam itu selepas keluar makan ikan bakar dengan familynya , Fea naik keatas untuk menukar pakaian dan mencuci kaki untuk tidur.

Sedang bermain-main handphonenya tiba-tiba terpapar no yang tidak dikenali di skrin phonenya.

'Sape pulak dahni telefon malam-malam. Takpelah takyah jawab'

Tiba-tiba no itu kembali terpapar di skrin phonenya. Fea mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.

'Assalamualaikum ?' - tiba-tiba suara seorang lelaki kedengaran.

'Waalaikumsalam. Sape ye ?' - jawab Fea.

'Saya , Harith Rayyan'

Fea POV
Harith Rayyan ? Sapa eh ? Macam pernah dengar je nama dia.

'Maaf saya tak kenal lah'

'Kejap jangan letak dulu. Saya, Cikgu Harith'

Sebaik sahaja lelaki tersebut menyebut namanya Fea jadi tergamam.

'Oh Cikgu. Sorry sye tak sangka pulak Cikgu telefon. Kenapa call sye ? Ada apa-apa ke ?'

'Saya nak ucap tahniah untuk result SPM awak yang cemerlang'

'Oh, terima kasih. Macam mana cikgu tahu result saya ?'

'Pengetua share dekat telegram sekolah'

'Oh I see'

'Hmm, lame tak jumpa awak'

'Tulah. Saya ingat nak cari cikgu tadi tapi ada orang cakap cikgu takde. Cikgu pergi mana..?'

Tiba-tiba Cikgu Harith terdiam dan tidak bersuara. Talian masih ada.

'Cikgu ?'

'Oh haa sye amik cuti sementara. Ada problem yang perlu diselesaikan. Okla Sofea saya ada hal kejap. Assalamualaikum'

'Waalaikumsalam' - jawab Fea sambil mukanya agak pelik dengan intonasi suara Cikgu Harith yang berubah.

Fea POV
Hmm, lamanya hilang...No pon dah tukar...

Apakah yang mungkin berlaku dalam kehidupan Cikgu Harith sebenarnya ? Kenapa dia tiba-tiba menghilangkan diri ?

Please 'vote' by click the star button below. TQ







Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now