Bab 9 : SPM !

4.4K 151 4
                                    

Ya , harini merupakan tarikh yang paling penting dalam kehidupan pelajar tingkatan 5 kerana peperiksaan SPM sebenar yang akan berlangsung selama 2 bulan, bergantung kepada subjek yang didaftarkan.

'Fea ok ke sayang' - kata Puan Hani sambil memandang anak perempuannya yang termenung sendirian.

'Ok ibu. Takut sikit lahh. Hm'

'Selawat banyak-banyak. InsyaAllah boleh. Ibu doakan'

'Alright, dah sampai'.

'Ok ibu. Doakan Fea ye' -kata Fea sambil menyalam tangan ibunya.

'Ye sayang' - balas Puan Hani sambil mengucup dahi anaknya.

Maklumlah, Fea sahaja anaknya. Jadi dia memang mengharapkan anak perempuannya itu berjaya.

.

Fea berjalan ke dataran ilmu sekolahnya untuk beratur mengikut kelas. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba dia ternampak Cikgu Harith yang baru sahaja keluar dari keretanya. Cikgu Harith memandangnya dari jauh sambil menghadiahkan senyuman manisnya di pagi hari.

.

Pelajar SPM diberi breakfast sebelum masuk ke dewan untuk memastikan mereka menjawab soalan dengan keadaan yang selesa.

Tepat jam 7.50 , semua pelajar yang mengambil SPM beratur di depan dewan peperiksaan. Setelah itu mereka semua dibenarkan masuk.

Waktu balik mereka juga berubah bergantung kepada paper yang mereka ambil. Ada sesetengah matapelajaran peperiksaan bermula tengahari atau petang.

.

Jadi peperiksaan SPM berjalan seperti yang ditetapkan selama 2 bulan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Fea sangat bersyukur. Dia hanya perlu redha dan berserah dengan keputusan yang bakal diperolehi. Itulah yang terbaik bagi Fea untuk dihadiahkan kepada ibu bapanya. Jadi apa sahaja keputusa, dia akan terima dengan hati yang terbuka dan yang penting sentiasa positif.

Jadi seperti murid-murid yang lain, Fea juga berkeinginan untuk bekerja. Dapat kumpul duit sendiri dan sebagainya.

'Ibu, Fea nak kerja boleh' - tanya Fea ketika sedang menonton tv selepas solat maghrib.

'Kerja ? Nak kerja apa ?'

'Ala cari jela kerja apa-apa. Bosanlah duduk rumah je , takpun ikut ibu pegi office. At least Fea dapat la pengalaman bekerja kan'.

Puan Hani yang dengar tak dengar itu tadi tetap tak berpaling muka kearah anaknya tetapi tetap memandang kearah kaca tv.

'Ibuuu. Dengar tak ?'

'Ibu risau Fea nantilah. Dahla manja. Boleh ke kerja haa'

'Mane adeeee. Fea dah besar la. I know how to take care of myself'

'Hm yelah nnt Ibu bincang dengan ayah. Degil lagi budak ni'

'Yeahhh. Ok ibu. Love Ibu!' - kata Fea sambil memeluk ibunya dari sisi.

.

Sudah hampir sebulan Fea tak bertemu dan berbalas status di whatsapp dengan Cikgu Harith. Kenapa agaknya ye ? Atau senyuman akhir di luar pintu dewan peperiksaan ialah pertemuan terakhirnya ?

.

Fea datang ke tempat kerja rakan baiknya , Isya di Hinode Shop. Ketika itu Isya tengah break untuk makan dan solat serta berehat sebelum menyambung kerjanya. Mana tak nya , Fea tidak dibenarkan kerja. Risau kata ayahnya. Jadi dia hanya redha sahajalah. Lagipun tinggal hanya 1 bulan sahaja sebelum result SPM mereka keluar. So, bila ada kelapangan masa, dia akan datang bertemu dengan rakannya itu untuk berbual-bual dan mengisi kebosanan masanya di rumah.

'Hoii ! Amboiiiiiii. Jauhh termenung Cik Sofea. Kenapa ? Tengah mengingati seseorang ke ?'

'Ishh mane ade lahh. Aku tengah temenung memikirkan apa aku nak buat lagi 1 bulan ni. Bosan wei duduk rumah. Lainla kalau ada boyfriend. Boleh pegi dating. Huhuhu'.

'Elehhh, dating lah sangat'.

'Eh Fea ! ' - sambung Isya sambil menepuk peha Fea yang duduk di sebelahnya.

'Ish ape kaunii sakit lah gile !'

'Takde, aku nak tanya. Cikgu Harith macam mane ?'

'Macam mane apa ?' - kata Fea sambil memusingkan kepalanya memandang Isya dengan muka keliru.

'Yelah kau ok ke dengan dia. Ada dia chat-chat atau dia datang office ibu kau tak ?'

'So far takdelah. Last aku jumpe dia masa kita nak masuk dewan jawab paper akaun tu lah. Pastu dah takde dah'.

'Tak yang kau tanye aku mcm spy ni dah kenapa ?' - balas Fea menyambung kata-katanya tadi.

'Orang tanye je, takyahle marah.'

'Mane ade marah, aku cakap je kann'.

'Em yelahhh. Takde aku bukan apa, haritu aku ade jumpa junior sekolah kita, Fasha kelas 4 akaun tahun lepas tu. Aku ade tanyelah ok ke belajar akaun tu sume. Pastu aku tnye sape ajar kelas dia tahun ni. Dia kate sepatutnya Cikgu Harith tapi sebab dia amik cuti sementara 2 bulan , so Puan Zulin terpaksa take over kerja dia'.

'So ?' - jawab Fea sebaik sahaja melihat Isya seperti sudah habis bercerita.

'Eeeeee kau ni. Kau tak curious ke dia buat apa sampai 2 bulan cuti. Dah kenapa kan. Pelik tak ?'

'Hmmm, kau rasa sebab apa ?'

'Tu ah aku pon tak tahu. Aku tanye dak Fasha dia kate tak tahu pulak'.

'Ade lah tu problem dia. Kalau tak , takkan sampai 2 bulan nak cuti. Lagi pun diaorang dah start kerja kursus kan. Terpaksalah Puan Zulin handle sorang'.

'Haaa tahu takpe. Kau tanye lah dia'.

'Eh, kau ni ! Takkan aku pulak nak tanye dia. Dia tengah ada masalah tu. Jangan nak suruh aku jadi makcik bawang eh'.

'Manelah tahu bila kau tanya masalah dia boleh settle. HAHAHA'.

'Mengarut jelah petang-petang ni'.

'Eh dahlah aku gerak dulu tau. Lunch break dah nak habis ni. Nanti kita meet lagi ye princess. Baiii !'.

'Haa alright. Take care. Baii ! '.

Mana hilangnya Cikgu Harith ? Itulah yang menjadi tanda tanya dalam fikiran Sofea. Kenapa agaknya dia menyepikan diri ? Apakah benar dia mempunyai masalah besar yang memaksa dia mengambil cuti 2 bulan untuk menyelesaikannya ?

-Done update for the new chapter. Weekend sye akan update lagi yea. InsyaAllah-

Please vote if you guys 'love' this chapter. Thank you :)

Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now