Bab 13 : Pilih Siapa

4.2K 132 5
                                    

'Assalamualaikum'

'Waalaikumsalam. Haa balik dah pon. Dah makan belum ?' - tanya Isya.

Isya terpaksa duduk di rumah Fea untuk beberapa hari menemaninya kerana Puan Hani pergi ke Kelantan menemani suaminya membincangkan hal projek terbaru di sana.

'Belum. Penat dahni... Haa nasi ayamm ! Favourite aku ni ! Mane kau beli ?!'

'Aku ni Fea sejak aku duduk teman kau selamani mane pernah aku masak. Semua berhantar depan pintu tu haa'

'Maksud kau .. ni Cikgu Harith lah ni yang bagi?'

'Yelah sape lagi. Kalau kau balik sini memang dia akan hantar makanan kan. So apa yang peliknya ?

'Ibu bagitahu eh ?'

'Kau dah bincang belum dengan ibu ayah kau pasal Haq ?'

'Belum..'

'Kau kena cepat.. sekarang ni ada 2 orang menaruh hati dekat kau tau'

Fea hanya menganguk sahaja. Dia sendiri tak pasti apa jalan terbaik untuknya. Ibu ayahnya juga masih belum tahu tentang perkara ini.

.

Setelah makan malam , mandi dan solat , mereka seperti biasa akan duduk di dalam bilik untuk tengok cite korea. Takpun bergosip. Biasalahtu perempuan. Disebabkan di Uni tiada masa, jadi inilah masa yang terluang untuk mereka berehat daripada segala kesibukan sebagai seorang pelajar.

'Isya.. aku rasa aku dah ade keputusan..' - tanya Fea kepada Isya yang berbaring di sebelahnya sambil bermain handphone.

'Keputusan ? Kau dah fikir ke mane yang terbaik ? ' - Isya yang sedang berbaring terus bangun untuk mengetahui jawapan Sofea.

'Ye.. aku rasa .. aku pilih Haq..'

'Haq ? Kau pasti dengan pilihan kau ?'

'Ye.. aku pasti...aku rasa mungkin dia jodoh terbaik aku'

'Hm..Ibu ayah kau tahu tak pasal benda ni..?'

'Dah. Aku dah bincang dengan diaorang tadi kat phone.. Lagipun diaorang pernah jumpa Haq sebab dia pernah datang sini. Thats why dia kata keputusan dia serahkan kat aku.. kalau aku rasa Haq jodoh terbaik aku then dorang akan restu..'

'Hm.. Baguslah kalau centu. Cikgu Harith tahu ?'

'Aku tak rasa aku kena bagitahu dia. Aku tak sampai hatilah Isya...'

'Kau takboleh Fea...Walau macam mana sekalipun kau kena bagitahu dia.. Kesian dia..'

'Ntahla, nantilah aku cuba bagitahu dia'

'Takpelah kalau centu. Aku takboleh nak paksa kau. Ini pilihan kau.. aku hanya boleh doakan kau je.. semoga dia jodoh terbaik kau.. Cuma...'

'Cuma apa ?'

'Kau kena ingat .... sape yang selalu ada di sisi kau mase kau susah dan senang.. sape yang selalu happykan kau masa kau sedih.. aku harap orang tu Haq.. aku tak tahu siapa tapi jawapan tu ada pada hati kau..aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan..'

'Hm...aku faham.. terima kasih Isyaa sebab nasihatkan aku..'

'Sama-sama'

.

Fea POV
Nak jawab ke tak ni..aduhh..

'Sape call tu Fea ? Asal tak angkat ?' - tanya Isya yang turun ke ruang tamu bawah.

'Cikgu Harith..'

'Hawat tak angkat ? Angkat lah..'

'Taknaklah, aku rasa sebersalah pulak dengan dia..'

'Haihh.. Fea, sebabtu aku cakap, kau kena bagitahu dia jugak.. dia kena tahu semua tu.. kesianlah aku tengok dia..'

'Tapi macam mane...?'

'Takpe kau angkat call ni, kau cakap nak apa. Aku rasa dia nak jumpa kau ni..'

'Alright..'

Setelah 5 minit bercakap di telefon , akhirnya betul sangkaan Arisya. Cikgu Harith ingin berjumpa.

'Isya, jom teman aku jumpa dia. Aku kena explain jugak aku rase..'

'Ok good, jom'

-

Stay tuned for the next chapter ok.
Thank you :)

-

Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now