Bab 15 : Mungkin yang terbaik

4K 150 0
                                    

'Kau dah ok ke ?' -tanya Isya yang melihat Fea termenung memandang televisyen.

'Ok..'

'Dahla...jangan pikir sangat...benda dah jadi dah pon...kau kena yakin dengan keputusan kau Fea'

'Yee aku tahu...tapi ntahlah...mungkin aku kena banyak berdoa yang Haq memang jodoh terbaik aku..'

'Amin. Aku pun akan sentiasa doakan yang keputusan kau untuk terima dia adalah yang terbaik untuk kau'

'Terima kasih Isya...'

'Sama-sama...Dahla jom teman aku masak. Tengahari kang ada class. Tak makan kita nanti'

'Ha jommm'

.

'Hai Rayshaa !'

'Haii !'

'Isya, boleh saya pinjam kawan awak kejap. Ada benda yang saya nak cakap sikit'

'Ha ok.. Tapi kejap je jgn lama-lama' - jawab Isya sambil bangun dan berlalu pergi duduk di meja lain.

'Awak..Terima kasih..' - Haq memulakan perbualan mereka.

'Terima kasih ? Sebab apa ?'

'Sebab awak terima saya untuk jadi bakal tunang awak..'

'Oh ingat apa tadi awak ni.Sama-sama..Saya pun nak ucap terima kasih jugak sebab sudi nak bertunang dengan saya..saya tahu saya biasa je tak macam perempuan lain.'

'No..awak paling istimewa dalam hati saya...minggu depan my parents akan turun KL jumpa Ibu Ayah awak untuk pertunangan kita'

'Oh, cepatnyaa'

'Kenapa awak tak ready lagi ke ?'

'Eh tak tak. Saya ok je'

'Ha ok. Lagi cepat lagi bagus kan. Takut juga ada yang berkenan nanti'

'Mengade lah awak ni. Dahla kesian dak Isya duduk sensorang tu. Pegi panggil dia..'

.

Akhirnya, seperti yang dijanjikan, pertunangan Haq dan Sofea berjalan dengan lancar. Majlis yang serba simple dan kecil-kecilan itu dihadiri saudara mara terdekat , rakan-rakan serta jiran tetangga. Majlis ini juga merupakan 2 in 1 dimana pertunangan dan meminang. Jadi segala urusan perkahwinan yang akan berlangsung dibincangkan seperti tarikh dan sebagainya.

'Alhamdulillah selesai jugak majlis ini. Terima kasih datang ye semua' - itulah kata-kata Encik Yazid dan Puan Hani kepada mereka yang datang ke majlis pertunangan anaknya.

'Wei babe, kau buat apa duduk dalam bilik lagi ni. Ade orang nak amik gamba kau dengan Haq kat bawah'.

'Haq datang ke ?'

'Haah dia baru sampai..'

'Ha yelah jom'

Fea diiringi Isya turun ke bawah di bahagian pelamin kecil yang bertemakan soft blue untuk menemui rakannya yang hadir untuk bergambar. Tiba-tiba dia terlihat Haq sedang berdiri di sisi pintu sambil berbual dengan salah seorang rakannya.

Haq yang sedang sibuk bercakap mengalihkan pandangannya ke arah Fea yang terlihat cantik berbaju ala-ala pengantin tetapi simple dengan make-up yang juga simple menampakkan lagi kemanisan diwajahnya. Maklumlah, Haq tidak pernah melihat Fea mengenakan secalit make-up pun diwajahnya kerana Fea memilki wajah yang natural cantik. Jadi hari itu memang Fea kelihatan lain dari hari biasa dan membuatkan Haq tertarik melihatnya. Haq yang jugak mengenakan kemeja plain berwarna soft blue yang membuatkan dirinya kelihatan hensem dari biasa.

Haq POV
'Cantiknyaa..'

'Haii..'

'Haiii'

'Jom kita amik gamba..'

'Ok jom'

Setelah selesai majlis, tetamu pon dah balik. Jadi tibalah masanya untuk Haq dan keluarganya pulang ke rumah mereka.

'Terima kasih Encik Yazid dan Puan Hani atas urusan pertunangan ini. Harapnya dapatlah kita berbesan nanti ye' - kata Puan Zaihiyah yang merupakan Mama kepada Haq.

'Iye InsyaAllah doa doakan'

'Kalau takde apa-apa kami balik dulu lah ye. Hari pon nak lewat malam ni. Kirim salam Raysha. Terima kasih'

'Ye. Sama-sama. Dia tengah berkemas dekat dapur tu' - jawab Encik Yazid

'Haq, jom'

'Mama, kejap eh Haq nak jumpa Raysha'

'Ok Mama dengan Papa tunggu dalam kereta. Jangan lama sangat'

'Ok..Aunty uncle saya jumpa Raysha kejap ye'

'Ha pergilah. Dia kat dapur tu'

'Alright tq'

Dalam perjalanan ke dapur tiba-tiba dia terdengar Fea sedang berbual-bual dengan Isya.

Isya : 'wei cikgu harith tak datang ke ?'

Fea : 'manela aku tahu. tak lah kot
Tak nampak pon tadi'

Isya : 'hm mesti dia kecewa kan sebab kau....'

Perbualan mereka terhenti apabila Haq datang menegur mereka.

'Assalamualaikum !''

'Waalaikumsalam' - jawab mereka serentak.

'Amboi rancaknye berbual. Sape cikgu harith'

Isya dan Sofea memandang antara satu sama lain.

'Oh dia Cikgu kitaorang. Cikgu tuisyen akaun dulu' -jawab Fea sambil sambung membasuh pinggan di singki

'Oh ingat sape tadi..'

'Awak tak balik lagi ?' - tanya Isya.

'Nak balik dahni. Sebabtu nak jumpa awak kejap. Takut rindu nanti tunang saya ni.'

'Eleh mengade. Kenape ?'

'Malam ni kita keluar nak ?'

'Nak pergi mane ?' - tanya Fea keliru.

'Somewhere. Adelah suprise untuk awak'

'Hmm.. ok..nanti saya bagitahu ibu ayah k'

'Ok sayang. Saya balik dulu eh. Bai I love u'

'Ok bai i luv u too..'

Tepat jam 9.00 malam lepas maghrib , Fea sudah bersiap-siap untuk keluar bersama Haq.

Haqiem Aiman
You I dah sampai. Turunlah. Ibu ayah dah bagi greenlight.

Itulah whatsapp yang diterima Fea. Setelah itu dia terus turun ke bawah.

'Ibu Fea pergi dulu eh. Nanti cakap ayah'.

'Ok. Hati-hati jangan lambat sangat balik tu'.

'Takdelah kejap je ni. Assalamualaikum'.

'Waalaikumsalam'.

-
Apakah kejutan yang akan disediakan oleh Haq untuk Sofea ?

Adakah Sofea pasti dengan keputusan yang masih diragui walaupun dia dan Haqiem sudah pun sah bertunang ?

Ke mana hilangnya Cikgu Harith selepas mengetahui bahawa Sofea akan bertunang ?

-

Untuk tahu lebih lanjut korang kena keep on supporting me by click the 'vote' button below so that saya boleh improve penceritaan menjadi lebih menarik.
Terima kasih yang sudi 'vote' untuk 'Cikgu Tuisyenku Suamiku' ini.

I Love u guys
-TQ-





Cikgu Tuisyenku SuamikuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang