Bab 36 : Sorry

1.9K 39 3
                                    

Kehidupan Harith dan Sofea mula bahagia semenjak Sofea membuka hatinya untuk memaafkan Harith. Dia semakin sedar akan kebahagiaan yang dia ada sekarang adalah hikmah kepada kekecewaan yang dirasa sebelum ini.

Sofea telah mula bekerja setelah hampir sebulan dia berehat daripada pembedahan. Harith pula semakin busy kerana terpaksa melakukan dua kerja iaitu menjadi guru di sekolah pada siang hari dan mengajar di pusat tuisyen pada waktu malam.

Walaupun hubungan mereka dah kembali seperti sediakala, Harith tetap juga meneruskan usahanya untuk mencari orang yang membawanya ke hotel pada malam kejadian. Dia mula merasakan bahawa ada orang yang tidak senang melihat mereka bahagia dan ingin melihat mereka berpisah.

.

'Sofea...lambatnye datangg..perut aku dari tadi berbunyi tahu tak sebab tunggu kau..' - kata Isya apabila melihat Sofea akhirnya sampai di sebuah restoran untuk makan bersama.

'Alahh kauni..sorrylah..jalan jammed tadi. Dahla jom order..kesian org tu kena tunggu lama ye..takpe order je apa kau nak, aku belanja harini..'

'Wahhhh ! Bestnyeeee ! Datang la lambat lagi selalu, boleh aku makan free'

'Amboi..melebih kau ea..sekali sekala boleh laaa..'

'Hehehe gurau je kak..jangan marah..'

Ketika sedang makan, tiba-tiba Isya memulakan perbualan mereka.

'Beb..kau tahu tak..aku duduk sorang-sorang dekat rumah tu sendu je..tengok tv sorang, makan sorang, tido sorang..hm sedih aku..' - kata Isya.

'Elehh mengade..bukan kau ke yang beria-ria suruh aku balik ikut Harith'

'Memanglah kena duduk sana..tu rumah suami kauu..tapi aku salute dekat Harith tu sebab berjaya pujuk kau duduk dengan dia balik..kalau ikut kau, hmm..ntah berapa lama lagi lah kau main tarik tali dengan dia'

'Hm ntahlah Isya..kalau aku ni perempuan normal macam yang lain, awal awal lagi aku dah maafkan dia..'

'Sofea..anak tu memanglah penyeri rumah tangga, tapi bukan jaminan kebahagiaan rumah tangga..kau kira beruntung tau sebab dapat hidup dengan orang yang betul betul syg dan cintakan kau..jadi, cuba lah terima Harith semula dalam hidup kau ye'

'Yelahh..aku tengah cuba lahni..'

'Aku tahu kau masih ada perasaan lagi dekat Haq kan..dan kau selalu jumpa dia tanpa pengetahuan suami kau kan..'

'Mane kau tahu Isya ??'

'Aku nampak korang mase tu..Sofea, aku nasihatkan kau, lupakan Haq tu..kau dah jadi isteri orang sekarang ni..kalau Harith tahu tentang benda ni semua, aku tak rasa dia boleh terima..'

'Habistu..apa aku kena buat sekarang ni..'

'Move on Sofea..buang segala perasaan kau dekat Haq..aku tahu Haq cinta pertama kau..tapi, hati kau sekarang kena ada suami kau, Harith..aku nasihatkan kau stop jumpa dan berhubung dengan Haq sebelum Harith sendiri dapat tahu semua ni..'

'Aku tahu kau dah mula rapat dengan Haq sejak kau gaduh dengan Harith haritu..tapi please Sofea..jangan sia siakan orang yang berusaha nak bahagiakan kau..'

'Ok..nanti aku akan cuba jumpa Haq untuk settle hal ni..' - kata Sofea.

.

'Syg, next week abg nak kena pergi kursus dekat JB, nak ikut tak?'

'Taknaklah..lagipun abg pergi kejap je kan..'

'Lama lah abg pergi syg..3 Hari..'

'3 hari tu lama ?'

'Lama lah..nanti rindu nak tengok muka isteri abg ni..'

'Mengade lah abg ni..takpe lah kalau abg risau Fea bole duduk dengan Isya..lagi pun dia duduk sorang je tu'

'Haa bole juga..abg pon risau juga syg sensorang..kang ade orang kacau pulak..'

Sofea yang terkejut suaminya berkata begitu terus berhenti bermain handphonenya.

'Takde lah..Fea ok je duduk sorang malam semenjak abg hantar Irfan duduk rumah mummy'

'Abg risaukan syg je..dahlah syg, tido jom..dah lewat dahni..'

.

'Hello, Raysha, I baru balik ni, jom jumpa'

'Haq..haa boleh..lagipun I memang nak jumpa you'

'Kenape ? Rindu I ke ? Baru seminggu I dekat overseas tuu..'

'Kita jumpa tempat biasa ye' - kata Sofea dan dia terus menamatkan panggilan.

Selepas 10 minit menunggu, akhirnya Haqiem sampai di cafe yang mereka selalu berjumpa.

'Hii..sorry lambat driver I datang lambat tadi'

'It's okayy..duduk lah'

'Lamenye tak jumpa you..I dekat sana sampai takboleh nak buat keje tau sebab asyik teringatkan you'

'Haq..I nak cakap sikit dengan you ni..'

'Cakap apa ?'

'Mungkin ni kali terakhir kita boleh jumpa macamni..'

'Maksud you ?'

'I rasa kita tak manis kot jumpa selalu macamni..maksud I berdua..sebab, I kan isteri org..'

'Kenape ? Harith marah you ke sebab keluar dengan I?

'No..bukan sebab tu..sebenarnye hubungan I dengan Harith dah ok..'

'Dah ok ? Seriously Raysha ? Lepas apa yang dia dah buat, you still balik semula dekat dia ?'

'Tak Haq...I tak percaya yang Harith buat tu semua..'

'What ?! Come on Raysha..you sendiri kot yang nampak masetu..'

'Yee..I tahu..but then, I cuma ikut hati I..I'm so sorry Haq..'

'Ok takpe..I faham..cuma..satu je I nak mintak dekat you Raysha, please izinkan I jadi sebahagian daripada hidup you sebagai kawan..'

'Yes, you can..kita still lagi boleh kawan macam biasa..don't worry k..'

'Ok then..If hari ni hari terakhir I bole jumpa you macam ni, jom teman I keluar. Pleaseeeeee..'

'Ok boleh but, this is the first and the last, ok ?'

'Ok sure..'

.

Adakah Haqiem menerima segalanya dengan rela hati ?
Dapatkah Harith mencari mereka yang merancang kejadian malam tersebut ?

-keep on reading n stay tuned guys-
-vote n comment down below-
-TQ-


Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now