Bab 39 : Tahniah beb !

2.3K 43 0
                                    

Proses IVF telah dijalankan oleh Harith dan Sofea. Mereka perlu menunggu dalam tempoh 4 hingga 6 minggu untuk melihat perkembangan proses tersebut sama ada berjaya ataupun tidak.

'Ok semuanya dah settle, jadi Encik Harith dan Puan Sofea dah bole balik la'

'Ok doktor, terima kasih' - kata Harith.

'Hm, doktor, bole tak sye nak tanya..' - tiba-tiba Sofea bersuara.

'Ye Puan, nak tanya apa ?'

'Kalau kaedah IVF ni gagal macam mana ye..?'

'Puan Sofea, setiap kaedah yang kita lakukan memang akan ada peratusan kegagalan. Kita hanya usaha. Kita cuba dulu, kalau berjaya, Alhamdullilah. Kalau tak berjaya, kita boleh buat lagi'

'Ok doktor..terima kasih'

'Sama-sama. Kuatkan semangat ye Puan Sofea'

'InsyaAllah doktor..'

.

'Tahniah Isya, Zarif. Aku happy gila korang kahwin jugak akhirnya. Tulah lain kali jangan asyik bergaduh je, kan dah berjodoh' -kata Sofea.

'Terima kasih juga sudi datang ke rumah baru a.k.a rumah suami aku ni. Maklumlah dah jadi isteri kena lah duduk rumah dia kan' -kata Isya.

'Memandangkan rumah kita dah dekat, lepasni kalau aku bergaduh dengan Harith, bolehla aku datang sini kann'

'Alah kau ni janganlah, aku kan tengah feeling feeling pengantin baru lagi ni. Nak gaduh tunggu lama sikit ea'

'Takdelaa, aku gurau je. Jangan risau, aku faham perasaan orang tengah baru baru berkahwin ni macam mane'

'Haa tahu punn..takpe aku doakan kau dengan Harith tak gaduh gaduh lepasni ye'

.

Sejak daripada mereka bergaduh mengenai Haqiem haritu, Harith tidak membenarkan isterinya memandu sendiri ke office kerana dia sendiri yang akan menghantar dan mengambil isterinya. Bahkan untuk mengelakkan mereka berjumpa, Harith memutuskan supaya dia dan Sofea akan lunch bersama setiap hari.

'Syg..abg lambat sikit kot sebab baru gerak ni, takut jalan jammed kejap lagi, kesian isteri abg kena tunggu lama' - kata Harith.

'Ok abg..takpe. Sofea pun baru je habis keje ni'

'Ok syg', jumpa nanti. Assalamualaikum'

'waalaikumsalam abg'

Selepas mengemas gemas file dan sebagainya, Sofea terus thumbprint keluar dan menunggu di bahagian bawah office. Tiba-tiba datang seseorang menyapanya.

'Hai Raysha'

'Eh Hai..haq..apa you buat dekat sini'

'I nak jumpa you'

'Jumpa I ? Kenapa ?'

'Saje, rinduu..lagipun kita dah lama tak jumpa sejak I balik dari overseas haritu'

'Haq..tolong jangan cakap macamtu please, you tahu kan I isteri orang..tak manis kalau orang dengar'

'But why ? I still love u'

Kata-kata Haqiem itu membuatkan Sofea terkejut dan terdiam mendengarnya. Tiba-tiba mukanya berubah menjadi serious.

'Haqiem.. enough lah.. I tak main-main tau sekarang ni..better u balik before Harith datang kejap lagi'

'Apa yang you nak takutkan, lagipun I dengan you kan cuma kawan je..and one more thing, Harith tak berhak nak marah I sebab dia yang rampas tunang I'

'Haqiem ! Apa you mengarut ni ? Boleh tak you jangan kacau hidup I sekarang ni...hidup I dengan Harith..I dah bahagia Haq..tolong jangan ungkit lagi kisah lama tu'

'Bahagia ? Kenapa you masih nak tipu hati you, perasaan you Raysha. Harith tu lelaki tak guna Raysha, sebab dia jugak kan you tak mengandung sampai sekarang'

'Mana you tahu I dah tak boleh mengandung ? Mane you tahu ? Ke you punca semua ni Haq ? Oh fahamm, baru I tahu. Sampai hati you kan..sampai hati you buat I macamni..I terima you semula dalam hidup I sebagai kawan I, macam ni balasan you dekat I..'

'Raysha, apa you cakap ni ? You lebih percayakan suami tak guna you tu dari I ?'

'Enough la Haqiem !! Mulai hari ni, jangan call I lagi, jangan message I lagi dan jangan ganggu hidup I dengan Harith lagi'

Kemudian, Sofea terus berlalu pergi meninggalkan Haqiem yang hanya melihatnya berlalu pergi. Ketika Sofea berlalu pergi, tiba-tiba dia terasa kepalanya pening dan akhirnya dia jatuh rebah. Haqiem yang melihatnya pengsan terus berlari kearahnya.

'Raysha !! Bangun Raysha !! You ok tak ni ?!' - kata Haqiem sambil meletakkan Sofea di pangkunya.

Tiba-tiba kereta Harith tiba di hadapan office Sofea. Disebabkan dia tidak nampak isterinya, dia terus keluar daripada kereta dan tiba-tiba ternampak Haqiem yang sedang memangku isterinya.

'Apa kau buat ni!!' - kata Harith dan menolak Haqiem ke tepi.

'Tak..tadi aku. . . '

'Kau ingat ea, kalau ada apa-apa jadi dengan isteri aku, kau orang pertama yang aku cari'

Kemudian Harith terus mendukung isterinya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital. Haqiem tiba-tiba speechless dengan apa yang jadi sebentar tadi.

.

Ketika menunggu di kerusi, tiba-tiba Harith didatangi mak mertuanya dan bapa mertuanya, Puan Hani dan Encik Yazid.

'Harith..macam mana Sofea..' - Tanya Puan Hani.

'Doktor tengah check lagi tu ibu'

'Macam mana boleh jadi macamni Harith..'

Belum sempat Harith menjawab, tiba-tiba doktor keluar.

'Siapa ahli keluarga Puan Raysha ?'

'Saya suami dia' - jawab Harith.

'Keadaan Puan Raysha stabil, cuma dia masih lemah dan perlukan rehat buat masa sekarang'

'Boleh saya tengok anak saya ?' - tanya Puan Hani.

'Boleh boleh puan. Btw saya minta diri dulu ye'

'Ok doktor'

'Harith..ibu dengan ayah masuk dulu ye tengok Sofea'

'Ha ibu dengan ayah masuk la dulu. Harith nak telefon mummy kejap lagi'

Ketika sedang memeriksa handphonenya, tiba-tiba Haqiem datang ke arahnya.

'Macam mana Sofea ? Aku risaukan dia..' -tanya Haqiem.

'Dia isteri aku, kau nak risau buat apa. Pandai-pandai lah aku jaga dia. Takyah sibuk'

'Eh Harith, kalau kau dah tak nak jaga dia, dah tak sayangkan dia, lebih baik kau lepaskan dia' - kata Haqiem dan terus berlalu pergi.

.

Harith menemani Sofea sehingga dia sedar kerana ibu dan ayahnya terpaksa balik kerana ayahnya bekerja. Harith duduk di kerusi sebelah katil isterinya. Tiba-tiba handphone Sofea di atas meja berbunyi. Harith terus mencapai telefon itu dan terkejut apabila message tersebut daripada Haqiem.

Haqiem,
I harap you cepat sembuh. I risaukan you.. I mintak maaf pasal tadi. Anything just let me know ok..

Harith yang membacanya terus berasa kecewa kerana tidak menyangka isterinya masih berhubung dengan bekas tunangnya itu.

Apakah reaksi Sofea apabila mengetahui Harith tahu bahawa dia masih berhubung dengan Haq ?

Dapatkah Harith menerima apabila mendapat tahu semuanya ?

-Stay tuned n don't forget to vote n comment-
-TQ-






Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now