Bab 2 : Tuisyen Akaun

6K 188 1
                                    

'Fea! Cepat turun makan malam. Lepas maghrib nanti ikut ibu keluar!'.

'Nak pegi mane Ibu ?!'

'Dah jangan banyak tanya , nanti lepas makan terus siap-siap'

'Hmm , yelahhh'.

Setelah selesai mandi dan menunaikan solat maghrib . Fea turun untuk makan dan naik ke biliknya semula untuk bersiap pergi mengikuti ibunya. Fea sendiri buntu untuk memikirkan kemana ibunya ingin membawanya pergi sebentar lagi. Ibunya juga pesan supaya membawa alat tulis di dalam beg sandang kecil miliknya.

'Ibu , dah siap'

'Haa siap pon , dah jom '.

'Ayah tak ikut ke ibu ?'.

'Tak , ayah dah masuk rehat dalam bilik . Penat sangat dah tu agaknya'.

Fea terus berjalan mengikuti ibunya yang menuju kearah pintu keluar.

Setelah beberapa minit ibunya memandu, akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju.

'Tadaaa ! Dah sampai pun kita'.

'Pusat Tuisyen Yakin Diri ? Ibu salah tempat ke ibu memang plan nak bawa Fea pergi sini ? Like seriously ibuuuuu!  Why tak bagitahu Fea duluuuu!

'Dah-dah jom keluar'.

Puan Hani terus mematikan enjin dan keluar dari keretanya tanpa menghiraukan kata-kata anaknya itu.

Tanpa membantah, Fea hanya mengikuti sahaja ibunya dalam keadaan yang sangat terpaksa.

Fea POV
'Ibu ni , saje je tau taknak bagitahu aku dulu. Padanlah beria dok suruh aku bawa benda alah ni (pencilbox) , rupanya ada udang di sebalik batu. Eee sabar jelahh.

'Assalamualaikum. Cikgu Harith , ini anak saya yang saya ingin daftarkan tuisyen di sini'.

Fea yang menyorok di belakang ibunya dipandang oleh murid-murid di situ. Lebih kurang 10 orang murid yang memasuki tuisyen ini.

'Ok ibu balik dulu ye Fea , nanti pukul 10 ibu datang balik amik Fea'

Ibunya menghulurkan tangan untuk Fea bersalaman dan terus berlalu pergi meninggalkannya seorang diri di hadapan Cikgu Harith.

'Fea ?'

Fea yang sedang tekun melihat ibunya pergi meninggalkannya lantas berpaling selepas mendengar cikgu tersebut memanggil namanya.

Fea POV
'Astagfirullahalazim, macam mane pulak dia ada kat sini. Aduhhhh.

'Ye saya'

'Saya tak sangka Puan Hani itu ibu awak. Takpe awak boleh duduk sekarang. Nah ini modul untuk hari ini ye'.

'Terima kasih' .

Fea berlalu pergi untuk duduk kerana kakinya sudah tidak tahan lenguh akibat berdiri dari tadi. Fea mengambil keputusan untuk duduk di sebelah budak lelaki kerana hanya di situ tempat kosong yang tinggal untuknya.

Setelah 2 jam menunggu , akhirnya tiba masanya untuk Fea balik ke rumahnya

Sedang Fea mengemas buku-bukunya, tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelahnya menegur Fea.

'Hai ?'

'Em haii'.

'Nama saya Aiman Rizqi. You can call me Riz.

'Oh riz, ok'

'So, ape nama awak ?'

'Nama saya panjang. Panggil saya Sofea je , Fea pon boleh'.

'Ok. Nice to meet you'.

Riz pergi meninggalkan Fea dengan senyuman yang membuatkan Fea melt melihatnya. Fea membalas senyuman Riz dan melihat lelaki itu berjalan sampai ke pintu keluar.

Fea POV
'Ape yang aku nampak ni, hensem gile mamat ni. Haihhh kalah ....'

Ayatnya terhenti kerana disapa oleh Cikgu Harith.

'Haihh Fea, kenape diri kat situ. Nak ikut saya balik ke ?'

Kata-kata Cikgu Harith membuatkan Fea tersentak dari lamunanya.

'Eh mane ade sye tengah kemas barang lahh. Ok sye balik dulu ye cikgu . Terima kasih .'

Fea berlalu pergi dengan mukanya yang merah kerana malu ditegur oleh Cikgu Harith yang perasan dia mengelamun.

Setelah setengah jam menunggu Puan Hani, Fea yang pada mulanya berdiri terus duduk di tepi lantai dobi.

'Mane ibu ni, kate pukul 10. Ni pukul 10.30 dahni.'

'Fea ? Oh saye ingat awak dah balik tadi. Kenape ibu awak tak datang lagi ?'

'Tak tahula, kejap lagi kot . Jammed maybe'.

'Nak saya hantar ?'

'Eh takpe, ibu dah otw rasanya'

'Sure?'

'Yes. Im sure'

'Em macam mane tadi, ok tak belajar dengan saya ?'

'So far ok lah. Cuma cikgu ajar laju sikit kot'.

'Oh, mungkin sbb awak baru masuk. Takpe slow-slow, InsyaAllah boleh. Kalau ade ape-ape boleh tanya saya ye'

'Ok cikgu'.

Fea membalas kata-kata Cikgu Harith dengan sekuntum senyuman yang manis'.

Pinnn...pinnn

'Eh ibu, sekejap ! Saya balik dulu ye. Assalamualaikum'.

'Waalaikumsalam'.

             

-The story will be update slowly. Keep on supporting me. Tq :) -

Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now