Bab 37 : Merajuk

2K 50 0
                                    

'Assalamualaikum'

'Eh abang dah balik ? Kenape tak bagitahu Sofea?' - kata Sofea yang pelik melihat suaminya balik sehari awal tanpa memberitahunya.

'Saje balik awal..kenape tak boleh ke ?' - kata Harith yang terus meluru masuk dan naik ke atas.

'Tak..Fea cuma..' - belum sempat Sofea menghabiskan ayat, suaminya terus hilang dari pandangan.

Sofea POV
'Aik..aku ade salah cakap ke..'

Tanpa membuang masa, Sofea terus meluru naik ke biliknya untuk berjumpa Harith. Sampai sahaja di bilik, Harith kelihatan berbaring di sofa biliknya. Sofea yang melihat Harith seperti kepenatan terus membiarkan suaminya itu berehat.

Keesokkan paginya, selepas bangun untuk bersiap ke tempat kerja, suaminya kelihatan tiada di bilik.

Sofea POV
'Mane abg ni..awalnya pergi kerja..tak kejut pun..'

.

'Puan Sofea..yang awak duk termenung pandang pinggan tu dah kenape ? Makan laaa' - kata Isya yang melihat Sofea tidak makan.

'Makan jelah..bising la kau ni..'

'Kau ni dah kenape ? Nak kata gaduh dengan suami, suami pergi outstation'

'Dia dah balik semalam..'

'Dah balik ? Bukan dia pergi 3 hari ke ? Patutnye dia balik harini kan..'

'Tulah, balik pun tak cakap aku..lepastu, sejak balik semalam, bercakap dengan aku pun tak lagi..'

'Aik..dah kenape Harith tuu..penat keje kot'

'Ntahla Isya..risau pulak aku..'

'Dia penat tu agaknye..alahh jangan risaulah..nanti dia ok lah tuu'

.

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Sepatutnye Harith sudah balik daripada pusat tuisyennya. Sofea jadi semakin risau kerana panggilan telefon tidak dijawabnya.

Tiba-tiba message daripada aplikasi WhatsApp masuk.

'Abang tak balik rumah harini..jangan tunggu abg..abang balik rumah mummy..Irfan demam..mungkin abg kena tunggu dia betul betul sihat baru abg balik..'

Rupanya message tersebut daripada suaminya, Harith.

Sofea POV
'Kenape Harith ni..aku ada buat salah ke sampai nak balik kejap bagitahu aku pun tak boleh..'

.

Harith yang leka menonton tv dikejutkan mummy nya yang menyapa dari belakang.

'kenape lama sangat merajuk nii..'

'Bukan merajuk mummy..cari ketenangan..'

'Kenape ni..cuba cerita..mane tahu mummy ni bole tolong ke..'

'Takde apa lah mummy..jangan risau..Harith cuma taknak mummy salah faham dengan Sofea pulak nanti..'

'Hm yelah..Mummy tak paksa, tapi kalau Harith nak cerita ke nak minta pandangan ke, boleh je, anytime okayy..'

'Ok..'

Selepas 4 hari Harith tidak pulang ke rumah, akhirnya Sofea mengambil keputusan untuk pergi ke rumah mak mertuanya untuk berjumpa suaminya.

'Assalamualaikum !'

'Waalaikumsalam..Sofea..mehla masuk..ni mesti nak jumpa Harith ni kann..'

'Haah mummy..Harith ok ke tu ?'

'Takpela, kamu pergi tengok dekat atas tu..Harith tu kalau merajuk susah sikit nak pujuk, kena slow slow..'

'Hm..takpela, Sofea naik dulu ea..'

Sofea terus naik ke bilik Harith di tingkat atas. Kelihatan pintu biliknya tidak tutup, jadi Sofea terus masuk sambil memberi salam. Harith kelihatan sedang bermain handphone di atas katil.

'Assalamualaikum..abg..' - sapa Sofea.

'Waalaikumsalam..' - jawab Harith sepatah sambil memandang sekilas sahaja di hadapan pintu.

'Abang..abang ok ke ni ?'

'Nampak macam abg ok ke ?'

'Kenape ni..cuba abg bagitahu Sofea..sejak abg balik haritu, abg langsung tak bercakap dengan Sofea..'

'Ni apa ?' - tanya Harith sambil menghulurkan sampul berwarna putih.

Sofea terus mengambil sampul tersebut dan membukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila dalam sampul tersebut terkandung gambarnya dan Haqiem. Gambar gambar itu seperti diambil ketika mereka keluar bersama.

'Mane abg dapat ni..?

'Penting ke syg nak tahu mane abg dapat ?'

'Ok..Sofea boleh explain..'

'Ok..then, explain now'

'Yee Sofea mengaku memang Sofea dalam gambar ni..memang Sofea keluar dengan Haqiem tak bagitahu abg..tapi gambar-gambar ni diambil sebelum kita berbaik haritu..'

'Sebelum kita berbaik ? Are u sure ? Then gambar ni ?' - kata Harith sambil menunjukkan handphone nya.

'Untuk pengetahuan Sofea, abg sendiri yang nampak Sofea keluar dengan Haqiem haritu. Abg sebenarnya tak jadi pergi outstation' haritu. Tapi tak sangka pulak ada hikmah rupanya kenape abg tak jadi pergi'

'Sebenarnya masa tu. . . .' - belum sempat Sofea menghabiskan ayatnya, Harith terus mencelah.

'Masa tu apa ? Tengah syok dating sampai tak ingat nak update dekat abg'

'Abg..janganlah cakap macamtuu..sebenarnya hari tu Sofea jumpa Haqiem sebab nak cakap yang Sofea dah tak boleh jumpa dia lagi je..yelah Sofea sedar Sofea ni isteri orang..'

'Lepastu dia cakap apa ?'

'Dia ok je selagi dia boleh jadi kawan Sofea..'

'Hm..kawan ea..'

'Abang..janganlah sebab Haqiem tu dulu bekas tunang Sofea abang nak halang dia berkawan dengan Sofea..'

'Oklaa abg faham..lagi pun sape lah abg ni kan nak dibandingkan dengan Haqiem tu..'

'Abang..ape cakap macamtu..sekarang ni dalam hati Sofea ada abang je tau..Sofea syg abg, cinta dekat abg..' - kata Sofea sambil memegang kedua belah tangan suaminya.

'Yeke syg,cinta , lepastu keluar dengan orang lain tak bagitahu abang..'

'Ok lepasni Sofea janji kalau Sofea keluar Sofea update everything dekat abg..boleh ?'

'Janji?'

'Ye..janji..dahlah, abg janganlah merajuk lagi..Sofea rindu la dekat abg..'

'Betul ni rindu ?'

'Iye betul'

'Kalau betul rindu, kiss abang dulu' - kata Harith sambil tunjuk di bahagian pipinya.

'Abang ni mengade betul laa..nanti mummy nampak macam mana..dah jom balik'

'Ok kalau macamtu, dekat rumah ea..' - usik Harith.

'Yela yela yela dekat rumahhhhh..dahla abg jom'

'Yela yela jom jumpa mummy dulu dekat bawah'

.

'Mummy, kitaorg balik dulu ea..' - kata Harith sambil menyalam tangan mummy nya.

'Yelah..hati hati drive tengah malam ni..cuma mummy nak pesan sikit ni..'

'Pesan apa ?'

'Kamu tu kalau bergaduh dengan Sofea tu, cubalah bawa berbincang dulu..janganlah terus terus nak merajuk sampai macam ni..gaduh gaduh tu biasalah Harith..asam garam rumah tangga..'

'Hm..yelah mummy.. InsyaAllah Harith ingat selalu semua pesanan mummy..pergi dulu, assalamualaikum'

'Waalaikumsalam..'

-dont forget to vote n comment-
-TQ-

Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now