Bab 23 : Kahwin

5.4K 163 4
                                    

Seperti yang dirancang. Sofea dan Harith terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan. Majlis yang serba sederhana itu diadakan di rumah Fea bagi pihak perempuan. Untuk nikah, mereka buat di masjid yang berdekatan. Majlis itu dihadiri oleh semua rakan ayah ibunya serta rakan-rakannya dari sekolah menengah sehinggalah rakan di UITM.

 Majlis itu dihadiri oleh semua rakan ayah ibunya serta rakan-rakannya dari sekolah menengah sehinggalah rakan di UITM

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Majlis itu berlangsung dengan lancar dan meriahnya walaupun tidak besar.
Sofea dan Harith kelihatan sungguh padan mengenakan baju pengantin berwarna soft blue.

Majlis tamat dalam jam 4.00 petang. Jadi pihak catering mula mengemas apa yang patut di luar.

'Awak saya naik bilik kejap eh. Nak mandi. Dah tak tahan dahni. Awak boraklah dulu dengan ayah dekat bawah'

'Haa ok'

Ketika selesai berbual dengan ayah Fea di bawah, Harith ke atas untuk mandi.

'Assalamualaikum awak....'-panggil Harith sambil mengetuk pintu bilik.

Harith POV
'Tak jawab pon..Masuk jelah...'

'Sofea ! Lame lagi ke dalam toilet tu !' - jerit Harith apabila melihat isterinya tiada di dalam bilik.

'5 minit !'

'Kita balik rumah mummy kejap lagi tauu !'

Fea POV
'Awalnye...'

'Ok !'

.

'Ibu, ayah, saya nak minta izin nak bawak balik Fea rumah saya..'

'Eh ape mintak mintak izin ni. Sofea ni isteri kamu. Ayah dah takde hak nak halang lagi' - balas En Yazid.

'Kejap je anak Ibu dah besar..tup tup anak Ibu dahhh jadi isteri orang..Fea..nanti duduk sana jaga diri baik-baik, solat jangan tinggal, dengar cakap suami..Ibu takde dah nak jaga Fea..Fea dah ada suami kann..Janji dengan Ibu, Fea akan jadi isteri yang terbaik untuk Harith..boleh ?' - kata Puan Hani sambil memeluk erat anak perempuannya itu.

Air mata Sofea sedikit berlinangan kerana sedih dengan kata-kata ibunya itu dan terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya.

'Ya ibu..Fea janji..Ibu jaga diri baik-baik..Fea sayang Ibu..'

'Dah dah..kesian Harith tunggu lama..'

'Takpelah Ibu..Harith faham..'

'Okla Ibu, ayah, Fea pergi dulu tau. Nanti kalau Harith free Fea datang sini'

'Pergi dulu ayah..' - kata Harith sambil memeluk bapa mertuanya.

'Assalamualaikum'

'Waalaikumsalam'

.

Ketika dalam perjalanan ke rumah Harith. Fea kelihatan sedikit risau. Maklumlah, terpaksa hidup sebumbung dengan seorang lelaki dan mak mertua yang takpernah dibayangkan sebelum ini.

Cikgu Tuisyenku SuamikuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz