Bab 20 : Dugaan

4K 127 3
                                    

'Awak yakin ke Fea tu akan bersetuju ? Saya ni bukan apa..saya bimbang kalau-kalau hati dia tu masih terluka' - kata Encik Yazid yang terkejut apabila isterinya memberitahu hasrat Puan Ina.

'Saya ni ikut je. Kalau Fea setuju Alhamdulillah. Tapi kalau dia tak setuju pon takpe, takde paksaan'

'Yelahh..kita tengok lah nanti. Yang penting kita doa-doakan yang baik-baik untuk dia'

'Hm yelah..'

.

Harith masih memikirkan hasrat mummynya yang ingin meminang Sofea untuknya. Adakah keputusan mummynya itu tidak menganggu ketenangan hati yang sedang dicari oleh Sofea untuk melupakan segala keperitan yang baru dialami olehnya.

'Kenape diam je ni ?' - tanya Puan Ina kepada anaknya yang kelihatan termenung melihat tv.

'Irfan dah tido ke mummy ?' - Harith sengaja menukar topik perbualan antara mereka.

'Kalau tak suka cakap dengan mummy. Mummy taknak Harith kahwin dengan Fea nanti sebab terpaksa'

'Mummy..rasanya hal ni esok-esok jelah kita sembang..Harith penat..Harith nak rehat. Harith naik dulu lah eh..'

Harith POV
'Hati Harith masih untuk Fea mummy..Harith takpernah sedetik pun lupakan dia dari dulu lagi..'

.

Fea dan Isya pergi ke mall untuk menonton movie terbaru yang baru ditayangkan. Mereka berdua memang hantu movie. Dalam busy-busy belajar pon masih sempat nak tengok movie.

'Kita nak tengok cite ape ?'

'Kau rasa ?'

'Haa takpelah kita pikir bila dah sampai nanti'

Ketika sedang berjalan-jalan di mall untuk ke panggung wayang, tiba-tiba ada seseorang merentap bahu Fea.

'Eh perempuan !'

Kelihatan seorang perempuan yang tidak dikenali oleh Sofea dan Isya.

'Eh kau ni kenape haa ?!' - jawab Isya apabila terlihat Fea hampir terjatuh ditarik oleh perempuan itu.

'Eh kau sepatutnya nasihatkan kawan kau yang propa ni tau ! Tunjuk baik konon ! Kau ada hati eh nak kahwin dengan Harith !'

'Ohhhhhh pasal Harith rupanyaaaa ! Baru lah fahammmmm'

'Saya minta maaf ye Cik, Cik ni sebenarnya siapa ? Saya tak pernah kenal pon Cik ni siapa' - akhirnya Fea cuba bersuara.

'Oh kau nak tahu aku siapa. Aku isteri Harith ! Lelaki yang kau nak kahwin tuu'

Hati Fea sedikit berkecai mendengarnya. Setahunya Cikgu Harith seorang duda. Jadi siapakah perempuan yang mengaku sebagai isterinya itu.

'Setahu saya, Harith dah cerai dengan isteri dia. And lagi satu, tolonglah jangan nak main tuduh-tuduh sebab takde sape pon yang suka rampas hak orang eh'

'Eh ! Kau jangan nak berlakon lagi lah. Aku tahu kau sebenarnye nakkan laki aku bukan lelaki yang kau sibuk bertunang tuu kann ! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau sengaja perangkap tunang kau tu sampai kena tangkap khalwat kann!'

'Cik !! Tak pernah terlintas sedikit pon dalam hati saya nak buat macam tu ye ! Sukahati cik lah nak anggap saya macam ape pon !! Dah Isya jom !' - kata Isya yang menarik tangan Isya untuk berlalu pergi kerana malu ramai orang melihat mereka.

'Ntahh ! Jomm ! Jangan layan perempuan gila ni. Tiba-tiba datang serang orang dah kenape !'

.

'Fea...kau ok ke ?'

'Aku ok Isya. Cuma aku tengah pelik sekarang ni. Macam mane perempuan tu boleh mengaku dia Isteri Harith?'

'Kann. Aku pon pelik..dia salah orang kot'

'Haish. Pelik-pelik'

.

Keesokan harinya. Isya mengikuti Fea pulang kerumahnya. Nak teman katanya. Kepala dia masih serabut dengan apa yang dah jadi.

'Wei, bosanlah. Jum kita pergi jalan-jalan nak tak ?'

'Jomlahh. Nanti belanja aku makan ehh '

'Hm yelahh. Cepat siapp'

Setelah puas berjalan. Mereka berjalan pulang ke tempat parking kereta untuk balik.

'Feaa ! Tunggu !'

'Kau ni memang sama je tak guna kan dengan bekas tunang kau tu dulu !'

'Eh Syasya ! Kau jaga sikit mulut kau tu eh ! Kau ni dah kenape takpuas hati lagi nak kacau hidup aku haa ! Kau nakkan sangat Haq tu kan, ambiklah ! Isya, masuk cepat, jom kita balik'

'Eh, kau ingat aku tak tahu ke yang kau nak kahwin dengan Cikgu Harith haa ! Dasar pengkhianat !'

'Eh perempuan ! Cakap depan cermin ke ?! Kau yang pengkhianat !' - Isya mencelah sebelum masuk ke dalam kereta.

Sampai sahaja di rumah. Isya terus berlari masuk ke dalam biliknya.

'Fea ?' - sapaan Puan Hani tidak diendahkan Fea.

'Kenapa tu ?' - tanya Puan Hani kepada Isya yang baru masuk ke dalam rumah.

'Dia nak pegi toilet kot' - kata Isya dengan riak yang selamba. Seboleh-boleh dia tidak mahu Puan Hani mengetahuinya

Sebelah malam. Ketika sedang lena tidur. Tiba-tiba Isya perasan Fea tiada di sebelahnya.

'Eh, mane Fea ni..' - Isya yang meraba-meraba di sebelahnya cuba membuka mata dan melihat sekeliling.

'Haa...Tak tido lagi Fea ? Pukul berape dahni..' - kata Isya yang sedang menuruni tangga untuk ke ruang tamu apabila melihat Fea sedang menonton tv keseorangan.

'Kau ok tak ?' - kata Isya lagi apabila menghampiri Fea yang termenung melihat tv.

Fea hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang ke kaca tv. Soalan Isya langsung tidak diendahkan.

'Feaa...aku faham apa yang kau rasa sekarang nii..kau terkejut kan. Samelah aku pun terkejut gak. Tapi...aku yakin, semua benda yang jadi sekarang ni, semua bersebab'

'Ntahlah Isya...aku pun pening sekarang ni..mula-mula Haq dengan Syasya..pastu sekarang ni..Harith ? Cikgu Harith ? Ntah macam mane aku ade kaitan dengan Harith..dia tu langsung takde dalam fikiran aku tau'

'Kann..aku pun pelik gak sebenarnye..aku faham..kau taknak ada kena mengena dengan Syasya tu kan...tapi..kau tak dapat rasa ke, cuba kau fikir balik..macam mane yang kau tak terpikir munculnye Haq dalam hidup kau, macam tu jugak Harith. Haa '

'Tapi..asal kena ade mengena dengan Syasya eh..'

'Fea..jodoh tu rahsia Allah tahu tak..mane tahu jodoh yang terbaik untuk diri kau ialah Harith tu. Lantaklah dengan si Syasya tu. Yang penting ape yang terbaik untuk diri kau kann'

'Dengar memang senang lah Isya..tapi ntahlah sekarang ni aku cuma minta Allah bagi petunjuk yg terbaik untuk aku dan keluarga aku je..'

'InsyaAllah Fea..kalau kita ikhlas, kita berserah..Allah akan mudahkan hidup kita. Pasal si Syasya kau lantakkan jelah. Kalau dia berani dia hadaplah aku ni haa'

-










Satu demi satu dugaan yang datang kepadanya. Apakah yang mungkin terjadi sebenarnya ? Adakah hubungan Fea dan bekas guru tusiyennya akan menjadi kenyataan yang tidak pernah dibayangkan selama ini ?

Please keep on reading dan jangan lupe 'vote'
-TQ-














Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now