Bab 32 : Harith mana ?

2K 49 0
                                    

'Assalamualaikum !! Ibu !!' - jerit Sofea sebaik sahaja sampai di hadapan rumah ibunya.

'Yeee ! Waalaikumsalam !' - jerit Puan Hani.

'Eh Sofea. Kenape datang tak bagitahu Ibu dulu..Harith mana ?' - tanya Puan Hani apabila Sofea kelihatan datang bersendirian.

'Abang Harith busy ibu..lagipun budak nak SPM dahni..' -jawab Sofea.

'Lahh yeke..'

'Tu lah Ibu..time Sofea free, dia tak free pulak..tapi takpe lah..Sofea dtg ni sebab rindu sangat dekat Ibu, haritu last jumpe pun dekat hospital kan..'

'Hm yelah, ibu pun rinduu sangat dekat anak ibu nii..kamu ni betul betul dah sihat ke ?'

'Alhamdulillah sihat dah ibu..Ibu ni risau sangat laa..Jap Sofea nak pergi dapur..lapar' - kata Sofea sambil meluru ke dapur untuk mengelak ibunya bertanya lebih tentang Harith.

Sofea dan Harith bersetuju untuk merahsiakan perkara sebenar yang terjadi di antara mereka. Harith yang tiada pilihan lain perlu mengikut segala kemahuan isterinya selagi itu adalah jalan terbaik untuk dia terus berusaha memperbaiki hubungannya dengan Sofea.

Selepas selesai makan, Sofea Naik ke biliknya untuk berehat.

'Sofea..boleh ibu masuk..' - tanya Puan Hani apabila melihat pintu biliknya sedikit terbukak.

'Masuklah ibu..' - jawab Sofea yang tersedar dari lamunan sambil memandang ke arah tingkap luar.

'Fea ok ke ni..?'

'Ok..kenape ibu..nampak macam Fea tak ok ea..' - jawab Sofea perlahan.

'Betul ke ni..selalu bukan ke kalau orang tu termenung tengok tingkap ni, mesti dia tengah sedih..takpun bila dia ade masalah'

'Pandai jelah ibu ni yee..takde lahh..Fea ok je..'

'Sofea gaduh ea Harith..?' - tanya Puan Hani secara tiba tiba.

'Gaduh..hm..takde lah ibu..cuma merajuk sikit je..'

'Kan betul ibu cakap..ibu dah cukup kenal dah anak ibu ni macam mane..'

'Mestilahhh...Sofea kan the only one anak kesayangan ibu..' - kata Sofea sambil memeluk ibunya dari sisi.

'Tapi..Ibu janji dengan Sofea boleh..?' - tanya Sofea kepada Ibunya.

'Janji apa ?'

'Janji jangan bagitahu Ayah dan jangan tanya Harith apa apa'

'Hm yela..ibu faham..takpe..ambil lah masa..tapi Sofea kena ingat, walau macam mana teruk sekalipun Sofea gaduh dengan Harith, jangan sesekali abaikan tanggungjawab Sofea sebagai isteri dekat dia ye syg..'

'Ok ibu..terima kasih..'

'Sama-sama'

.

'Assalamualaikum..'

'Waalaikumsalam syg. Syg dekat mana ? Abg nak jumpa bole tak?' - jawab Harith teruja sebaik sahaja mendapat call dari isterinya.

'Saya nak jumpa awak kejap..awak datang rumah Isya bole tak..sye nak bincang sikit pasal hubungan kita'

'Boleh. Tapi haritu abg pergi rumah dia Isya macam kosong takde orang..'

'Dia dah pindah..takpe sy hantar location' - jawab Sofea dan terus mematikan panggilan telefon.

Harith POV
'Ya Allah, terima kasih kerana akhirnya kau membuka pintu hatinya untuk berjumpa denganku'

Hampir setengah jam menunggu, akhirnya Harith sampai di hadapan rumah Isya.

'Beb..macam kereta Harith je kat luar tu..'

'Sampai pun..buat ape ntah lama sangat..' - jawab Sofea malas sambil mengambil selendang dan melilit di kepalanya.

Sofea terus keluar dan melihat Harith yang baru sahaja keluar dari pintu keretanya.

'Jom kita bincang dekat luar..atau kita pergi makan ke..lagipun abg tak makan lagi ni' - jawab Harith teruja apabila melihat isterinya.

'Hey Harith, awak ingat saya kesah ke awk dah makan ke belum. Awak tahu tak sye tunggu lama. Awak ingat sye banyak sangat ke masa nak tunggu awak ?!' - jawab Sofea marah.

'Sorry syg..tadi abg tak jumpa jalan..tu yang lambat sikit tu..abg minta maaf ea..ok ape kata jom abg bawak syg keluar sebagai tanda minta maaf abg sebab buat syg tunggu lama'

'Apa awak mengarut ni..sy suruh awk dtg ni pun bukan saje saje tau tak. Sye nak bincang pasal hubungan kita'

'Pasal hubungan kita ?' - tanya Harith pelik.

Tiba-tiba Sofea menghulurkan sehelai kertas kepada Harith.

'Cerai ?' - tanya Harith sebaik sahaja melihat surat tersebut.

'Ye..sy nak awak ceraikan sye..sye dah tak sanggup lagi nak hadap semua ni..'

'No. Sye takkan. Apa awak mengarut ni Sofea? Awak fikir tak apa yang awak buat nii?' - tanya Harith tegas.

'Ye..sy dah fikir..apa awak tunggu lagi Harith..awak dah tak perlukan sye dalam hidup awak..'

'Sofea, apa awak cakap ni..sye lagi kecewa bila dapat tahu awak tak bagitahu sye awak dah mengandung..kenape Sofea ?'

'Sye memang nak bagitahu awak malam tu..sye tunggu awak sampai sye tertidur semalaman..lepastu esok pagi, Haq bawak sye pegi suatu tempat yang saya sendiri tak sangka saya nampak suami saya tido dengan perempuan lain! Sye hilang anak sye semua sebab awak tahu tak! Awak nak saya rasa apa sekarang ni Harith!' - kata Sofea sambil air matanya mula mengalir.

Sofea terus berpaling dan masuk ke dalam rumah dan menghiraukan suara Harith yang memanggilnya.


Adakah Harith akan terus bersetuju dengan cadangan Sofea untuk menceraikannya ?
Adakah betul perasaan Sofea sudah semakin pudar terhadap Harith?

-Jangan lupe vote n comment-




















Cikgu Tuisyenku SuamikuWhere stories live. Discover now