Bab 40 : Jealous

2.3K 61 0
                                    

'Abg...Haqiem mana ?' - tanya Sofea sebaik sahaja sedar.

'Siang tadi dah balik dah..'

'Abg..abg marahkan Sofea ke ?' - tanya Sofea kerana melihat suaminya jawab sambil memandang handphone.

'Syg jujur ke dengan abg..?' - tanya Harith.

'Jujur...'

'Kalau syg masih lagi berhubung dengan Haqiem, belakang abg..jujur ke ?'

'abg. . .'

'Takpe.. it's okay..abg taknak cakap pun pasal benda tu sekarang..syg rest dulu ok..abg keluar kejap..' - kata Harith lalu bangun dan keluar.

.

Selepas 2 hari, akhirnya Sofea dibenarkan discharged. Sejak daripada Sofea sedar haritu, Harith seperti mengelak memandang isterinya dan hanya bercakap bila perlu sahaja. Sofea jadi sebersalah kerana melihat Harith seperti kecewa dengan sikapnya. Dia sendiri tak berniat menipu Harith, niat dia hanya ingin berkawan dengan Haqiem.

Ketika di rumah, Sofea melihat Harith bersendirian menonton television, lalu dia turun untuk menjelaskan perkara sebenar kepada suaminya.

'Abang..kenape nii..abg marah dekat Sofea pasal Haqiem ea..' - tegur Sofea.

'Syg..boleh tak syg bgitahu abg apa sebenarnya yang berlaku belakang abg..antara syg dengan Haqiem ?'

'Apa abg cakap ni..abg nak cakap yang sekarang ni Sofea curang dengan abg ? Abg tak percaya Sofea ke..'

'syg..macam mana abg nak percaya dekat syg kalau syg masih keep in touch dengan haqiem, belakang abg..cemane tu ? Kalau benda tu jujur, tak perlu sorok rasanya. Yang si Haqiem tu beriya message syg dah kenape tu ?'

'Abg check phone Sofea ea ??'

'Of course, I'm your husband'

'Abg..sebenarnya Sofea dengan Haqiem tu kawan je.. nothing more..Sofea sendiri yang terima dia sebagai kawan..Sofea anggap dia sebagai kawan je abg..'

'Dia anggap Sofea pulak sebagai ape ??'

'Ye, Sofea mengaku yang dia memang ada message Sofea, tapi tu pun nak tanya keadaan Sofea, pasal Isya baru kahwin tu semua. Tu je, takda apa. And one more thing, aritu dia datang dekat office Sofea, dia tak bagitahu pun. Sofea sendiri dah cakap yang Sofea dah tak boleh jumpa dia lagi. Tapi mungkin mase tu dia lalu situ, tu yang dia tegur Sofea'

'Ok, then how come abg tak tahu langsung pasal benda ni semua ? How come ? Ke syg memang taknak abg tahu ?'

'Ya Allah abg..Sofea tak bermaksud nak buat abg rasa macamtu.. tapi Sofea just taknak kita bergaduh sebab abg salah faham, because it's just a small matter..abg, kita kan baru nak bahagia balik, Sofea taknak pasal benda macam ni kita jadi berengang balik..abg please jangan buat macam ni..'

'Buat macam mana ?'

'Abg suka tuduh Sofea tanpa usul periksa, Sofea penat lah macam ni abg..'

'Abg dah check your phone. Apa yang tanpa usul periksa nyaa ? Tak dengar ke ? Dah check your phone'

Demi menahan perasaan marahnya, Harith terus naik ke biliknya untuk menenangkan diri. Sofea hanya terdiam kerana tak tahu nak menjelaskan apa lagi kepada suaminya. Dia sendiri sedih kerana suaminya masih tidak faham keadaanya.

.

Sebelah malam, ketika Sofea telah tidur, Harith yang dari bilik anaknya, Irfan, masuk ke dalam bilik dan tidur di sebelah isterinya Sofea. Dalam sudut hatinya, dia sendiri keliru sama ada marah ataupun perasaan cemburu yang menguasai dirinya. Dia berbaring sambil memandang ke arah isterinya yang sudah tidur.

Harith POV
'Sofea..abg syg sangat dekat Sofea..abg takut kalau abg terpaksa kehilangan perempuan yang paling abg cinta..abg minta maaf sebab tak mampu jadi suami yang boleh bahagiakan Sofea macam mana org lain bahagiakan isterinya..'

'Abg...kenapa tak tido lagi..' - tegur Sofea yang tersedar dari tidurnya.

'Abang tak boleh tidur..abg rasa sebersalah dekat syg..syg, abg minta maaf..abg tak patut cakap dekat syg macamtu..abg cuma takut hilang syg tuje..abg minta maaf sebab tak percayakan isteri sendiri..abg minta maaf sebab terlalu kongkong hidup syg..abg janji tak akan jadi lagi benda macam ni..'

'Sofea tak pernah pun marahkan abg..Sofea syg abg..Sofea minta maaf juga buat abg rasa macamtu..'

'Takpe syg..Kita lupakan apa dah jadi..dah, syg tido ye'

'Goodnight abg..'

'Goodnight..'

.

'Abang, balik nanti Sofea naik grab jelah..abg takyah amik..yelah abg kan busy..nanti Sofea jugak kena tunggu sorang' - kata Sofea sebaik sahaja sampai di office nya.

'Oklah kalau macamtu, tapi driver dia make sure pakcik pakcik tua je boleh..kalau yang muda-muda tu cancel kan, book yang lain'

'Abang ni tak habis habis dengan jealous dia tu tauu'

'Bukan jealous, jaga bini. Bukan apa, orang sekarang nk bukan kira, bini org ke, tunang org ke, semua benda nak try. Especially tu haa tu, Haqiem tu, bini org pun sibuk nak kacau lagi..'

'Tengkk tu..tak habis-habis nak ungkit benda tu..'

'Bukan ungkit syg..bagitahu je..syg kena janji dengan abg, lepasni dah takde rahsia-rahsia dengan abg, especially pasal that guy ok.. abg tgk dia tu macam lain macam je dengan syg..kalau bole takpayah baik sangat lah dengan dia. Bole janji dengan abg ?'

'Okayyy..Sofea janji..dahla abg..dah lambat dahni..drive safe ok ' - kata Sofea lalu terus menyalam tangan suaminya.

.

Harith yang baru pulang daripada pusat tuisyen ternampak Sofea sedang tidur di atas sofa sambil tv terbuka.

'Syg..kenapa tido dekat Sofa ni..jom naik atas tido..'

'Abg..abg baru balik ke ?'

'Yela abg baru balik ni..syg ok tak ni..pucat je muka..'

'Tak tahula abg..rasa macam tak sedap badan je..'

'Tulah..abg kata jangan pergi kerja dulu mintak cuti taknak..nak jugak pergi kerja..syg tu tak betul-betul sihat lagi ni'

Harith terus memimpin Sofea ke dalam bilik kerana isterinya itu kelihatan tidak larat dan pucat.

.

Keesokkan paginya, selepas solat subuh, Sofea terus ke dapur seperti biasa untuk menyediakan sarapan.

'Abg siap dah..mehla makan'

'Syg..ok takni..Tak payah pergi kerja la macamni.. abg bawak pegi klinik ea..'

'Ok..kalau macamtu Sofea siap-siao dulu ea abg..'

.

'Doktor..macam mana ye keadaan isteri saya' -tanya Harith.

'Tahniah Encik Harith, isteri awak dah mengandung 2 minggu'

Apakah reaksi mereka berdua apabila mengetahui berita yang ditunggu selama ini ?

-stay tuned-
-vote n comment-
-TQ-






Cikgu Tuisyenku SuamikuKde žijí příběhy. Začni objevovat